Cara Reset Link Preview Pada Telegram - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday 17 March 2023

Cara Reset Link Preview Pada Telegram


 Hai gais...


Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan cara bagaimana untuk reset link preview pada Telegram. Kenapa penting untuk tahu cara reset link preview kat Telegram ni? Yes, penting untuk saya yang selalu berkongsi link Google Forms, link blog dll... 


Bila kita update forms / docs / slides, blog dll tu, link preview tetap akan keluar sama macam mula-mula kita share sebelum tu... Walhal kita dah buat editing atau update forms tu, mungkin kita ada edit tajuk ke gambar ke kat link asal, tapi paparan thumbnail tu tetap tak berubah... 


So, macam tak cantiklah, pada link preview, orang nampak benda lain, kat forms sebenar, orang nampak tajuk lain... Sedangkan kita dah edit forms tu dah pun kalau ikutkan... Cuma thumbnail nya tak berubah... 


Ada cara nak ubah thumbnail tu rupanya supaya ianya updated sama seperti yang kita dah update dalam link sebenar... 


Cara Reset Thumbnail Link Pada Telegram


1) Buka aplikasi Telegram


2) Taip Webpage Bot pada ruangan Search


3) taip /start


4) Masukkan link yang nak di update tu.


5) Bot akan update link preview mengikut sepertimana yang terkini di link sebenar... Siap!~


6) Boleh share link yang sama seperti biasa... Preview akan berubah menjadi sepertimana yang terkini selepas update... 



Tak faham? 😂


Saya tau mungkin ada yang tak faham apa yang saya cuba sampaikan sebab hanya yang mengalaminya sahaja akan faham... Hahahaaa...


Cuba try test... Apa yang korang boleh buat, try share link google forms kat Telegram. Lepas tu korang pegi kat Google Forms tu, edit sikit apa-apa... Tukar tajuk ke gambar header ke... Lepas tu share semula link yang sama kat Telegram, pasti paparannya sama dengan yang mula-mula korang share tadi... Tak mengikut seperti yang korang dah update pada forms... Bila jadi camni, korang boleh cuba steps yang terangkan di atas ni... Nanti korang boleh nampak link korang tu updated mengikut maklumat terkini... Try lah...


Pening? Hahahaha... Kena try baru faham apa yang saya maksudkan... Hahaha... Sekian perkongsian saya hari ni... Thank you for reading my post! Take care! 


Nota kaki : Semua orang bisa tahan dengan kesengsaraan, tapi bila kau ingin tahu karektor sebenar seseorang, berilah dia kekuasaan. 

2 comments: