14 Cara Merawat Asthma Secara Semulajadi - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 5 March 2018

14 Cara Merawat Asthma Secara Semulajadi

 

Halu gaise!

Since seminggu dua ni saya asyik down with asthma, saya pun tercari-cari la juga natural remedies yang sesuai selain dok ambik neb dengan inhaler dan ubat-ubatan. To be frank, one thing I hate most bila kena asthma ni, saya memang akan cuba sedaya upaya untuk kurangkan kebergantungan kepada inhaler dan ubat... saya tak pasti orang lain macam mana cara korang handle asthma. Tapi... bila time kau acah-acah tak nak pakai inhaler dan tak nak makan ubat, kau bersedialah menghadapi batuk yang maha teruk sampai sakit badan, rasa macam penat giler dan mengalami chest tight macam rasa nak mati... Hahahahaa... 

But once kau start makan ubat dan sedut inhaler, dia punya side effect, fuhhh.. mengantuk! Since doktor advise saya ambil Symbicort Turbuhaler, memang tekak melekat rasa pahit... Sebab inhaler ni jenis powder. Bukan gas. Memang saya dah lama tak kena teruk macam ni. Selalu kena lite-lite je, siap boleh gelak ketawa sebab time tu pakai ventolin pun lepassss! Tapi kali ni bila Ventolin pun tak jalan, barulah kau tahu nak gelak ke tidak! Hahahahaa...


Feedback penggunaan Symbicort ni dari rakan, makcik dan diri saya sendiri yang menggunakannya, memang bagus la jugak.  Fast acting 'reliever' satu hal, pastu selalunya bila dah baik, akan lambat lagi nak kena asthma... Tu yang boleh jadi tak sedar diri makan ais tu... Hahahha... Untuk long term control memang bagus. 

Kalau korang asthma, cuba try request / tanya doktor korang. Symbicort ni costly sket, roughly dalam RM90-RM130... tapi kesan dia memang boleh dikatakan agak bagus. So why not invest dengan benda yang baik kan... Satu inhaler tu ada 60 doses. Ada dose counter. So, tak perlu risau kalau-kalau habis ke apa ke... Memang ada indicator bagitahu berapa dos yang tinggal. Apa pun, consult dengan doktor korang dulu ye. 

Okay, hasil carian saya, ada beberapa kaedah untuk kurangkan asthma secara alami giteww... Antaranya:-

1) Steam Bath 
Try mandi air suam yang agak panas sket... Yang ni untuk melegakan la... Tapi ada gak orang yang tak tahan dengan steam bath ni... Sebab berwap kan... Ada yang rasa lemas bila wap banyak. So, it depends on you... Try and error hokay! 

2) Madu
Oh yeahh! Madu ni kan katanya boleh memanaskan badan. So, rajin-rajin la makan madu ye... Saya rajin makan madu time dah kena asthma je, huhuhuuu... so macam kurang berkesan. Saya rasa kena makan madu secara konsisten, makan hari-hari ke... baru ler ok kot!

3) Lemon
Yang ni memang dua minggu ni tak pernah putus lagi kat rumah ni... Memang sentiasa ada stok. Berkesan jugak la... tapi make sure minum panas-panas hokay... teh lemon ke air lemon saja ke... Memang macam lega sket.

4) Kopi
Kopi? Yang ni saya tak sure. Ada kekeliruan di sini... Haha... Sebab family saya kata coffee ni antara makanan yang boleh trigger asthma, tapi rasanya betul kot sebab ada gak try minum kopi, bertambah semput makkk! Hahaha... Mungkin bergantung kepada individu kot... Hakak memang tak lepas laa dengan kopi... Huhu

5) Telur puyuh
Serius tak tahu telur puyuh boleh jadi ubat untuk asthma... Huhuuu... Katanya Chinese punya petua ni. Hmm... okay la lepas ni boleh cuba! Halamakk... kena makan mentah plak! Oh no! Okay, half cook pun boleh katanya... Try jangan tak try... Hukss...


6) Bawang putih
Erm... Macam mana cara nak makan bawang putih selain masuk dalam masakan? Okay, saya pernah terbaca, ada orang yang goreng bawang putih tanpa minyak sebijik-sebijik dengan kulit sekali, kemudian makan dengan nasi panas... Boleh la try pasni... Tak pun beli je bawang putih yang dah siap ada dalam balang.. rangup, nipis.. ramai je yang jual. Memang sedappp... macam macam tu je pun sedap! Jadi kudapan.. 😁

7) Halia
Haduiii... Yang ni memang ler saya FAIL! Awal-awal angkat bendera putih... Huhuhu... Sapa yang suka halia, sila proceed dengan kaedah ni ye... Buat ler air halia ke, ratah halia muda ke... Ewww! 

