Aktiviti Lukis & Teka Online - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 25 July 2021

Aktiviti Lukis & Teka Online



Hai semua...


Masih belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha... Hari ni saya nak kongsikan satu pautan yang pada saya agak menarik untuk anak-anak atau kita yang dewasa ni pun boleh mencuba... Seronok jugak kalau ada masa lapang, ralit juga main benda ni... Hehe... 


Permainan lukis dan teka, sedikit sebanyak mengasah bakat melukis dan dalam masa yang sama boleh membantu meningkatkan lagi kosa kata Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu... Selain menyertai Room sedia ada, kita juga boleh cipta Room sendiri. Kalau Room sedia ada, kita akan main dengan pengguna-pengguna lain secara terbuka... Draw and guess!


Ini link nya... https://skribbl.io/


Kenapa Cipta Private Room Sendiri?


Dengan room sendiri, kita boleh masukkan 30 perkataan sendiri... Pandai-pandai la masukkan perkataan yang sesuai dengan aras murid / anak... Ada perkataan yang mungkin susah nak dilukis, contoh macam honesty... Hahaha... Susah... nak bagi orang faham lukisan tu tentang honesty bukan mudah. So, pandai-pandailah... Mungkin boleh lukis something tentang tajuk pelajaran... Tajuk Food, masukkan lah 30 perkataan berkaitan makanan... Transportation, masukkan perkataan tentang kenderaan... Begitulah... minumum bilangan perkataan adalah 4.


Selain itu, dengan room sendiri, kita boleh tetapkan nak main game tu berapa round, nak bagi masa berapa lama untuk melukis.... Ada juga link khas untuk masuk ke Private Room yang kita cipta tu... So, bolehlah share dengan murid-murid link berkenaan... 




Boleh ke nak guna dalam PdP https://skribbl.io/ ni? 


Bagi saya, okay je... Boleh je guna asalkan bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang & ada pemantauan oleh guru... Jalankan dalam Private Room... Boleh guna untuk subjek Bahasa Inggeris, Science DLP ke... subjek-subjek lain yang sesuai. Ada juga bahasa selain Bahasa Inggeris. Untuk bermain dalam Bahasa Melayu pun boleh... Just set sebagai BI tapi masukkan perkataan dalam BM... Yes!


UPDATE : Setiap private room boleh memuatkan 12 orang pemain.


Pelukis akan diberikan 3 pilihan perkataan untuk dilukis. Setiap peserta akan diberi giliran untuk melukis.



Peserta meneka perkataan melalui ruang chat.



Sekian sahaja perkongsian hari ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Take care, semua. 💖


Nota kaki: Jangan melupakan diri sendiri saat menyampaikan nasihat kepada orang lain. - Umar Bin Khattab.

No comments:

Post a Comment