10 Tips Untuk Kawal Kebisingan & Mengembalikan Tumpuan Murid Dalam Kelas - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 19 February 2018

10 Tips Untuk Kawal Kebisingan & Mengembalikan Tumpuan Murid Dalam Kelas


Salam.  

Haluuu peeps! 

Hari ni saya nak share beberapa tips yang saya rasakan membantu jika dilakukan di sekolah untuk mengurangkan kebisingan di samping mengembalikan tumpuan murid kepada anda. Boleh la kalau korang nak try dengan murid-murid... Saya dah cuba, alhamdulillah di peringkat sekolah rendah, memang okay, tapi untuk sekolah menengah, saya tak pastilah method ini berkesan atau tidak... Huhuhuu...


Cara pertama ni paling praktikal untuk dilaksanakan terutama di dalam kelas ataupun semasa perhimpunan. Saya memang selalu guna cara ini. Pertama, saya boleh mengawal kesabaran nak marah mereka sebab buat bising. Kedua, saya dapat pastikan semua murid ikut arahan dan dengar maklumat yang ingin saya sampaikan dengan baik... Saya akan buat benda ni apabila murid mula hilang tumpuan. Minta semua angkat kedua-dua tangan ke atas serentak. Kalau ada yang tak angkat tu, sebut nama mereka dan minta mereka buat. Dalam masa kurang seminit, kebisingan akan mula berkurang. Kalau ada yang berani nak bercakap lagi, anda tambahkan masa lagi seminit untuk murid berkenaan. Jangan tambah masa lama sangat sebab memang penat weiii angkat tangan macam tu... Haha... Ni bukan nak menghukum tapi more kepada nak mintak mereka beri perhatian kat korang je... Ingat tu! 





Yang ni pun best. Nak test samada mereka ada bersama korang ke tak dalam kelas, ni kaedah yang boleh korang try. Kadang-kadang mereka ada tapi jiwa mereka entah kemana-mana melayangnya... Hihihi... So, apa korang boleh buat, first, korang suruh dorang duduk tegak. Minta mereka tepuk tangan ikut bilangan yang korang tetapkan. Misalnya "tepuk dua kali". Mula-mula mesti akan ada yang tepuk lebih... percayalah. Tu bukti mereka masih tak ikut arahan. So, practice lagi, minta mereka tepuk lima kali ke tiga kali ke sampai almost perfect. Huhu... Jangan lupa bila dah perfect, sila puji! Masa tu korang akan nampak semua murid korang nampak lebih bersemangat dan fokus!


Okay next, make sure korang beri latihan yang mencukupi sehinggakan mereka fokus buat kerja dan takde masa nak menyembang... Kikiki... Saya memang dah terbiasa dengan budaya di sekolah cina, memang bagi kerja banyak kat students, bincang, jawab bersama kemudian mereka kena lengkapkan dalam buku pula... Kalau latihan tu agak-agak boleh selesai dalam tempoh pengajaran korang, minta murid hantar buku sebelum korang tinggalkan kelas... Dengan cara ini korang boleh make sure mereka lebih fokus siapkan kerja sebab ada masa yang telah ditetapkan. Macam kita jugalah kan, bila ada deadline, baru ler ada perasaan menggelabah sket kann! Hahahaa...


Oh, yang ini penting. Kadang-kadang budak bising sebab tak selesa weiii... Sila check keadaan sekeliling, kipas, kerusi, dll... Make sure budak-budak korang duduk dengan selesa hokay. Nak nak plak yang duduk atas lantai terutama semasa perhimpunan, make sure keadaan selesa. Kalau dewan agak kecil, minta murid letak beg siap-siap kat dalam kelas... So takdelah sempit sangat nak duduk dengan beg lagi di sisi kan... :) Kalau di sekolah lama saya, memang setiap murid ada diberikan bangku kecil untuk duduk semasa perhimpunan... Setiap kali nak turun ke perhimpunan, mereka akan bawa bangku tu. Dah habis perhimpunan, mereka kumpul dan simpan dalam kelas masing-masing... Satu inisiatif yang baik! I loikkee... :D


Bab reward ni memang budak suka... Tak semestinya nak bagi mereka barang yang mahal-mahal, belanja makan kat kantin pun hokay jer kann! Hehe... Try la buat sesekali, budak suka je... Saya tertarik dengan idea Guru Besar SK Kampung Muhibbah, Sungai Siput, yang memberikan insentif kupon makan tengahari di kantin kepada guru-guru yang buat e-rph. Saya dapat tahu melalui perkongsian di Facebook seorang rakan saya, Hasmardy Hashim, yang bertugas di sekolah berkenaan. So, idea beliau ni kita boleh guna untuk murid juga. Kann! :D




Bunyi juga memainkan peranan penting dalam mengembalikan perhatian murid-murid ni... Make sure bunyi tu lebih kuat dari kebisingan dorang lah ye... Boleh try guna loceng ke, tepuk tangan ke tepuk meja ke... Bukanlah tepuk banyak kali, cukup sekali dua sebagai indikasi kepada murid untuk berhenti bercakap/beraktiviti.


