Pusat Rawatan Luka Kencing Manis (Diabetes) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 3 September 2018

Pusat Rawatan Luka Kencing Manis (Diabetes)


Assalamualaikum semua!

Ramai pesakit kencing manis yang diuji dengan luka. Luka di bahagian kaki jika tidak dirawat dengan baik, akhirnya akan mengakibatkan kaki dipotong. Nauzubillah... Penyakit ni penyakit yang sangat popular di Malaysia sejak dua menjak ni... Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit ini, dan sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan... Bukan apa, sangat kasihan dengan pesakit kencing manis, susah betul nak control gula dalam darah, walau pun berpuasa, gula masih naik mencanak... Memang kena sangat berhati-hati dalam memilih makanan. Itulah yang dibimbangkan. Sebab sekarang ni terlalu banyak makanan yang tempting... 😋 Hehe... Paling bahaya apabila kulit mereka mudah luka, walau tak terkena apa pun, boleh jadi dengan tiba-tiba sahaja... Tiba-tiba luka tanpa disedari. 

Mencari Rawatan Alternatif Merawat Luka Kencing Manis 

Untuk anda yang sedang mencari-cari rawatan alternatif untuk merawat luka kencing manis, bolehlah try dapatkan rawatan di sini. Menurut pesakit-pesakit yang datang ke tempat ni, rawatannya memang berkesan. Mostly feedback memang terbaik. Tapi ada juga yang kena potong jari kaki, tak dapat nak diselamatkan lagi. So apa pun, kena set in mind, kita hanya berusaha. Tak boleh salahkan sesiapa. Itu mungkin takdir dan ketentuanNya. Kena redha. Banyakkan bersabar dan berdoa kerana segala-galanya Allah yang tentukan.


Ramai juga yang dah ulang buat rawatan 3-4 kali di situ dengan pelbagai bentuk dan saiz luka di kaki mereka. Luka dah baik, luka pulak kat tempat lain, mereka repeat datang ke sini untuk pulihkannya.

Siapa Doktor yang merawat?
Doktor Muhammad dan isterinya Doktor Noor. Saya impressed tengok Doktor Muhammad yang berasal dari Nigeria, fasih cakap Melayu. Hebat! 😁

Berapa kali nak kena buat treatment?

Itu bergantung kepada keluasan dan keseriusan luka anda. Doktor yang akan tentukan. Ada juga yang kena datang setiap hari. Sebaiknya ikut cakap doktor. Memang dugaan untuk orang yang datang dari jauh. Tapi anggap la ni satu ujian. Kena sabar banyak-banyak...

Rawatan yang bagaimana?

Lazimnya, pesakit akan di dressing, kemudian pesakit akan diberikan antibiotik secara suntikan. Selain itu, pesakit juga akan dibekalkan antibiotik untuk dimakan.

Waktu Rawatan?

Beroperasi setiap hari bermula jam 9.30 pagi sehingga 8.00 malam. Agak sesak pada hari cuti. Kena datang awal sikit...

Kos?

Bergantung kepada saiz & keseriusan luka. Doktor akan maklumkan masa kali pertama dia melihat luka korang tu. Ada pakej. Bayar one-off, buat rawatan sampai baik. Kosnya ada yang RM15k, ada yang RM8k... ada yang kurang dari itu. Berbeza-beza. Ada juga yang tak ambil pakej... Apa pun, korang berbincanglah dengan doktor ye...

Lokasi?

Warissons Wound Care Centre
(Berhampiran AEON Big Puchong, KL. Berhadapan dengan Kedai SpeedMart. Bersebelahan Klinik Sofea. Klinik Sofea tu Klinik Doktor ni juga... Lepas buat dressing kat sini, pesakit perlu ke Klinik Sofea untuk ambil suntikan antibiotik.



Nombor telefon 

03-80521849

Pantang Makan

Boleh dapatkan senarai ni dari Warissons Wound Care Centre.


Lain-lain maklumat / tips yang boleh saya kongsikan melalui pemerhatian saya:-

> Datang awal terutama pada hari cuti untuk elakkan menunggu lama.

> Waris/Pesakit masuk ke Warissons Wound Care Centre, terus masuk ke dalam (ada pintu di tempat ruangan menunggu), ambil nombor di bilik sebelah kiri. Daftarkan diri kat situ dulu. Dapatkan nombor.

> Melalui pemerhatian saya, ada pesakit yang dapat nombor yang memerlukan dia menunggu lama, dia akan duduk dalam kereta terlebih dahulu. Agak-agak dah hampir nak dipanggil, barulah dia akan masuk ke tempat menunggu. Ini kerana tempat menunggu agak sesak terutama pada hari cuti.

> Kalau boleh jangan bawa budak-budak kat situ... Bukan apa, seram juga bila tengok budak-budak lalu lalang, risau terpijak kaki pesakit... Huhu... Satu lagi, kawasan menunggu memang pack sebab banyak pesakit yang guna kerusi roda. 

> Kalau rasa tak selesa di situ, boleh tumpang duduk di Klinik Sofea.

> Ada banyak bilik untuk dressing. Staff pun ramai. Lama memang lama nak menunggu. Tapi tak la selama yang disangka sebab sekali panggil 2-3 nombor sekaligus... Yang penting sabar... Hehe

> Ada banyak kedai dan restoran berhampiran. So, yang datang dari jauh, tak perlu risau.

> Hotel yang berhampiran:- Sun Inn Hotel, Sri Puchong Hotel, Hotel 99 Puchong etc.

> Masa nombor dipanggil, waris hanya dibenarkan untuk masuk tolak wheelchair pesakit sampai ke bilik rawatan yang dimaklumkan. Lepas tu, sila keluar ye... Hehe... Bila pesakit dah siap di dressing, waris akan dipanggil.

> Tandas agak sempit untuk pesakit yang memang fully on wheelchair, memang jenuh sikitlah nak masuk tandas. Tandas dalam Klinik Sofea lebih luas sedikit.

> Air panas dan air sejuk disediakan. Sila bawak kopi 3 in 1 sendirikkk... Muahaha... 

> Pesakit yang menjalani dialisis dan warga emas yang berumur 80 tahun keatas akan diberi keutamaan untuk dressing terlebih dahulu... Boleh terus masuk ke mana-mana bilik rawatan untuk dressing. 

> Tempat ni juga ada menjual peralatan-peralatan dan kasut yang sesuai untuk pesakit. 

Okay... Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Semoga bermanfaat. Doakan semoga urusan kita dipermudahkan olehNya. Semoga yang sakit, diberi kesembuhan dan diringankan kesakitan manakala untuk anak-anak yang berbakti kepada orang tua, semoga anda hidup aman dan sejahtera, dilimpahkan rezeki seluasnya dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat! 😊

Nota kaki : "Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangmu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepadaNya." - Imam Syafi'i

No comments:

Post a Comment