Lembaran Aktiviti Kelas Relief - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 20 November 2017

Lembaran Aktiviti Kelas Relief



Hai semua! 

Assalamualaikum... Semoga semua sihat-sihat je di akhir-akhir tahun ni ye... Maklum ler, semua cikgu tengah busy siapkan itu dan ini... Naik kelas la, streaming la... SPBT la... kann... Hehe... Yes, saya cikgu, jadi saya memang faham sangat. Kalau ada orang yang beranggapan lepas habis exam, semua cikgu boleh rehat senang lenang, ITU SALAH! Hanya cikgu yang faham kerja cikgu macam mana... Tu belum cerita tentang pendaftaran murid baru, fail-fail yang nak di sort ikut kelas murid tahun depan... Banyak keja wooo.... Heheheee... 

Okay, tahun 2018 ni sekolah saya rancang nak mulakan semula projek yang pernah saya jalankan dua tahun lalu. Projek Relief namanya... Yes, projek ni saya jalankan under program disiplin. Masa tu iollss guru disiplin hokehhh... Huhuhuuu... Semasa berjalannya projek tu, memang saya nampak keberkesanannya... Dari segi disiplin murid, lebih mudah nak kawal lah... Sebab masing-masing busy dok siapkan task yang diberi, takde masa nak menyembang... Tahun 2018 ni, kami nak buat semula projek ni. Saya dah kumpulkan semua bahan-bahan dalam bentuk pdf. Saya dapat bahan ni dari google jer... So, selain aktiviti frog VLE, penggunaan modul dalam kelas, bahan-bahan ni pun boleh membantu perjalanan kelas relief...  


Macam mana nak laksanakan Projek Relief ni? Saya letak perkataan Projek tu konon-konon macam hipster sikitlah bunyinya.... Muahahaha... Okay, saya akan nyatakan step nya ya... 

Langkah pertama, sorang guru incharge tak kira lah Penolong kanan ke guru biasa macam saya ke, kena dipertanggungjawabkan untuk print semua bahan-bahan relief yang diperoleh. Untuk jimat kertas, fotostat bahan tu jadi 1/2 mukasurat je... Jadi sehelai kertas dapat 2 bahan. 

Kedua, sediakan dalam 30 buah fail poket untuk letak bahan-bahan yang dah di reso/fotostat. (30 fail sebab bahan saya tu ada 60 set) Nomborkan fail tu 1-30. Lepas tu kat depan fail poket tu, buat 3 column - senarai kelas, bilangan murid dan tarikh... Rujuk gambar ya... Print ikut bilangan fail poket korang... Tampal kat depan fail poket tu ye... Senarai ni bertujuan untuk, cikgu yang ambil bahan tu tulis tarikh dan dia ambil bahan tu untuk kelas mana. Contohnya, dia relief kelas 1D, dia ambil bahan dari fail nombor 1, dia tulis tarikh kat ruangan kelas 1D, bermakna cikgu lain yang relief 1D selepas tu tak akan ambil lagi bahan tu lah... Kau faham tak apa hakak cakap ni? Hahahahah... Supaya tak overlapped terguna dua kali kat kelas yang sama bahan yang sama. Budak-budak bosan la kalau guna bahan yang sama kannn.... Ni la tujuan letak label kat depan fail tu... 
Ketiga, susun fail-fail tu di tempat yang guru/murid mudah untuk akses. Jadi bila-bila masa cikgu yang nak masuk relief, mereka boleh ambil bahan mengikut bilangan murid yang dah tertera atas fail tu... Hehe... 

Penting : Sekolah kena fikirkan cara macam mana murid-murid nak simpan kertas-kertas aktiviti yang mereka dapat tu... Samada nak wajibkan setiap murid untuk sediakan satu fail khas atau nak suruh mereka tampal dalam buku khas... terpulang kepada sekolah untuk mengelakkan kertas-kertas tu bertebaran menjadi sampah sarap pulak nanti kalau tak diurus dengan betul. 

