Jom Perlis! On X On? - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 8 February 2019

Jom Perlis! On X On?


Cuti kali ni, BFF ajak ikut dia balik kampung kat Perlis nun... Kita ON je.. Haha... Katanya nak bawak pegi makan-makan kat utagha. Memang makan sungguh la! Pegi sehari je kot, tapi makan macam seminggu punya menu... Huhu... Apa pun, thanks sebab sudi bawak kita orang ke sana. Terharu... ❤️ 

Shopping kerepek!

Bertolak dari Ipoh lebih kurang jam 8 pagi (konon asalnya berjanji lepas subuh 😂), kami stop kat RnR Sungai Perak. Kami dah tapau siap-siap nasi lemak berlauk dari Ipoh. Punya la banyak nasi lemak dengan lauknya, sebungkus boleh kongsi berdua. Sampai Sungai Petani, kami stop kat Family Corner, kedai ni famous gak kat FB... jual kerepek & kuih muih... Shopping kerepek sekejap pastu terus ke Starbucks melepaskan lelah... Kebetulan saya ada rewards untuk dapatkan free drinks, so, ok la dapat la berjimat sepuluh dua kat sini... Tebus rewards saja! Alhamdulillah...



Nasi Kuning Daging Bakar

Next, sambung perjalanan sampai ke Kuala Perlih, kami berhenti makan lagi kat Northalgia Honey, kedai ni jual nasi dengan daging/ayam bakar yang superb! Ada dua jenis pilihan nasi, nasi kuning atau putih... Kami pilih nasi kuning. Tang nasi tu macam biasa-biasa je... Tapi daging dia memang ohsem weiihh... Walaupun dibakar, tapi still macam moist... lembut... sedap... Alahai rasa macam nak pegi makan lagi pulak! Huhu...

Memandangkan saya memang tak makan  lelemak lembu ni, so saya memang purposely order set special. RM16 kalau tak silap. Banyak la sket portion dagingnya. Memang ada lemak juga tapi at least bila diasingkan, masih banyak daging yang dapat dimakan. Hahahaa... Nasi yang di serve bersama daging memang sikit. Lebih kurang sesenduk je... Tapi, mereka bagi dalam bekas lain... Nasi tambah weihh... Nasi tambah tu free, kalau habis boleh mintak lagi dan lagi... Air pun free. Giteww...  Kat sini ada jual ketupat sotong gak. Ok la, saya tak la suka sangat sebab ada pulut, saya tak berapa makan pulut... Huhu... Makan ketupat sotong, memang kena korek isi perut keluarkan pulut tu dulu... Huhu... Btw, kat sini ramai ye... Penuh! Kena tunggu seat. Tapi servis mereka sangat cepat... Salute!

Semoga bertambah bahagia dua orang ni... Bersemut weihh blog nihh... Haha...

Layan sunset @ Kuala Perlis

Kekenyangan! Lepak dulu. Solat. Lepas asar keluar balik sambung cari makanan... Bhahaha... Kami ke Kuala Perlih sekali lagi untuk layan sunset katanya... sesambil menikmati sosej pulut, segala cucuk-cucuk, sotong goreng, kat situ. Ingatkan habis kat situ je, rupanya bersambung pulak dengan rojak buah. Tak tau la kat celah mana dia beli rojak ni... Tetiba terhidang seplastik rojak buah! Hahaha... Pastu kami terus menyambung perjalanan ke kedai makan Bossku... Kat sini ada live band. Ok la layan perasaan sekejap sambil-sambil makan chicken chop, mushroom soup, satay, char kueh tiow, ice blended... Kenyang yang tak berpenghujung. Akhirnya surrender, tapau makanan tu bawak balik! Share chicken chop dengan meow! Hehe..



Berlatih makan Puluitt... 

The next morning, kami di sajikan dengan pulut ayam & nasi lemak daun pisang. Pulut ayam tu memang saya yang request, entah apehal tekak nak makan pulut ayam tu padahal saya bukan suka pulut pun... Huhu... Okay la, merasa dah pulut ayam tu 2-3 suap, I cannot makan pulut banyak-banyak... Hahaha... Memang tak gemar pulut. Sosej pulut je saya makan. Huhu... Sikit-sikit kalau letak dalam ice cream, ok la... sikit... Sebab tu kalau time hari Raya, arwah mama saya akan masak menu tambahan lain macam laksa ke, mee sup ke, nasi minyak ke nasi tomato ke sebab anak dia yang sorang ni memang tak makan segala lemang, ketupat tu... tak berapa gemar. Huhu.


Berpanas di Padang Besar

Lepas zohor kami terus ke Padang Besar, menikmati lunch di sana. Kami pilih untuk makan masakan Thai, tomyam kelapa, kailan ikan masin, telur dadar, ikan siakap 3 rasa, tomyam udang... Kerabu kaki ayam... Ewww! Saya memang tak makan menda ni... Geli weihh... Haha... Macam mana la depa ni boleh order berpiring-piring... Hew hew! Di sini, kami diberikan sepiring pulut mangga secara percuma sebagai dessert. Again, kat sini, nasi free! Nak tambah, cakap je... Memang kat Perlih kedai makan suka bagi nasik free ke macam mana? Kompius saya! Huhu... Selain itu, kami juga makan ice-cream siam yang dalamnya ditaburkan dengan jelly, roti yang digunting kecil & pulut... Kedai kat sini memang penuh padat dengan manusia. Terpaksa menunggu giliran untuk tempat duduk... Tunggu makanan pun boleh tahan lama juga. Sempat la habiskan segelas coconut shake... Huhu... Panas weihh... Berpeluh sisturrr! Haha...


