Fungsi Tambahan Akaun Google Meet Yang Telah dinaik Taraf - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 28 July 2021

Fungsi Tambahan Akaun Google Meet Yang Telah dinaik Taraf





Hi gais... Assalamualaikum...


Okay, Ahad lalu beberapa orang rakan saya telah berkongsi maklumat tentang akaun admin sekolah mereka telah pun dinaik taraf. Bukan setakat admin sekolah sahaja, akaun admin dan pegawai-pegawai yang memegang akaun (xxx-xxx-cmxx@moe-dl.edu.my) juga sudah dinaik taraf. Alhamdulillah... Gigih saya buat poster di atas untuk berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang lain. Haha... Excited! Jadi sekarang ni ada beberapa tambahan fungsi seperti Breakout rooms, polls, Q&A sudah boleh dilihat dalam menu ACTIVITIES Google Meet. 


Selain penambahan fungsi tersebut, ada lagi beberapa fungsi yang menarik... Antaranya:-


1) noise cancelation





2) Auto attendance, fungsi ni akan aktif jika disertai oleh 5 orang dan lebih... Automatik, tak perlu klik apa-apa... Bila end call, senarai nama akan dapat kat kita... Tapi... Kalau setakat 2-3 orang, dia suruh korang catat sendiri jer kehadiran tu... Hahahahaa... Benda ni memang sangat membantu untuk mesyuarat/bengkel... Tak payah nak guna Google Form dah... Semua nama penuh & email akan tercatat. Siap tempoh masa join meeting pun ada dicatatkan sekali... 


Untuk mendapatkan senarai kehadiran (auto attendance), boleh cuba semak dalam email... 


Kredit : Gambar oleh Cikgu Mohd Kamal Iskandar


3) Poll


4) Q&A


5) Breakout Rooms


6) Segala respon peserta/murid pada polls, Q&A & chat akan tersimpan dalam drive. Tengok je dalam folder Meeting Reports & Google Meet Recording... InsyaAllah ada dalam folder tersebut. 


7) Dalam calendar, sudah ada fungsi livestream... Livestream boleh dijalankan dengan 100000 pengguna didalam domain yang sama. Wow! Nanti jangan lupa try naa... 


Caranya, buka CALENDAR, klik pada butang CREATE - pada menu JOIN GOOGLE MEET, klik anak panah ke bawah (v), sebelah icon tutup (X). (Rujuk gambar di bawah)


Kredit : gambar ni milik Cikgu Hasnida Mat Isa.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang berkongsi info dan sudi bersama-sama mencuba aplikasi Google Meet yang telah dinaikkan taraf ni... Cikgu Aidaliza & Cikgu Hasnida Mat Isa, Cikgu Ariff, Cikgu Kamal Iskandar, Cikgu Khairil Firmansyah, Cikgu Amir, Puan Maizatul Safina... Thank you, gaissssss.... 🎁


UPDATE 16/8/2021

Alhamdulillah... Akaun guru (g-xxxx@moe-dl.edu.my) juga ada yang dah pun dinaik taraf & mendapat manfaat yang sama... Akaun rakan guru yang belum lagi di upgrade, mohon sabar menunggu ya... Dalam proses... 😁


UPDATE 31/8/2021


8) Background


Dah ada fungsi tukar background. Boleh letak backdrop sendiri... Yay! Untuk background ni memang keluar dalam bentuk mirror ya (terbalik). Jangan risau, biarkan je... Sebab orang lain akan nampak ok je... Kita je nampak background kita terbalik... Hehe...


9) Co-Host


Okay, dah boleh add co-host... Klik je pada menu PEOPLE, klik pada nama mereka, kemudian grant host kat nama tersebut... Mereka boleh membantu tugas-tugas host...


UPDATE 6/12/2021


Makluman dari pihak SSTP, sesi Google Meet untuk akaun guru, akaun admin sekolah dan akaun CM dah boleh disertai sehingga 500 orang... Yay!~


Ada lagi ciri tambahan yang anda kenalpasti? Mungkin saya tak senaraikan di sini... Boleh share diruangan komen ya... Okay semua... semoga perkongsian ini bermanfaat. Jaga kesihatan... Take care... Bye!


Nota kaki : Mengetahui isi hati seseorang adalah hal yang tak mungkin. Tetapi isi hati akan tergambar melalui sikap dan perkataan. 

1 comment: