Lembaran Aktiviti Kreatif BM BI - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 19 March 2023

Lembaran Aktiviti Kreatif BM BI



Assalamualaikum gais...


Halluuu... Hari ni last cuti, esok dah start keja... Huks... Biasalah bila dah buka sekolah, sibuklah sikit kehidupanku... Huhu... Hari ni saya sempat hasilkan beberapa helai lembaran aktiviti yang boleh digunakan dalam kelas nanti... Ada dua versi, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ada beberapa helai memang dah sedia ada... lama dah buat tu... So, hari ni just menambah helaian... Jika ada rakan-rakan yang berminat nak menggunakannya, silakan download ya... 


Set lembaran aktiviti kreatif BM & BI yang berkonsepkan fun learning sebanyak 16 helaian ini boleh dimuat turun dalam bentuk PDF... Nak selit semasa PdP pun boleh atau boleh juga digunakan sebagai aktiviti tambahan semasa relief dan aktiviti persatuan kokurikulum pun boleh juga. 




Dalam set lembaran aktiviti BM & BI ni, ada aktiviti seperti break the code, aktiviti membina perkataan, Boggle, Word Snake, permainan menggunakan dadu dll. Murid-murid boleh bermain secara individu atau berkumpulan. 


Kalau nak jalankan permainan menggunakan dadu, samada minta murid tolong bawa dadu atau cikgu sediakan dadu... Saya memang ada sekotak dadu... 10 biji... Hahaha... Senang nak buat aktiviti. Kalau ada yang nak beli dadu, boleh dapatkan kat Shopee jer... Murah. Order terus sampai kat rumah... Giteww!~


Beli dadu cantik warna warni kat Shopee :- https://shope.ee/1VSNaLsXRP





Selain itu, ada juga disediakan lembaran Movie Review kot la cikgu-cikgu nak bawa murid menonton short movies kat Youtube ke kan... Ada banyak filem pendek / short film kat Youtube yang berdurasi 10-30 minit... Tapi pastikan sebelum pasang filem tu kat murid, korang dah tonton dulu la ye... Haha... Tengok kesesuaian... 


Okay, bagi yang berminat, silakan download ya... 


DOWNLOAD : Lembaran Aktiviti Kreatif BM & BI


Boggle


Yang ni kot korang nak buat aktiviti menulis pantun ke poem ke... Bolehlah bagi murid lembaran ni...


Sekian perkongsian saya untuk hari ini. Semoga perkongsian Lembaran Aktiviti Kreatif BM & BI ini bermanfaat untuk rakan-rakan semua... Saya doakan urusan kalian dilancarkan, dipermudahkan... Doakan saya juga. Terima kasih. 💖


Nota kaki : Dunia ini umpama bayang-bayang. Jika kamu berusaha menangkapnya, ia akan lari. Tapi kalau kamu membelakanginya, ia tak punya pilihan selain mengikutimu.

No comments:

Post a Comment