Cara Setting Format Tarikh Pada Google Forms (Hari/Bulan/Tahun) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 22 November 2021

Cara Setting Format Tarikh Pada Google Forms (Hari/Bulan/Tahun)

 

Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak berkongsi cara bagaimana untuk setting format tarikh dalam Google Forms. Secara default nya setting tarikh dalam Google Forms adalah mengikut bahasa yang ditetapkan dan selalunya memang formatnya dalam bentuk Bulan/Hari/Tahun. Jadi macam tak best kan sebab di Malaysia ni, kita biasa gunakan format Hari/Bulan/Tahun... Dah terbiasa dengan format tu dari dulu lagi... Hehe... 


CARA SETTING FORMAT TARIKH PADA GOOGLE FORMS (HARI / BULAN / TAHUN)


1) Cara nak bagi setting tu bertukar dari Bulan/Hari/Tahun kepada Hari/Bulan/Tahun adalah dengan pergi ke Google Drive, kemudian klik pada akaun.


2) Kemudian klik pada Manage your Google Account. 




3) Klik Personal Info

4) Klik Language




5) Pada Add Language, klik English - Malaysia




6) Buka Google Forms yang dibina. Boleh lihat format tarikh telah pun berubah kepada Hari/Bulan/Tahun.



Diharap dengan setting sebegini, kebarangkalian untuk responden Google Forms kita untuk tersilap isi tarikh akan berkurang... 


Sekian sahaja perkongsian ringkas untuk hari ini... Take care, semua. Babai! 😁


Nota kaki: Jalani dan rasai, maka engkau akan memahami.

No comments:

Post a Comment