Lepas lunch, masuk dalam bazar sekejap... yes, memang sekejap! Tak boleh tahan kepanasan yakmat... Panas lit lit weihh... Hahaha... Dapat borong susu Meiji beberapa botol, pastu beli sosej pulut & borong buah yang dah siap dipotong. Berpuluh hengget gak habis beli buah je... Tapi puas hati, memang habis di makan sampai ke hari ni. Kena beli yang siap dipotong, kalau tak, semua malas nak makan... Hahahahah... Sempat capai Miang kham sebungkus, tapi still ada dalam fridge... Tak makan-makan lagi... Huhu... Sebab tu kadang-kadang macam malas nak beli banyak-banyak makanan, nanti membazir je bila dah sampai kat rumah, macam takde feel nak makan-makan dah... Huhu...


Laksa timbang? 

Sebelum balik, kami singgah Kuala Perlis sekali lagi untuk tapau laksa timbang... Yes, laksa ni dibeli mengikut gram... Pelik. Tapi orang sana memang dah biasa. Takde yang pelik pun... Beli 1/2kg je, tu pun jenuh nak habiskan... Hukks... Harga? Rm5.50 saja. Meneruskan perjalanan pulang, singgah RnR Gurun, rest sambil-sambil makan-makan lagi depa ni... Tapi yang lite-lite pulak katanya... jagung cup la, wafer la, bahulu la... Haishh... Haha.


Dinner at Es Pee

Singgah Sungai Petani sekali lagi untuk solat. Masjid apa tah kat area Taman Ria. Cantik dan besar masjid ni. Jemaah pun ramai... Kemudian kami meneruskan pencarian makanan kat Medan Selera Jalan Padang. Kat sini kami makan yong tau foo, satay dan meehun sup utagha... Yong tau foo mahal sket kat sini... Satay serius sedap! Sambung perjalanan pulang dan tiba lebih kurang jam 1.10 pagi kat Ipoh. Bravo! Jalan smooth pergi dan balik, alhamdulillah Allah permudahkan...

Patut la member dua orang ni dok asyik balik makan-makan kat Perlihh... Makanan kat sana murah. Yup! Memang murah... Puas makan. Tak yah compare jejauh laa... Kami makan kat SP dengan Perlis, memang jauh beza harganya... Malah kat SP macam lebih mahal dari Ipoh. Huhuhu...

Demam!

Makan punya pasal, esoknya saya demam... Yes! demam... Terlebih makan puluiit kot... Hahhaha... Apa pun, saya happy! Terima kasih kerana menggembirakan saya. Perlis antara tempat yang bagi saya tenang, tak hiruk pikuk, dengan sawah di sana sini yang terbentang luas... I can say memang mendamaikan laa... Takde rezeki nak masuk dalam sawah, sebab nampak macam banyak yang dah kekeringan, padi pun macam takde... Baru je nak fefeling duk dalam bendang... Allah tak izinkan kali ni. Mungkin nanti... :)

Orang yang duduk kat kampung selalu rasa orang bandar tak suka duduk kampung tapi hakikatnya  berapa ramai orang bandar yang menghargai kehidupan tenang, santai kat kampung? Berapa ramai pulak orang kampung yang culture shock bila berada di bandar? Nampak? 



Mungkin faktor usia kot menyebabkan kita rasa gembira berada jauh dari kesibukkan bandar... Yelah, macam pakcik saya cakap, kau ada transport kot nak gi bandar, nak gi shopping waimah sampai ke KL sekali pun, kau mampu pegi... Nak order online pun boleh. Apa ada hal nak duduk kampung. Ada rezeki, semua boleh jadi... Kannn... Betul betul betul! Yang ni saya setuju. Hakak pun takde hal dok kampung tapi make sure ada line internet la, so that hakak boleh blogging, boleh fesbuk, boleh shopping online, tu dah cukup gembira dah... Hehe... Persoalannya, kampung awak ada internet tak? Muahahaha... 

Tapi serius, walaupun sekarang ni rumah tak sampai 2-3 minit je dengan mall, saya tak pegi mall sangat pun... Dah habis zaman nak melepak kat mall lelama. Rasanya untuk beli barang sikit-sikit tu banyak masuk Speedmart, kedai runcit je skang... Again, faktor usia! Saya lebih menghargai masa yang ada. Kalau masuk mall pun  memang akan fokus ke shoplot/barang yang memang nak dibeli. Tak berlama-lama kecuali memang dah plan nak shopping atau beraktiviti tengok wayang ke lepak makan minum dalam tu ke main bowling ke hape ke... Kalau tak, memang akan limit masa. Tak mau buang masa dok dalam mall dah... Banyak godaan syaitonirrajim. Hahahaaa...

Alhamdulillah... Trip kali ni memberikan experience baru untuk saya. Selalu pegi memana, saya akan fokus samada pergi ke tempat menarik atau pun fokus kat shopping... Tapi kali ni berbeza la... Jalan-jalan cari makan!~ :)

Nota kaki : Kindness! What a simple way to tell another struggling soul that there is love to be found in this world. Thank you Sarah & Madi for making us happy! 💗

No comments:

Post a Comment