10 Cadangan Aktiviti Relief - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 3 December 2017

10 Cadangan Aktiviti Relief


Yuuuhuuu... Hello followers! Assalamualaikum...

Sedar tak sedar, dah seminggu dah cuti sekolah berlalu... Huhuhuu... Dua tiga minggu lagi dah nak kembali ke sekolah. Sebagai persiapan awal untuk tahun 2018,  I mean, persiapan fisikal dan mental khususnya, moleklah kiranya kalau saya berkongsi pengalaman, idea dan pendapat tentang mengendali kelas relief ni... Hehe... So, tahun depan dapatlah mengurangkan isu relief merelief... Kelas relief berlaku apabila ada di kalangan guru yang tidak dapat masuk ke kelas atas urusan rasmi mahupun peribadi (dengan kebenaran). Ada yang terlibat dengan mesyuarat, taklimat, pengadil dan macam-macam lagi aktiviti di luar dan di dalam sekolah. Ada juga yang cuti sakit. Yelah, kesian jugak kat kawan-kawan yang betul-betul sakit dan yang betul-betul dalam keadaan yang memerlukan beliau ambil cuti kan... Hari ni mungkin hari mereka, esok lusa mungkin hari kita pulak kan... Kalau yang selalu auta tu, antara dia dengan Tuhan je lah... Huhuhuu... 

Okay, ni sedikit cadangan aktiviti yang boleh saya kongsikan dengan kalian semua so that perjalanan relief cantik dan terurus. Apa pun perlu saya tegaskan di sini, setiap aktiviti adalah bergantung kepada umur, bilangan pelajar dan juga kebolehan guru mengendalikan aktiviti. Nampak mudah, but still, cikgu kena main peranan. Hehe... Okay, boleh baca cadangan-cadangan di bawah. Andai kata anda ada cadangan lain, boleh tuliskan di ruangan komen. Blog saya sentiasa terbuka untuk anda menyuarakan pendapat dan idea. Saya sangat menghargai idea dan pendapat anda semua. Blog ni dah saya anggap umpama tempat saya berkongsi idea... Jadi, jangan bimbang, jika anda ada idea lain, sila nyatakan di ruangan komen supaya semua orang yang membaca post ini mendapat manfaat dari idea yang anda lontarkan tu... :)


Baru-baru ni saya ada kongsikan 60 helai lembaran aktiviti untuk aktiviti relief. Boleh baca post saya tu dan download bahan tu dari link ini ya... Projek Relief Macam tak percaya, bahan Projek Relief tu macam hot stuff pulak, saya check tadi dah lebih 10K perkongsian di laman sosial Facebook. WoW! Terima kasih kepada anda yang sudi menggunakan bahan yang saya kongsikan ya... :) 


Cadangan kedua saya adalah pengunaan Frog VLE untuk aktiviti relief. Yang ni anda perlu berbincang dengan Penyelaras ICT samada makmal komputer boleh digunakan pada waktu anda merelief tu atau pun tidak... Yelah, kalau ada kelas lain sepatutnya guna makmal masa tu, takkan lah nak halau dia orang pulak kan... Hahahaha... Tak guna Frog, guna la benda lain... Google Classroom ke apa ke... Banyak lagi aktiviti lain korang boleh buat dalam makmal komputer kannn... 


Yang ketiga anda boleh cuba aktiviti ni... Sekolah beli beberapa set buku dan diletakkan dalam kelas yang berbeza. Contoh, buku kerja BM 40 unit diletakkan di kelas 1A, buku kerja Matematik 40 unit diletakkan di kelas 1B, Buku kerja Bahasa Inggeris 40 unit diletakkan di kelas 1C. Jadi, bila ada cikgu yang tak hadir, anda masuk kelas, minta murid edar buku tersebut, dan jawab dalam buku subjek masing-masing atau buku khas untuk waktu relief sahaja. Jika nak guna buku Matematik, pegi ambil dari kelas sebelah... begitulah konsepnya. Tapi untuk aktiviti ini dicadangkan buku kerja yang dibeli haruslah yang mudah untuk dibincangkan... Beli yang MCQ je senang... ABC je kan... bila pelajar dah habis menjawab, cikgu hanya bacakan jawapan. Senang dan murid boleh semak sendiri. Kira macam self-access learning la ni... Hehe... Yang ni rasanya sesuai untuk both sekolah rendah dan menengah...


Baik, yang keempat, dalam youtube ada banyak video dengan tajuk-tajuk mengikut subjek. Taip je 'pecahan' kat search bar tu, maka akan bersusunlah keluar senarai video tentang pecahan... Pasangkan untuk murid tonton. Selain itu, anda juga boleh memainkan video cerita pendek yang mengandungi nilai moral, cerita teladan dll.


