Cara Menghasilkan Photo Frame Dengan CANVA - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 1 March 2023

Cara Menghasilkan Photo Frame Dengan CANVA



Assalamualaikum gais!

Sejak ada Canva, macam-macam benda kreatif dapat dihasilkan dengan mudah. Kalau dulu apa-apa design cantik, pasti designer akan gunakan Photoshop dan lain-lain apps yang kebabomm... Tapi sekarang, ramai yang dah mula guna Canva jer... Cantik-cantik templates yang disediakan. Pilih je mana nak, edit-edit sikit, siap!~ 


Begitulah, semakin lama semakin memudahkan... Memang itulah peranan teknologi, memudahkan, bukan menyusahkan! Hehe...


Okay, saya nak kongsikan cara bagaimana anda boleh hasilkan frame gambar untuk majlis dll acara hanya dengan menggunakan Canva. Sangat simple dan mudah... Jom tengok!


Cara Menghasilkan Photo Frame Dengan Canva


1) Pergi ke laman www.canva.com 


2) Log masuk ke akaun canva menggunakan email moe-dl atau mana-mana email... Untuk guru, sila guna akaun moe-dl untuk mendapatkan fungsi Education


3) Taip kata kunci 'frame' pada ruangan search.



4) Pilih templates yang dikehendaki. Banyak giler templates yang cun... Scroll dan pilih jer...


5) Masukkan tulisan (FONT) & gambar yang dikehendaki. Gunakan menu di sebelah kiri... Untuk masukkan gambar, pilih menu UPLOADS - klik UPLOAD FILES. 


Ni contoh frame yang dihasilkan untuk guru-guru yang menerima anugerah tempoh hari... 

Untuk pilih frame selain yang diberikan dalam templates, samada nak gambar tu bulat ke segi empat ke bujur atau bentuk-bentuk lain, klik pada menu ELEMENTS - taip FRAME pada ruangan search... Pilih frame yang dikehendaki. Serius, banyak sangat pilihan... Nak letak gambar korang dalam bentuk abjad pun boleh tau!


6) Selesai editing... Klik butang SHARE... Download dalam format yang diingini. Kalau nak gambar, boleh download dalam bentuk JPEG tau PNG... Kalau nak dalam bentuk PDF dll pun boleh juga... Ikut kesesuaian hokayy!



Kalau nak create sendiri pun boleh jer... Pilih jer mana-mana elemens yang sesuai, gabungkan dengan font yang cantik... Pilih frame yang cantik kat elements.... Masuk gambar, siappp!~




Photo frame ni sesuai la kalau nak post kat media sosial sebab dah ada details tentang majlis dan pencapaian sekali kan... Nak buat frame gambar yang tak formal pun boleh jer untuk dijadikan kenangan... Sekian perkongsian ringkas untuk hari ini. Semoga bermanfaat... 


Nota kaki: The biggest risk is not taking any risk. 

No comments:

Post a Comment