Ezlearn2U : Tuisyen Online Percuma - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 15 April 2018

Ezlearn2U : Tuisyen Online Percuma


Assalamualaikum sahabat! 

Khamis lalu, saya telah menghadiri taklimat berkenaan dengan ezlearn2u di SJKC Poi Lam, Chemor. Cantik sungguh sekolah ni, siap ada lift uolls! Curlasst... Hehe... Hari ini, saya nak share serba sedikit apa yang saya faham tentang ezlearn2u ni dengan korang semua. Benda ni bukan guru je patut tahu, parents, pentadbir sekolah dan murid sendiri pun patut ambil tahu hokay! Hheheeh... Okay, lets!

Apa itu ezlearn2u? 

Dalam bahasa mudahnya ialah tuisyen online di mana murid-murid boleh menonton pelbagai video berkaitan subjek yang dipelajari di sekolah. Video-video ini disediakan oleh guru-guru di seluruh negara. Ia merupakan suatu inisiatif Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Yayasan Perak, Kperak dan IBM dalam menaja murid-murid yang bersekolah di dalam negeri Perak khususnya yang berusia dari lingkungan 7 hingga 17 tahun (Darjah 1-Tingkatan 5) untuk menerima tuisyen secara atas talian PERCUMA! Bukan sahaja video untuk murid-murid Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan sahaja, malah video untuk murid-murid SJKC dan SJKT juga disediakan. Bravo! 👏 Oh ya, guru pun boleh gunakan ezlearn2u ni ye... Key in je no IC uolls kat ruangan ID dan password... Hehe

Bagaimana murid boleh menonton video yang disediakan?

Setiap murid diberikan point sebanyak 1500 setiap seorang. Setiap kali murid hendak menonton video yang dipilih, point akan ditolak. Walau bagaimana pun, video yang telah 'dibeli' (guna point) boleh di ulang tonton sebanyak lapan kali untuk satu-satu video. Andai kata point telah habis diguna, pihak ezlearn2u akan 'topup' point dengan nilai 500. Unlimited sebenarnya... nama je tolak point, tapi bila point habis, boleh je dapatkan lagi point. Faham kan? Huhu...

Mengapa murid-murid di negeri Perak patut menggunakan ezlearn2u?

It's FREE! dan content videonya juga bagus. Lengkap dengan penerangan, perkongsian tips, jalan kerja pengiraan dll...

Bila murid-murid boleh menggunakan ezlearn2u?

Murid-murid boleh akses ke laman ezlearn2u pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja! 24/7

Apa yang diperlukan untuk mengakses laman ezlearn2u?

Murid-murid boleh menggunakan telefon pintar, tab atau pun komputer untuk menonton video dengan syarat adanya talian internet. 

Tutorial Login dan Penggunaan ezlearn2u (Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar)



**Bagi guru-guru dan murid-murid yang baru pertama kali login, anda akan diminta untuk menukar katalaluan. Jadi sekiranya anda mahu mengekalkan kata laluan sedia ada, anda boleh menaipkan semula nombor kad pengenalan.




Ada masalah dengan penggunaan ezlearn2u?

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah, boleh hubungi help desk mereka di support@ezlearn2u.my Mana la tau tiba-tiba video tak boleh ditonton ke, point tiba-tiba habis ke, boleh report kat dorang ni hokay! :D

Perlukan infografik untuk mempromosikan ezlearn2u kepada ibubapa / murid-murid di sekolah anda? 


Download : Infografik ezlearn2u versi cetak

Dah macam duta program pulak rasanya... Siap Q&A, tutorial bagai... Gitewww... Hahahaa... Gambar tutorial tu saya dah pernah share di FB tahun lalu... Huhu... Tak tau la korang perasan ke tidak. Saya ambil kesempatan mencatatkan segalanya di sini kali ini untuk simpanan saya dan kebetulan, saya perlu sebarluas maklumat ini kepada semua rakan guru dan juga ibubapa serta murid-murid di sekolah saya. So why not share skali dengan korang kannn! Hehe...

Andaikata ada sebarang keciciran maklumat atau pun kesalahan pada maklumat yang saya tuliskan di sini, saya mohon jasa baik tuan puan untuk menulis di ruangan komen / PM saya supaya semua pembaca menerima maklumat yang tepat! Semoga bermanfaat ya!~

Nota kaki: Jangan berandai-andai terhadap suatu keadaan yang telah lalu, karna itu melihatkan bagaimana kamu tidak menerima kenyataan, baik dari Tuhanmu, baik dari kesalahanmu... 

3 comments:

  1. Assamualaikum, bolehkah guru di luar negeri Perak melayari Ezlearn2u secara percuma?Sekian.

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH.. SY BUAT LADAP GUNA PANDUAN CIKGU.. CREDIT UTK CIKGU

    ReplyDelete
  3. Sangat bermanfaat untuk semua guru dan murid-murid

    ReplyDelete