21 Aplikasi Yang Patut Ada Dalam Tablet / Telefon Cikgu - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 17 December 2017

21 Aplikasi Yang Patut Ada Dalam Tablet / Telefon Cikgu


Assalamualaikum semua!

Selamat berhujung minggu... Apa khabar? Cuti-cuti ni semua sibuk berjalan ke sana sini... Ke korang 'mereput' kat rumah jer... Hahahah... 

Okay, since ramai yang dah dapat telefon Yes Altitude dan juga Tablet Lenovo percuma, saya nak kongsikan beberapa apps yang menarik dan patut korang download simpan dalam phone/tab tu... Sebenarnya ada banyak lagi apps-apps yang FREE, menarik tertarik da' bomb yang related dengan pendidikan, saya tak la senaraikan semua, kalau korang rasa ada apps yang best untuk dikongsikan, share kat ruangan komen ye... supaya orang lain yang baca blog ni dapat manfaat daripada idea yang korang sumbangkan tu... Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan, korang dapat pahala tau! 😁

Satu

Aplikasi ini membenarkan anda mengimbas gambar yang mengandungi soalan matematik, secara automatik perkiraan akan dibuat dan jawapan akan dipaparkan sekali dengan jalan kerja! Awesome!


Dua

Aplikasi ini berfungsi sebagai scanner. Anda snap (ambil gambar) sahaja dokumen yang hendak di scan, ia akan bertukar menjadi format pdf atau jpeg... Dokumen yang telah di scan tersebut boleh disebar luas melalui email dan lain-lain media sosial. So, no more scanner besar gedabak! Hehe... Semuanya kat phone/tab saja... Perfect!


Tiga

Aplikasi ini amat berguna untuk semua guru terutama guru Bahasa.



Empat

Aplikasi ini juga berfungsi umpama kamus untuk pelbagai bahasa... Taip atau cakap sahaja, convert terus ke bahasa yang diingini.

Lima

Aplikasi ini adalah untuk menukar perkataan rumi kepada jawi. Yang ni berguna untuk anak-anak juga! :)


Enam
Google Apps seperti sheets, docs dan slides

Aplikasi-aplikasi ini memudahkan anda untuk membina / mengedit dokumen.


Tujuh

Aplikasi ini memudahkan anda mencatat nota penting dan to-do-list... Yang ni memang best terutama untuk orang-orang yang selalu terlupa hal-hal penting... So, catat saja di sini! :)


Lapan

Aplikasi ini dikongsikan oleh sahabat saya, Cikgu Farida dari SMK Trolak, beliau memang guru IT, jadi menurut beliau apps ni semenangnya terbaik untuk berlatih coding - html, php, phyton


Sembilan

Anda tidak lagi memerlukan kalkulator scientific dengan adanya aplikasi ini dalam telefon/tab anda. Ini juga perkongsian dari Cikgu Farida... Terima kasih, kak! Hehe...


Sepuluh

Aplikasi untuk memohon cuti melalui HRMIS.


Sebelas

Aplikasi untuk mendapatkan GL. Setelah menjana GL, print untuk dibawa ke hospital. Ada hospital yang terima jika kita hanya tunjukkan paparan dari telefon. Apa pun bergantung kepada budi bicara petugas dan juga keseriusan penyakit rasanya... Mungkin kalau warded, mesti ada yang printed punya GL. Saya pun tak pasti... Sebaiknya kalau nak selamat, print je lah ye... Tapi kalau kes kecemasan macam asthma ke lain-lain, selalunya hospital tak tolak pun... Mereka terima je pesakit, malah akan bantu uruskan hal GL tu... Nyawa lebih penting, beb! No worries! InsyaAllah... :)


Dua Belas

Aplikasi ini adalah untuk memaparkan tab/telefon anda dalam laptop. Sila baca post saya yang terdahulu tentang Mirroring 360

Tiga Belas

Aplikasi ini sangat-sangat berguna. Boleh dipaparkan atau dikongsikan link dengan pelajar-pelajar.
Terdapat ribuan video-video berkaitan pendidikan yang boleh diakses melalui youtube. Cubalah! :)


Empat Belas

Aplikasi ini membolehkan anda mengedit gambar-gambar acara sekolah. Boleh dikumpulkan dijadikan dalam satu frame jer... Awesome!


Lima Belas

Aplikasi ini FREE tetapi anda perlu melanggan suratkhabar dari portal Berita Harian. Saya memang ada apps ni dalam tab kerana selain membaca surat khabar, saya juga menggunakan soalan-soalan yang diambil dari surat khabar DIDIK... papar je ke laptop atau snap screeshot untuk disimpan untuk kegunaan di lain hari. Hehe... Tapi kalau taknak langgan pun takpe sebab semua guru memang dah diberi akses ke utusan kan... Huhu


Enam Belas

Untuk orang yang tak begitu meminati bidang fotografi macam saya, tapi nak edit gambar cantik-cantik nampak macam guna kamera mahal DSLR, korang guna apps ni... Memang editing yang sangat puuurrrrfect!


Tujuh Belas

Aplikasi ni bagus kerana lengkap dengan waktu solat, azan, Quran, kalendar Islam dan qiblat. Memang terbaik!


Lapan Belas

Aplikasi ini sesuai untuk tab/telefon yang saiz memorinya kecil. Anda boleh transfer gambar-gambar yang disimpan dalam telefon ke google photos.


Sembilan Belas

Aplikasi ni sangat membantu sekiranya anda dihantar ke kursus / mesyuarat di tempat yang anda kurang pasti lokasinya.... Hehe...


Dua Puluh

Aplikasi ini sesuai untuk pentadbir email sekolah... Ala... yang email 1GOVUC tu... hehe... atau pun kalau anda sendiri pun ada email @moe.edu.my pun boleh lah download apps ni bagi memudahkan urusan semak/balas email.


Dua Puluh Satu

Aplikasi ni best digunakan sekiranya ada ada membuat aktiviti dengan murid. Ada elemen gamifikasi juga. Ada dadu, random number, roulette dan macam-macam lagi... Nak tentukan pemenang, lucky draw... Superb! Semuanya best! Explore tau! :)


Pilih dan download lah mana yang dirasakan perlu dan sesuai ya... Selain daripada dua puluh satu aplikasi yang disenaraikan, anda juga boleh download aplikasi seperti edmodo, plickers, kahoot, aurasma, quiver, quizlet, QR Code scanner, dan lain-lain lagi... 

Sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini... Doakan saya untuk terus diberikan ilham dan masa untuk berkongsi ilmu dengan kalian ya... Babai!

Nota kaki: Jangan pernah kisah orang meniru kau. Itu bermakna kau exclusive. Orang tak kan tiru kalau level cap ayam. Faham? 😂

3 comments:

  1. Kalau saya...untuk mengetahui waktu solat...saya guna apps Waktu Solat Malaysia.
    Nak buat video sdgkn gmbr dlm telefon/tab...bukan masalah...boleh guna apps Quik untuk buat video...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian cikgu! Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat kepada rakan-rakan yang lain... Thanks!

      Delete