Aktiviti Bahasa Inggeris Percuma (Online & Printed Version) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 26 January 2019

Aktiviti Bahasa Inggeris Percuma (Online & Printed Version)


Assalamualaikum... Hai gaise!

Jalan-jalan cari bahan kat internet, sekali terjumpa satu laman yang memang best! Ribuan lembaran kerja Bahasa Inggeris dan soalan atas talian yang interaktif dan boleh dicetak secara percuma, tanpa perlu daftar sebagai member... Saya suka... Saya suka! Hehe.  

Banyak betul bahan dalam laman ni... Klik je kat tajuk dan akan tersenarai sub-tajuk... Contoh kita pilih animals, sub tajuk ada banyak seperti farm animals, wild animals, matching, labeling, find pairs... MasyaAllah... Memudahkan dan menarik sungguh. Latihan Grammar, Vocabulary, phonetics, reading, listening, fuhh!! Awesome! Boleh guna kat kelas nanti... Ini laman webnya... 





Bagi anda yang nak beri murid latihan atas talian (online), boleh try pendekkan URL. Memandangkan link nya panjang untuk satu-satu latihan, apa yang anda boleh buat untuk memudahkan anak-anak murid anda masuk direct ke latihan yang dikehendaki adalah dengan memendekkan URL. Okay, berikut adalah cara bagaimana anda boleh memendekkan URL untuk memudahkan anda bagi kat murid-murid masa dalam kelas nanti... Latihan yang online ni semestinya lebih menarik sebab lebih interaktif dan murid boleh semak terus jawapan mereka samada betul atau pun salah...




Contoh url yang saya dah pendekkan.... gg.gg/exercise6S1

Semoga perkongsian ini membantu kalian dalam mempelbagaikan kaedah pdpc masing-masing... :)

Nota kaki : You can't change how people treat you or what they say about you. All you can do is change how you react to it. 

2 comments: