Carta Hiasan Untuk Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 30 January 2019

Carta Hiasan Untuk Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)


Assalamualaikum.

Semalam, team PPDa sekolah saya mula untuk mewujudkan sudut PPDa yang mana lokasinya terletak di bawah tangga. Since kami berdua je dalam team PPDa, saya dan cikgu Akmal, PK HEM kami, Puan Has Yanti pun turut serta membantu... Dalam kesibukkan beliau menguruskan agihan bantuan wang RM100 untuk murid-murid, sempat jugak dia menolong sama. Alhamdulillah... Sebelum ni, sekolah kami cuma ada papan kenyataan PPDa je, tahun ni kita up buat sudut PPDa pulak... Semoga bertambah mantap pengetahuan murid-murid SK Rapat Jaya ni tentang bahayanya dadah.


Saya cuba cari bahan-bahan untuk ditampal kat sudut ni di Facebook. Hasil yang ditemui cukup cantik dan memuaskan hati... Alhamdulillah... Terima kasih kepada guru-guru yang sudi berkongsi bahan. Antaranya, Cikgu Mazni Bali, Cikgu Abdullah Kadir, dan Cikgu Nor Idrus. Terima kasih, cikgu!

Selain itu, ada juga bahan yang saya download dari Google Image. Kalau ada yang berminat dengan bahan-bahan ni, boleh download. Saya dah kumpulkan semuanya dalam bentuk powerpoint, jadi mudah nak print... 


Kami pilih untuk letakkan wallpaper kat bahagian bawah sebab cat kat area ni dah tak berapa cantik... Disamping itu, nak nampakkan mood berbeza sikit. Simple, unik dan kemas... Giteww! Kami dalam proses nak siapkan 'penjara' pulak ni... Haha... Yang ni saya minta tolong dengan pekerja sekolah untuk bantu buatkan. InsyaAllah kalau ikutkan, selepas cuti Tahun Baru Cina ni akan siap projek tu. Yay! Tassabarrrr nak tengok hasilnya. Sangat sangat sangat bersyukur bila Allah permudahkan kerja. Semua beri sokongan, hulur bantuan... Allahuakbar! Nampak tak? Sampaikan pekerja sekolah, PK HEM, pun turun padang membantu. Guru Besar pun bantu sama tempahkan  banner-banner yang cun untuk sudut ni... Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah mempermudahkan urusan orang-orang yang telah mempermudahkan urusan kami dalam mewujudkan sudut ini... Ameen YRA. :)


Ni la rupa sudut PPDa sekolah kami... Saya memang suka keep it simple je. Lebih kurang 60-70% siap... Ada lagi nak ditambah... Pintu penjara menggunakan batang paip, banner kat anak tangga... nama untuk sudut ni pun belum ada lagi ni... Ada lagi beberapa carta nak di up kan... In progress... InsyaAllah... Hopefully cuti nanti dah boleh settle semuanya. Penat makkk nak ngadap semua ni lelama tau! Huhu.... Okay, gaise! Kalau ada gambar sudut PPDa sekolah korang yang ohsem, meh share dengan saya... Boleh kita tukar-tukar idea ya.

Mural dah ada... Tunggu pintu 'jail' je lagi ni... 

Nota kaki : Those who judge will never understand, and those who understand will never judge. 

2 comments: