Contoh Aktiviti Project Based Learning (PBL) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 18 December 2021

Contoh Aktiviti Project Based Learning (PBL)



Assalamualaikum semua...


Alhamdulillah... Dah mula cuti sekolah, apa perancangan anda? Mesti ramai yang balik kampung, pergi bercuti... Rehatlah... Walau di mana anda berada, jangan lupa jaga diri, patuhi SOP... Kita belum menang... Kes Covid masih angka ribu-ribu lagi... Hati-hati ya. 😊


Baiklah, hari ni saya kongsikan contoh-contoh aktiviti Project Based Learning (PBL) yang mungkin sedikit sebanyak boleh membantu rakan-rakan guru untuk memahami dan melaksanakan dalam PdP nanti. Banyak idea yang dikongsikan... Saya cuma panjangkan ilmu ke dalam blog ini saja... 


Sebenarnya, contoh-contoh ni adalah merupakan video-video dan modul yang sememangnya sudah sedia ada dikongsikan dalam site PEDAGOGIKU, site yang dibangunkan oleh Sektor Pembelajaran PPD Kinta Utara. Cikgu-cikgu dan murid-murid Daerah Kinta Utara terutamanya, jangan lupa catatkan rekod penggunaan site tersebut ya... Nak komen untuk penambahbaikan pun boleh, silakan... 😁


✅Contoh-contoh video PBL subjek Kimia dalam Site PEDAGOGIKU - https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pedagogi-ku/kimia/pbl-kimia




✅ MODUL WOW IN PBL KINTA UTARA - https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pedagogi-ku/modul-rujukan-guru?authuser=0#h.3zw7d5u89nq


Modul 294 mukasurat ini adalah hasil kerjasama SISC+ Sains & Matematik, barisan mentor dan Jurulatih Utama Daerah Kinta Utara. Syabas di atas kejayaan penghasilan modul yang baik dan bermanfaat ini. Mantap!~




✅ 1 GURU 1 PBL : KOMPILASI PERANCANGAN PBL & RPH (181 mukasurat) - 
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pedagogi-ku/modul-rujukan-guru?authuser=0#h.ekptt3jpv48h



✅ 12 BUAH BUKU KOMPILASI PBL : MY-PROJEK MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DAERAH KINTA UTARA - https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pedagogi-ku/modul-rujukan-guru?authuser=0#h.w2coiovsem1


Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru daerah Kinta Utara atas penghasilan modul-modul yang sangat bermanfaat ini. 

Selain itu, terdapat juga nota rujukan tentang Project Based Learning (PBL) dalam laman Repositori Sumberku KPM. Boleh dapatkan nota tersebut di link ini. 


✅ NOTA PROJECT BASED LEARNING (PBL) REPOSITORI SUMBERKU



Video ni pun menarik untuk ditonton untuk dapat idea bagaimana memulakan PBL... 



Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua... Take care, assalamualaikum...


Nota kaki : Be stronger than your excuses.

No comments:

Post a Comment