Scan Dokumen Menggunakan Telefon Dengan Aplikasi Notes - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday 16 July 2021

Scan Dokumen Menggunakan Telefon Dengan Aplikasi Notes



Assalamualaikum semua...


Halluu gais! Okay, hari ni saya nak share tentang aplikasi Notes dalam Iphone. Biasanya saya akan gunakan aplikasi ini untuk mencatat nota. Tapi dengan aplikasi ni juga saya boleh gunakan untuk scan dokumen / surat menyurat dll... Bagus juga, tak payah nak download apps lain dah... Guna yang sedia ada dalam phone jer... 


Kenapa pentingnya menggunakan scanner? Mesti ada yang terfikir, Ehhh... Camera kan ada, snap je lah gambar! Boleh juga! 


Yes, memang guna camera pun boleh juga... Tapi kualitinya tak sama. Jika guna scanner, dokumen akan lebih jelas & cantik... Kalau black & white, memang nampak macam fotostat... clear! 


Cara Scan Dokumen Dengan Aplikasi Notes


1) Buka aplikasi Notes


2) Klik pada icon di penjuru bawah sebelah kanan


3) Klik pada icon Camera - pilih Scan Documents


4) Boleh mula scan dokumen yang dikehendaki.


5) Setelah selesai, klik pada butang 3 titik pada penjuru atas kanan, pilih Send a Copy... pilih penerima samada di Whatsapp/Telegram / Email /dll.



Simple je kan? Hehe... Terima kasih kepada kak Maizatul Safrina & Kak Juliana Ali kerana memperkenalkan benda ni kepada saya tempoh hari... Siap dengan demo skali... Huhu... Tq! Biasa saya akan guna Tiny Scanner, memang favourite! Tapi dah ada kat Notes, okay juga... Boleh kurangkan space telefon.... Tak perlu install apps tambahan. Guna Notes je...


UPDATE 1/3/2022


Satu lagi cara paling ringkas dan mudah yang boleh digunakan adalah dengan menekan icon NOTES  tu lama-lama... Nanti akan keluar menu seperti dalam gambar... Lepas tu boleh pilih SCAN DOCUMENT... Settle!



Kalau anda bukan pengguna Iphone, boleh jer scan menggunakan Aplikasi lain... Contohnya Cam Scanner atau Tiny Scanner... Boleh baca post saya terdahulu tentang Tiny Scanner... Memang awesome!~ 


BACA CARA MENGGUNAKAN APLIKASI TINY SCANNER


Nota kaki :- Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad. 

No comments:

Post a Comment