DSKP for English - The Learning Standard Progression (Form 1 - Form 5) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 1 March 2023

DSKP for English - The Learning Standard Progression (Form 1 - Form 5)

 


Hai semua.


Assalamualaikum. Apa khabar? Cuti-cuti sekolah ni la time nak melepaskan lelah ye... Hehe... Rehatlah sepuasnya. Masih berbaki hampir 20 hari lagi cuti... Manfaatkanlah sebaiknya ya. 


Okay, hari ni saya nak panjangkan perkongsian dari Puan Juliana Binti Shaharum, SISC+ Bahasa, PPD Kinta Utara tentang DSKP for English - The Learning Standard Progression (Form 1 - Form 5). Bahan ni sangat berguna untuk rakan-rakan guru yang mengajar Bahasa Inggeris Sekolah Menengah. 




Puan Juliana Shaharum dah susun DSKP Bahasa Inggeris dari form 1 hingga form 5 dalam satu jadual yang mudah untuk dirujuk. Gais, korang patut rujuk bahan ni tau untuk memahami & memudahkan kita faham pemeringkatan isi dan kemahiran yang perlu dikuasi oleh murid. 


Semuanya telah disusun dengan teratur dan kemas berdasarkan skills - Listening, Speaking, Reading, Writing & Literature In Action. 



Diharap dengan perkongsian ini, guru-guru terutama mereka yang mengajar Bahasa Inggeris Tingkatan 1 hingga 5 dapat manfaat darinya. Kepada guru-guru yang berminat untuk mendapatkan bahan ini, silakan tekan butang download ya... 


Sekian sahaja perkongsian kali ini... Semoga bermanfaat! Take care, semua... 💓


Nota kaki : Either you run the day or the day runs you.


No comments:

Post a Comment