Cara Memasukkan Tandatangan Dalam Email Gmail / MyGovUC / DELIMa - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 16 February 2022

Cara Memasukkan Tandatangan Dalam Email Gmail / MyGovUC / DELIMa



Assalamualaikum semua.


Apa khabar? Okay hari ni saya nak berkongsi cara untuk meletakkan tandatangan dalam email. Sebelum ni dalam email MyGovUC saya memang dah disetkan siap-siap oleh admin, nama dan jawatan memang dah tersedia. Tapi bila dah migrate ke Google Workspace, tandatangan tu perlulah diset sendiri nampaknya... Hehe... Tandatangan ni penting terutama bagi urusan rasmi. Jenuh pulak setiap kali nak hantar email nak taip tandatangan dari siapa email dihantar kan... Kita setting siap-siap, jadi lepas ni setiap kali nak hantar email, tandatangan tu terus muncul secara automatik dalam email. 


Untuk yang menggunakan akaun Gmail, akaun DELIMa atau MyGovUC...  Semua dah menggunakan Google Workspace sekarang ni kan, so kaedahnya sama jer bagi mana-mana akaun... Okay, caranya mudah sahaja... Jom tengok!~


Cara Memasukkan Tandatangan Dalam Gmail / MyGovUC / DELIMa


1) Pergi ke Gmail masing-masing. https://mail.google.com


2) Kemudian, klik butang SETTINGS - SEE ALL SETTINGS



3) Pergi ke menu GENERAL


4) Scroll ke bawah, cari SIGNATURE




5) Klik CREATE NEW - Taipkan nama anda


6) Setelah itu, diruangan sebelah KANAN, masukkan nama, jawatan & tempat bertugas....


7) Pada SIGNATURE DEFAULTS - klik nama anda dikedua-dua kotak FOR NEW EMAIL USE dan ON REPLY / FORWARD USE 


Yang ni untuk memastikan agar tandatangan terjana secara automatik setiap kali kita respon email atau menulis email baru... 



8) Jika nak masukkan LOGO atau gambar, boleh klik pada icon INSERT IMAGE. Upload gambar yang dikehendaki. Yang ni optional... Kalau tak nak pun takpe...




Setelah selesai, klik butang SAVE. Kemudian, boleh semak samada apa yang di setting kan tu menjadi ke tidak... Cara nak semak, klik butang COMPOSE... 


Nampak macam banyak steps tapi sebenarnya senang je... Nanti cuba set tandatangan masing-masing ya... 


Okay semua. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Kalau nak ubah gambar tema email anda, boleh baca post saya yang terdahulu... https://www.raihanjalaludin.com/2020/02/cara-untuk-menukar-latar-belakang-gmail.html


Jaga diri, jaga keluarga... Kes Covid19 semakin hari semakin meningkat pulak sekarang ni... Haihh... Jangan lupa patuhi SOP! Saya doakan kalian semua sentiasa dalam lindungan serta rahmat Allah... Bye, gais. Assalamualaikum...


Nota kaki : Manusia yang paling tinggi kedudukannya adalah mereka yang tidak melihat kedudukan diirinya, dan manusia yang paling banyak memiliki kelebihan adalah mereka yang tidak melihat kelebihan dirinya. - Imam Syafie

No comments:

Post a Comment