Okay yang kelima ni sesuai untuk big crowd dan tempoh relief yang panjang. Pasangkan movie kartun, kalau boleh dapatkan lah cerita yang latest sikit, supaya murid tak bosan sebab kadangkala cerita-cerita lama, mereka dah pun tonton kat TV. Selain itu, boleh juga mainkan movie yang sesuai dengan umur... Harry Potter ke... misalnya... Jika minta mereka tonton tanpa beraktiviti, tak mustahil mereka akan cepat bosan... Jadi, anda boleh minta mereka senaraikan kata kerja ke... nouns ke... nilai moral ke... adverbs ke... atau jawab soalan mudah-mudah seperti 'Apakah tajuk cerita yang kamu tonton sebentar tadi?", "Siapakah watak utama dalam cerita tersebut?", Senaraikan watak-watak dalam cerita tersebut... Alahhh... pandai-pandailah reka soalan yang general tapi related dengan movie... Hahaha... Mesti korang pandai kan! Boleh create on the spot je soalan-soalan ni... Heheheheheee... Be creative tau! So, bila ada aktiviti, baru ler murid tak hilang tumpuan. Mereka akan lebih fokus sebab ada soalan nak dijawab. Faham kan? :D Yang ni kalau nak combine kelas pun boleh... Duduk di dewan, but make sure dewan korang ada projektor laa... Huhu


Yang keenam ni rasanya sangat mudah nak jalankan dalam kelas. Sesuai untuk sekolah menengah juga. Hehe... Caranya korang bacalah kat link ni ye... Sangat mudah dan boleh dimainkan secara spontan je... Tak perlu perancangan bagai... Masuk kelas boleh terus ON game! Hahahaa... Ni link nya... Baca heh... Permainan Bahasa Spontan


Ketujuh, jika korang guru yang pandai melipat-lipat kertas, boleh guna kaedah ni. Modalnya hanya kertas A4 putih atau yang bewarna... Heheheee... Buat la lipat t-shirt ke, bentuk hati ke... apa ke.... budak-budak memang suka! Hehehe... Tapi macam saya cakap sebelum ni la, guru kena pandai main peranan. Kalau korang tak pandai buat origami, tak usahlah jalankan aktiviti ni... Tapi kalau ada projektor, boleh jer pasang youtube, kemudian suruh murid ikut... Hahahahahah.... Pandai-pandailah ye.


Yang kelapan ni pun sama, modal kertas je... Minta pelajar buat kad ucapan untuk ibu ke bapa ke guru ke siapa-siapa sahaja lah yang sesuai... Worse come to worst, suruh je murid lukis watak kartun kegemaran mereka... tak pun haiwan peliharaan ke... lukis-lukis je... senang kan! Hheeheh... At least ada juga aktiviti daripada duduk bersembang buat bising kannn...


Next, yang kesembilan, boleh minta pelajar cipta pantun.. Guru beri tema, kemudian minta mereka cipta pantun yang sesuai... Untuk sekolah menengah memang awesome rasanya. Untuk sekolah rendah, tahap 2 mungkin boleh lah... Tahap 1 macam tak berapa sesuai. Selain dari pantun, boleh minta mereka cipta sajak ke syair ke poem ke... Selain mengasah bakat mereka dalam kesusasteraan, kita juga melatih mereka untuk berfikir... Nampak???! Hahaha... 


Akhir sekali yang kesepuluh, jika sekolah anda ada board games, bolehlah digunakan semasa waktu relief... Board games macam monopoli ke, sahibba ke... dam ular ke... Hehe...

Okaylah... Tu je yang saya nak kongsikan hari ni... Semoga apa yang saya kongsikan bermanfaat untuk kalian semua. Niat saya hanyalah untuk membantu rakan-rakan guru. Andaikata bahan yang saya kongsikan bermanfaat, saya minta anda panjangkan sedekah saya ini kepada rakan-rakan yang lain. Sekiranya anda rasa ada kekeliruan atau ada yang tak kena dengan penulisan saya, mohon maklum kepada saya supaya saya boleh perbaiki. Follow kalau nak follow hokehh... Raihan Jalaludin

Nota kaki: Kalau tak mampu menolong orang lain, jangan pula kita menjatuhkan usaha orang untuk menolong orang lain... Make things easier and less complicated! 

3 comments:

  1. Really inspiring relief activities u got here, paling suka worksheets word search/hidden objects..budak2 mmg tak panggung kepala haha,thanks a lot dear!

    ReplyDelete