Cara Mudah Download Video Facebook, Youtube dll ke Telefon / Komputer - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 21 February 2019

Cara Mudah Download Video Facebook, Youtube dll ke Telefon / Komputer


Assalamualaikum... 

Halluuu! Beberapa hari ni ramai pulak yang tanya macam mana nak download video dengan mudah ke dalam laptop/phone... Kalau ikutkan saya dah pernah share sebelum ni, tapi kali ni saya jumpa kaedah yang lebih mudah... So, saya akan share kan plak kaedah yang ini... Lebih simple dan cepat. Saya kongsikan beberapa cara, korang pilih la cara mana yang korang rasa mudah nak guna... Antaranya:-

Satu

1. Kat youtube, pilih video yang dikehendaki dan copy link video tersebut.

2. Kemudian, pergi ke laman https://en.savefrom.net/ (Rujuk gambar untuk tutorial)





Yang ni bukan hanya untuk Youtube je, video dari Facebook, Tik Tok, Twitter, Instagram, Daily Motion dll pun boleh dimuat turun menggunakan laman ni... Untuk FB, Caranya, right click kat video yang kita nak download kat FB, kemudian, klik Show Video URL, Copy link video yang terpapar. Dan ikut cara seperti di atas.



Dua

Menggunakan laman https://www.youtubnow.com/ 

Kaedahnya lebih kurang sama dengan yang nombor satu di atas.


Tiga

Yang ketiga ni lain sikit kaedahnya. Mula-mula copy link video youtube yang korang nak download tu.

Kemudian, pergi ke laman https://keepvid.works/

Paste link. Klik download.

Kemudian bila video dah terpapar, right click kat video tu, klik save link as, save la kat laptop anda! Kalau nak download kat phone, klik lama-lama sket kat video, kemudian klik download link. (Rujuk gambar di bawah)


Empat

Selain itu, korang boleh jugak try kaedah yang dikongsikan oleh Cikgu Hailmi, CARA DOWNLOAD VIDEO DARI FACEBOOK 

Seronok kan dapat download video... Haha. Tambah-tambah kalau video tu nak diguna kat dalam kelas / tempat yang memang susah nak dapat capaian internet. Lega rasanya kann... Boleh layan video dengan murid-murid tanpa pening nak fikir pasal internet ke data ke... Walau bagaimana pun, suka saya mengingatkan bahawa cara download video ni berubah-ubah mengikut peredaran masa... Jadi jika one day nanti, cara yang saya kongsikan ni dah tak boleh digunakan, faham-faham je la ye. Tapi setakat ni, cara-cara yang saya senaraikan tu antara yang mudah dan cepat untuk download video dari saluran video online. Boleh try! :)

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa share ilmu ni dengan rakan-rakan yang lain. Sekian dari saya... Assalamualaikum wbt...

Nota kaki: You learn something every day if you pay attention. - Ray LeBlond

2 comments: