Cara Memeriksa Kelajuan Internet - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 21 November 2021

Cara Memeriksa Kelajuan Internet


Assalamualaikum semua...


Saja nak kongsi cerita... Bulan lalu, internet di rumah saya down... Memang stress! Bila saya semak, hanya 50-80mbps.. Aduhhh... Kita bayar untuk 100mbps, tapi boleh pergi maksimum 80mbps jer... Sabar je lah... Selepas beberapa hari masih sama, takde tanda-tanda nak dapat 100mbps, so saya pun buat aduan kepada pihak Unifi dan akhirnya technician datang untuk reset semula modem dan saya dapat kelajuan sebanyak mana yang saya langgan... Baru betul! 


Cara Memeriksa Kelajuan Internet


1) Boleh pegi ke link http://fast.com atau https://www.speedtest.net/  atau https://speedtest.tm.com.my/


2) Klik butang GO untuk menyemak kelajuan internet.


Ini screen capture dari laman speedtest.net


3) Kalau kelajuan tidak seperti yang dijanjikan dalam pelan langganan, screen shot sebagai bukti... Kalau dapat screenshot lah untuk rekod beberapa hari. Kalau dah confirm memang ada masalah dengan kelajuan, boleh call service provider untuk minta penjelasan atau bantuan... 


Yelah, kadang-kadang mungkin dorang tengah upgrade sistem ke tengah buat apa-apa ke kan... So, memang ada gangguan capaian... Check dulu dengan mereka. Kalau tidak, minta mereka bantu untuk selesaikan isu yang anda hadapi tu... 


Selain itu, mungkin anda perlu upgrade peralatan... selalunya kalau rumah besar, mungkin ada tempat yang tak dapat coverage... dalam kes begini mungkin kena tambah penggunaan mesh ke apa ke... apa pun semuanya bergantung kepada situasi. Minta bantuan dari service provider dulu hokay! Mereka lebih arif dalam isu-isu seperti ini. Mungkin pihak mereka akan hantar technician untuk semak masalah yang dihadapi ke kan... 


4) Jika selesai, alhamdulillah... Anda dapat menggunakan internet berdasarkan kelajuan sebagaimana yang anda langgan.


Apa pun, cuba settle kan dengan service provider terlebih dahulu. Andai kata dah banyak kali berurusan tapi tak selesai, mungkin boleh try buat laporan kepada SKMM pulak ler... Huhu...


https://aduan.skmm.gov.my/


Okay, itu saja perkongsian untuk hari ni... Lega sangat bila internet dah ok... Hehe... Diharap perkongsian ini membantu... Take care, semua. Bye!


Nota kaki: Kehendak dan takdir kepunyaan Allah. Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia telah menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.

No comments:

Post a Comment