Cara Untuk Screen Capture Keseluruhan Web Page - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 20 September 2021

Cara Untuk Screen Capture Keseluruhan Web Page


Assalamualaikum semua...


Apa khabar, semua? Agak lama juga saya terhenti menulis blog haritu. Hampir 3 minggu rasanya... Hukks... Memang sibuk sikit dan takde mood rasa nak menulis. Banyak post tertunda, tak siap-siap... Itulah cabaran blogger / content creator, bukan mudah nak istiqamah sebenarnya... Doakan saya ya. 


Hari ni saya nak kongsikan suatu perkongsian yang sangat ringkas... Perkongsian tentang cara untuk screen capture keseluruhan web page. Mudah sangat rupanya. Jom tengok!


Cara Untuk Screen Capture Keseluruhan Web Page


1) Buka browser Microsoft Edge pada laptop anda.


Sumber : Google Image


2) Klik pada 3 titik di sebelah atas kanan. Kemudian, pilih Web Capture.


Ni contoh saya web capture blog saya yang satu lagi... Dah bersawang lama tak update... Haha... https://www.raihanstory.com


3) Pilih samada anda inginkan bahagian tertentu sahaja atau keseluruhan page.


4) Skrin yang telah di capture akan dipaparkan. Ada menu pen, pemadam, save, share dll. Boleh gunakan pen untuk conteng-conteng pada web page yang telah di capture tersebut. Ini mungkin berguna jika anda ada sumber bahan dari mana-mana laman web yang memerlukan anda membuat penerangan kepada murid sambil conteng-conteng...




3) Anda juga boleh memilih untuk save web capture tersebut pada laptop. Nak save yang dah berconteng ke atau yang asal, mana-mana pun boleh... Nota yang dah diconteng tu mungkin boleh share dengan murid di Telegram... Jadi, mereka boleh ulangkaji semula apa yang dibincangkan. Yang tak dapat turut serta dalam sesi Google Meet pun mungkin boleh guna nota tu sebagai rujukan... 


TAPI...


Memandangkan saiz screen capture tersebut adalah besar, maklum la... Satu web page kottt! Haruslah besar... Bila dalam bentuk gambar, kalau share begitu sahaja, berkemungkinan penerima tak boleh lihat gambar screen capture tu dengan jelas, perkataan akan pecah-pecah... What you can do is...


Kalau fail yang di save tu nak dikongsikan kepada orang lain / murid, saya cadangkan anda gunakan Telegram... 


Ini kerana, anda boleh menghantar gambar dengan saiz sebenar dalam Telegram. Jadi, jika penerima buka gambar tersebut menggunakan handphone, mereka masih boleh nampak gambar screen capture yang anda hantarkan tu...


Cara Menghantar Gambar Screen Capture Keseluruhan Web Page Menggunakan Telegram


1) Buka aplikasi Telegram pada laptop.


2) Klik pada icon 'paperclip' untuk attach gambar/fail screen capture.



3) Pilih fail screen capture.


4) Uncheck kotak COMPRESS IMAGES. Ini untuk mengelakkan gambar tersebut di compress. Bila gambar dah kena compress, memang akan blur dan kabur. 



5) Kemudian, tekan butang SEND. 


6) Gambar screen capture akan dihantar dalam saiz asal. Jadi, kualiti gambar memang jelas jika penerima buka pada telefon... 


Boleh rujuk post saya yang terdahulu tentang COMPRESS IMAGES ni... https://www.raihanjalaludin.com/2020/05/tips-untuk-kekalkan-kualiti-gambar-yang.html


Okay gais! Diharap perkongsian ini bermanfaat... Kalau tak bermanfaat sekarang, mungkin pada masa akan datang ilmu ni berguna... Hehe... Atau mungkin juga akan ada penambah baikkan yang lain. Biasalah, pembangun aplikasi sentiasa bekerja keras setiap hari upgrade apps mereka... Dunia ICT ni terlalu cepat, kadang-kadang dalam beberapa hari kita dah boleh tengok macam-macam perubahan pada satu-satu apps... 


Nota kaki : Sehebat apapun yang kita lakukan, kita tak akan melangkaui jatah rezeki kita. Kerana Allah sudah mengatur dan membaginya... Tugas kita hanya berusaha & berdoa... 

No comments:

Post a Comment