Perkongsian Pengalaman - Microsoft Certified Educator - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 20 December 2021

Perkongsian Pengalaman - Microsoft Certified Educator

 


Assalamualaikum... 


Hai gais! Alhamdulillah, minggu lepas saya dah berjaya lulus exam untuk Microsoft Certified Educator. Yay! Macam tak sangka boleh lulus... Memang agak tough soalannya. Jenuh jugak nak memahamkan 21st Century Learning Design (CLD) dengan segala Activity Rubrics... Huhu...  


Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Lenovo Edvision kerana menaja exam ini... Kalau tidak, kena bayar tau nak ambil exam ni, bukan free... Rezeki bila ada rakan yang berkongsi dengan saya tentang program ini. Jadi, saya pun ambil kesempatan untuk turut serta. Mula-mula, saya sertai bengkel yang dikendalikan oleh Lenovo Edvision pada bulan September kalau tak silap... Dari bengkel itu, ada peserta dipilih untuk ditaja ambil exam ni... Dan apabila sudah dipilih, ada lagi bengkel yang dijalankan untuk memberi pendedahan tentang exam. Bengkel tersebut telah saya sertai pada bulan November yang lalu. Terima kasih, kak Subaidah kerana sudi kongsi info dengan saya & rakan-rakan yang lain... 




Program ini adalah kerjasama Lenovo Edvision dengan JPN Johor. Saya ambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih juga buat Encik Fadzli Ishak, Penolong Pengarah Unit TMK, Sektor Pembelajaran, JPN Johor atas ilmu yang dicurahkan.  Beliau merupakan salah seorang pembimbing dalam program ini. Tidak dilupakan juga, seorang lagi pembimbing iaitu Dr. Azma Abdul Hamid yang telah banyak berkongsi ilmu sepanjang sesi bengkel. Terima kasih! 



Thank you juga untuk kawan-kawan TAP TAP TAP yang banyak membantu, meluangkan masa untuk buat kelas tambahan bagi berkongsi ilmu, tips dll... Korang memang awesome! Tahniah kepada semua yang dah berjaya dapat MCE... Yang masih berjuang, saya doakan kalian berjaya... Aamiin... Dalam pada kami duk sibuk ambil MCE, seorang rakan saya, Cikgu Aidaliza juga sibuk berjuang & telah berjaya dapat Google Innovator! Tahniahhhh!~ 😊


Passing marks untuk exam MCE ni adalah 700/1000. Soalan berbentuk situasi yang related dengan 21st CLD memang banyak... Tentang Microsoft Digital Learning Tools pun ada juga... Masa yang diperuntukan adalah sejam... Soalan agak panjang, jadi perlu berlatih identify keywords & membaca pantas... Huhu... 


Okay, sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini... Saya doakan urusan rakan-rakan yang terlibat dengan banjir dipermudahkan. Sebak rasanya bila melihat orang tua, anak-anak kecil terpaksa naik sampai ke atap, ada yang dah terendam dalam air menunggu bantuan... haiwan-haiwan peliharaan, kucing... Allahu... 😭 Semoga dipermudahkan urusan kalian... Semoga selamat semua hendaknya. Take care, semua... Ramai-ramailah kita tolong doakan ya... Sebab kita tak tahu doa siapa yang akan diangkat olehNya... 


Nota kaki : "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Surah Hud, 44.

No comments:

Post a Comment