Cara Untuk Delete Post Facebook Yang Lama-Lama - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 22 January 2019

Cara Untuk Delete Post Facebook Yang Lama-Lama


Assalamualaikum... Hai!

Sekarang ni tengah hot 10-year challenge kat Facebook... Meletakkan gambar 10 tahun lalu dengan sekarang untuk perbandingan. Saya pulak terjumpa cara nak delete post 10 tahun lepas. Hahhaha... Challenge nak delete post 10 tahun lepas... Banyak weih! Hukss... 💆

Sebenarnya, Facebook dah aktifkan fungsi ni lama juga dah tapi baru sekarang saya tersedar, adalah elok untuk kita gunakan sebaiknya fungsi ni untuk delete post-post yang pernah ditulis atau di share bertahun-tahun dahulu. Delete post lama bukan bermakna anda delete kesemuanya, pilih la, yang mana agak-agak tak sesuai, yang tak memberi manfaat... Padamkan lah... 

Most of us, semakin kita meningkat usia semakin berbeza pandangan kita, bertambah matang la katakan... Hehe... Bentuk penulisan kita 5-6 tahun yang lepas mungkin dah tak sama dengan cara kita sekarang. Mungkin ada post-post kita dulu yang kita ter over react, teremosi, terkutuk sesiapa, tersentap ke dan segala macam ter lagi... Elok la dipadamkan... Bila baca balik post-post lama, I be like... Haiyooo... Face palm!  Hahahaa... Nampak sangat masa tu iollsss tak matang. Bhahaha... 😂

Selain itu, kita juga boleh untagged diri kita sendiri dalam post-post lama yang ditulis oleh orang lain. Kalau post tu ok, takpe la... Kalau post-post yang mengundang kontraversi, post kebencian, post yang tak mendatangkan faedah... Elok la kita untagged diri kita dari terus terusan berada dalam post tu... Huhu... 

Bagi yang berminat nak delete post lama-lama, boleh rujuk gambar-gambar di bawah ni ye... Selamat men delete! :) Semoga kita terus gigih dan bersabar mendelete post setiap hari... Hahhaha... Sambil-sambil main FB, delete pape patut... Hehe... Sapa ada cara lain, share dengan saya tau! 😀


Facebook akan keluarkan memory setiap hari... FB akan keluarkan semula apa yang kita share/tulis pada hari berkenaan pada tahun yang sudah-sudah... So, rajin-rajin la check untuk delete post yang pernah ditulis atau di share selama kita guna FB... Yang tak mendatangkan manfaat, delete saja! Gitew! :)




Sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat! Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua... Aamiin... Babai... :)

Nota kaki : Jangan memperkecilkan tiga perkara; marahnya orang yang sabar, murkanya orang yang gembira dan kecewanya orang yang setia. 

No comments:

Post a Comment