Cubalah kaedah ni... Rasanya kalau dah ada bahan relief, cikgu-cikgu pun tak kisah sangat nak masuk relief. Huhuhuuu... dan disamping itu, murid-murid pun akan lebih tenang sebab mereka ada sesuatu nak dikerjakan... Bahan yang saya sediakan ni mostly memang sesuai untuk murid dari tahun 1-6, tanpa atau dengan sedikit bantuan guru je... Budak boleh buat sendiri. Sebab mostly bahan adalah untuk mengasah IQ, skill penglihatan, melatih kesabaran dan memupuk ketelitian murid…
 

Sekadar berkongsi kaedah, kalau ada kaedah lain, korang share lah dengan saya ya... Taip je kat ruangan komen tu. Hehe... Kalau tak nak guna kaedah ni pun takpe, print je sehelai-sehelai bila nak digunakan... atas kreativiti masing-masing, yang penting murid ada aktiviti nak dibuat, cikgu yang masuk relief pun tak pening nak handle kelas... 


SILA DOWNLOAD BAHAN MENGGUNAKAN LAPTOP



UPDATE 12/4/2021

Boleh dapatkan lembaran berkaitan Corona Virus di link berikut... Boleh jugak digunakan sambil-sambil relief kelas, sambil-sambil kongsi info dengan murid tentang wabak Covid19.







Nota kaki: You shouldn't be always available for someone who doesn't even ask how you are doing. 

61 comments:

  1. Terbaik Cikgu. Semoga beroleh ganjaran terbaik dunia n akhirat

    ReplyDelete
  2. Hebat cikgu. Mohon halalkan ya. Semoga cikgu dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  3. HEBAT CGU RAIHAN ........ Tabik Hormat kpd Cgu moga ALLAH sentiasa berkati USAHA murni cgu

    ReplyDelete
  4. Mohon halal..bagus cikgu raihan

    ReplyDelete
  5. Cikgu, saya mohon download ya? Terima kasih cikgu. Semoga murah rezeki

    ReplyDelete
  6. Cikgu, saya mohon download ya? Terima kasih cikgu. Semoga murah rezeki

    ReplyDelete
  7. Bagus idea ni..rasanya xperlu la buat bahan relief ikut subjek kan..random je..masih dalam misi saya untuk membuat bahan2 relief ni..

    ReplyDelete
  8. T.ksh cg...moga beri kesihatan dan kekuatan dlm menjlnkn tugas...

    ReplyDelete
  9. Muaahhhhh😘😘 tq cikgu..ada idea tapi x de masa pun payah juga..semoga Allah panjangkan usia cikgu..
    Saya gunakan ya.

    ReplyDelete
  10. Mohon download dan share ya cikgu...terima kasih...

    ReplyDelete
  11. Mohon download ye.. Terima kasih cikgu.. Semoga Allah permudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Terima Kasih, cikgu! :D

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah...idea ni pun dah terbeku dlm minda sy dua tahun lepas..baru buat suku jln
    . Stop sbb x de masa.. Tahun ni br dpt mandat SU Kurikulum.. insyaAllah akan teruskn idea murni ini.. ��

    ReplyDelete
  14. sekarang murid suka guna komputer. so sy selalu bg soalan di quizziz. bagi nombor pin pada murid, set masa untuk murid buat. penilaian boleh kita buat n kat situ boleh tgk siapa x buat kerja.

    ReplyDelete
  15. Mohon share cikgu. .semoga dipermudahkan urusan cikgu

    ReplyDelete
  16. terima kasih cikgu. memudahkan tugaa semua orang. hanya Allah shj mampu membalasnya.

    ReplyDelete
  17. Terima kasih cikgu. Barakallahu feek. Mohon share dan digunakan untuk murid2.

    ReplyDelete
  18. Mohon download ya, tq cikgu moga terus murah rezeki.

    ReplyDelete
  19. Terima kasih cikgu. Usaha yang baik.

    ReplyDelete
  20. mohon download
    t.kasih atas perkongsian
    semoga cikgu dimurahkan rezeki yang berterusan

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah terima kasih cikgu. Saya download. Semoga Allah mempermudahkan urusan cikgu juga.