8) Hati unta
Yang ni memang saya pernah dengar dari moyang saya... Dan melalui pembacaan kat internet pun, memang ada yang syorkan makan hati unta ni untuk mengubati lelah... Yang terjual nampaknya dalam bentuk kepingan nipis-nipis... katanya boleh digoreng kemudian ditumbuk halus dan dimakan bersama nasi, atau pun boleh di rebus... dan airnya diminum... Erm... Wallahualam. Tak pernah cuba lagi. Tapi awas ya, ada yang menipu juga, hati lembu dikatakan hati unta... So, hati-hati! 

9) Belut
Heheheee... Yang ni pun memang famous dalam family saya. Tapi masalahnya rumah saya ni memang tak pernah saya ternampak sekor belut pun dari dulu sampai la sekarang. Tak pernah beli. Homaigaddd, geli siot rupa dia... Muahaha... Ada gak yang saya baca, kata makan lendir belut pun baik untuk asthma... Sapu lendir tu kat roti. Perkongsian Ustaz Sharhan. Yang ini sumpah rasa nak muntah! 😬

10) Teh Chamomile
Yang ni boleh beli kat kedai... Mudah didapati juga rasanya... Pernah nampak Brand Lipton. Boleh la try lepas ni minum teh Chamomile plak... Hewhew... 

11) Elakkan makanan-makanan yang boleh menyebabkan banyak kewujudan lendir / kahak contohnya telur, benda-benda sejuk macam jelly ke, cincau ke... susu... minuman yogurt dan lain-lain makanan yang korang kenal pasti menjadi trigger kepada asthma korang... Lain orang lain alergi nya ya... So, kena kenalpasti... 

Macam saya, cincau memang punca! Tapi kadang-kadang saya minum jugak air cincau ni... Favourite kottt! Nak sedapkan hati sambil minum sambil berkata, "cincau ni tak boleh mengapa-apakan aku kecuali dengan izin Allah. " Peerghhh... ayat ni akan muncul secara automatik dalam minda bila kau kemaruk sangat nak minum cincau... Muahahahah.... Tapi memang betul kan... Apa pun, kalau Allah tak izinkan, kau makanlah apa pun, takkan memudaratkan langsung... Serius!

12) Cuaca yang terlampau panas pun boleh menyebabkan pesakit asthma tak keruan... Hahaha... Bila terlalu panas, banyak habuk wei... Udara kering kan! So, mungkin la saya kena teruk sket kali ni sebab memang panas pun... Pastu banyak plak aktiviti outdoor... Latihan sukan katanyaaa... Huhu... 

13) Yang lain-lain tu macam biasa la... habuk... bulu-bulu haiwan... ais... makanan yang banyak pengawet macam jeruk ke... Memang saya tak tahan kalau makan jeruk-jeruk ni... Kalau terlebih, confirm boleh semput... 

14) Last sekali, tolong kawal diri... Jangan sampai stress wei... Stress ni pun punca utama asthma! Saya pun kena 'bungkus' stress saya ni dan campak jauh-jauh. Penat nak jaga hati orang. Hati kita takde sapa kisah pun... Kann?! 😔

Nota kaki: Okay gaise, lepas ni kalau ada kawan ke anak beranak korang bagitau dia kena asthma, kau tolong bagi muka sikit kat dia heh! Sumpah penat wei, tak tipu! Nak buat keja pun tak senang... Kesian kat kami! Huhu... 

11 comments:

  1. bagus raihan story about asthma ni..anak saya baru kena asthma ...barulah saya memahami apa yang dihadapi oleh anak bila dia xmo ambik inhaler hari-hari.

    ReplyDelete
  2. Directly asthma is serious and treated by drugs and pharmaceuticals that are required for whatever remains of the patient's life. Traditional drug albeit successful at lessening irritation and incidentally widening the aviation routes, has a potential hazard for symptoms.Asbestos Cancer Organization

    ReplyDelete
  3. We as a whole know this condition can be an extreme illness to manage, and now and again it can defeat us..asthma food

    ReplyDelete
  4. Sangat menarik raihan perkongsian sangat bermanfaat Bagaimana Nak mendapatkan symbicort turbuhaler

    ReplyDelete
  5. symbicort tu saya dapat dari klinik. Pernah beli kat farmasi pun ada...

    ReplyDelete
  6. Minyak herba Asmak boleh melegakan asma.

    ReplyDelete
  7. Nak tanya bleh k kalau saya makn ubat batuk pastu pakai inhaler?.. Ad side effects ap2 tak?

    ReplyDelete
  8. There’s also evidence that CBD may help ease symptoms of other medical conditions such as anxiety, depression, Alzheimer’s, Parkinson’s, Crohn’s, arthritis and addiction. https://royalcbd.com/how-to-make-cbd-gummies-at-home/

    ReplyDelete
  9. May i know what is CBD stands for and how to get the product. Thanks for sharing.

    ReplyDelete