Okay yang ni pun bagus juga. Yang penting anda perlu ingat beberapa nama murid dalam sesuatu kelas tu terutama yang selalu buat bising tu... Bila keadaan huru hara, panggil je nama mereka kuat-kuat, mesti yang lain terdiam... Hahahha... Tapi make sure nama yang korang panggil tu ada membuat bising, kalau tidak mau budak tu plak bengang dengan korang... Heheheee... Kalau dapat hafal nama semua murid lagi bagus. Panggil je nama mereka. Confirm terdiam!


Untuk kaedah ini, anda perlu panggil murid paling bising ke hadapan kelas. Terpulang samada nak minta dia jawab soalan ke atau setakat nak mintak dia jadi model sekejap kat depan kelas. Selain itu, anda boleh juga ambil gambar murid-murid yang bising ni dan masukkan je gambar tu dalam whatsapp group kelas anda. Buat sekali je! Cukup sebagai pengajaran... Next time kalau korang keluarkan phone acah-acah nak ambil gambar murid bising, confirm semua cuak! Semua bimbang kena marah dengan mak ayah... Huhuhuuu...


Sembilan

Call & Respon

Train murid untuk respon setiap kali cikgu menyebut satu-satu perkataan 'keyword' kepada mereka... Contohnya, cikgu sebut "KELAS" murid jawab "YA". 


Last sekali, boleh try kaedah ni... Sediakan satu set kerusi dan meja di suatu sudut kelas untuk tempatkan murid yang paling bising. Paling afdhal kalau letakkan di bahagian depan kelas sebab senang korang nak pantau murid ni nanti... Minta murid paling bising tadi tu pindah tempat duduk untuk sementara waktu. Mungkin sehari... dua hari... sebagai pengajaran. Kalau nak maintain kelas senyap, minta murid yang duduk di kerusi khas tu untuk jadi pemerhati untuk cari pengganti kerusi dia... Andaikata ada orang lain yang buat bising, minta murid berkenaan pula gantikan tempatnya di kerusi khas tersebut! Giteww... Hehe...

Perlu diingatkan setiap tindakan yang dibuat hendaklah berasas dan bertujuan untuk mendidik bukan nak mengenakan mereka ya! Nawaitu tu kena setting betul-betul hokay... Memang budak tu tak tahu nawaitu korang, tapi Allah tahu! Ingat tu... Huhuhuu... Satu lagi suka saya ingatkan, setiap murid kita datang dari pelbagai background yang berbeza... Ada yang jenis dah terbiasa kena marah, jadi yang jenis ini, mungkin perlukan perhatian lebih sket...

Cakap baik-baik dengan mereka ni supaya tak timbul perasaan rebellious dalam diri mereka. Saya ada pengalaman dengan budak macam ni, selalu kena belasah kat rumah. Mak ayah tak tahan. Nakal. Huhu... Selalu buat hal di sekolah. Kiranya macam abang kawasan lah ni, salah sikit mula lah nak belasah orang... Tapi alhamdulillah, dengan saya, dia sangat okay. Dengar cakap dan buat semua kerja saya beri. Rezeki saya tak bersusah-susah nak mendidik dia. Semoga dia jadi orang yang berguna bila dah besar nanti. Sorang lagi murid ni, dia anak last. Kakak-kakak dia semua dah kahwin. Jadi cara sembang pun macam orang dewasa, siap boleh komen tentang appearance saya dan guru-guru lain juga. Pandai dan sangat minat bab fesyen. Huhu... Nampak? Lain budak, lain latar belakang... lain kisah hidupnya. So pandai-pandailah tackle ya.

“Biar murid segan dengan kita, bukan takutkan kita! Takut dengan segan adalah dua perkara yang berbeza. Takut adalah apabila di depan kau mereka pura-pura hormat, tapi di belakang mereka kutuk dan kalau boleh mereka menyampah nak tengok kau masuk kelas mereka. Segan adalah apabila mereka rasa hormat dan sentiasa patuh dengan arahan kau tanpa perlu kau terjerit-jerit kat mereka. Takut boleh dibuat-buat tapi segan adalah suatu feeling yang naturally comes from their inner side.

Hehe... that's just my two pennies' worth. Okay gaise, sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Take care semua. Love ya gaise! XOXO

Nota kaki: Sometimes you have to experience the bad so that you can learn to appreciate the good things that enter your life. Yang ni saya memang setuju 200%.

9 comments:

  1. idea2 yg bagus... boleh la cuba nanti.. tq ya..

    ReplyDelete
  2. tq cg, saya akan cuba dlm kelas saya

    ReplyDelete
  3. sye kene ajar kafa ...umur 18 ...hahaha...best sangat xpi tu a dieorg bising sangat...tq for the tips..

    ReplyDelete
  4. Saya baru 3 hari mengajar sebagai cikgu praktikal, hari i diorang paling bising masa saya bagi latiuhan suruh buat. Beberapa orang murid duk komen saya, "cikgu baik sangat... marahlah sikit." Huhukkk. nak menangis rasa. Boleh pulak diorang buat kerja cikgu lain masa waktu saya mengajar. Rasa kecewa sangat. Terima kasih atas tips ni.

    ReplyDelete
  5. saya baru nak masuk mengajar besok untuk anak- anak umur 3-4 tahun...mohon share tips ni terima kasih

    ReplyDelete
  6. Tips yg baik cikgu. Terima kasih. I'll try to practice this.

    ReplyDelete