    ReplyDelete
  22. Tahniah cikgu...usaha yg berbaloi..semoga hidup cikgu sentiasa diberkati dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  23. Tahniah. Ya, cara ni memang berkesan pss sek saya pernah buat tp bila penyelarasny pindah dah tak de org yg uruskan.

    ReplyDelete
  24. Terima kasih cikgu Raihan..semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik dan rezeki yg subur berpanjangan.

    ReplyDelete
  25. Allah jua yg meberi sebaik2 balasan kpd saudara

    ReplyDelete
  26. Terima kasih cikgu..Segala usaha cikgu Allah saja membalasnya..

    ReplyDelete
  27. mohon download ye..terima kasih cikgu Raihan..semoga Allah sentiasa mudahkan urusan cikgu.

    ReplyDelete
  28. Xdpt download la cikgu...emel kan saya boley? NikHasmawati@gmail.com..tq

    ReplyDelete
  29. Terima kasih atas perkongsian yg sgt bermanfaat. Semoga cikgu sentiasa dimurahkan rezeki....aamiinnn

    ReplyDelete
  30. Terima kasih atas perkongsian ini..banyak membantu...saya akan guna projek ini dalam PSS sebab masalah utama kami ialah guru-guru yang membawa murid atau menghantar murid ke PSS waktu relief. Harap dapat mengurangkan kesesakan PSS tahun depan.

    ReplyDelete
  31. Terima kasih atas perkongsian, semoga diberikanNya ganjaran yang hebat...

    ReplyDelete
  32. mohon share. semoga cikgu diberikan kebaikan di dunia dan akhirat aminnn

    ReplyDelete
  33. tq cikgu Hanya Allah yang dapat membalas jasa cikgu.Well done

    ReplyDelete
  34. Mohon untuk cetak bahan bagi kegunaan murid-murid di sekolah saya. Semoga Allah SWT permudahkan urusan cikgu di dunia dan di akhirat. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  35. bagus idea nih...at least cikgu ada bahan nak buat apa waktu relief...terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  36. terima kasih cikgu sudi berkongsi idea dan bahan...hanya Allah yang dapat membalas jasa baik cikgu..mohon halalkan untuk kegunaan anak didik kami...

    ReplyDelete
  37. great idea! Alhamdulillah....mohon halal....May Allah grant you abundance of rizq :)

    ReplyDelete
  38. TRM KASIH CKG.. SY MNTA IZIN GN BHAN CKG.. SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN CKGU N KT SEMUA..

    ReplyDelete
  39. TERIMA KASIH CIKGU ...SAYA MINTA IZIN DONLOD...SEMOGA URUSAN CIKGU DIPERMUDAHKAN ALLAH

    ReplyDelete
  40. Terima kasih byk2 cikgu. Semoga Allah merahmati cikgu.

    ReplyDelete
  41. Saya share ye cikgu. Tq ckgu

    ReplyDelete
  42. Mohon share ya cg..semoga sentiasa d murahkan rezeki

    ReplyDelete
  43. Salam....saya pohon download utk murid2 di sekolah saya, tq.

    ReplyDelete
  44. Salam....saya pohon download utk murid2 di sekolah saya, tq.

    ReplyDelete
  45. Mohon share ye cikgu.. . Semoga dipermudahkan Allah untuk cikgu atas usaha ini...

    ReplyDelete
  46. Alhamdulillah. Terima kasih Cikgu Raihan. Semoga Allah beri kelimpahan rezeki dan kesihatan yang baik untuk cikgu sekeluarga atas perkongsian ilmu ini.

    ReplyDelete
  47. Thanks a lot cikgu... semoga Allah berikan sebaik2 ganjaran buat cikgu. keep it up!!

    ReplyDelete
  48. idea terbaik cikgu... alhamdulillah dapat ilmu lagi. mohon share

    ReplyDelete
  49. mohon share ye cgu..trima ksih

    ReplyDelete
  50. mohon share ye cgu..trima ksih

    ReplyDelete
  51. mohon share ye cgu..trima ksih

    ReplyDelete
  52. Terima kasih cikgu.
    semoga dipermudahkan segala urusan cikgu serta dlm limpahan rahmat Allah. Aamin

    ReplyDelete