Tips Mengurus Majlis Persaraan - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 2 August 2018

Tips Mengurus Majlis Persaraan



Semalam, sekolah saya telah mengadakan majlis persaraan salah seorang guru yang sangat kami kagumi, Puan Norliza Binti Yahya. Beliau telah memilih untuk bersara awal. 

Okay... Saya nak kongsikan sedikit tips untuk mengurus Majlis Persaraan seperti ini. Simple tapi happening! Giteww... Majlis 2 hari dua malam, mau tak happening... Hahahah... Hari pertama, lebih kurang satu jam diperuntukkan untuk bergambar & majlis bersalam-salaman iaitu pada hari terakhir beliau berkhidmat di sekolah... keesokkan harinya, majlis persaraan pulak... Giteww! Hujung minggu sambung pula dengan acara di Resort. Family Day katanyaaa.... Hah!  Kau mampu??? Bhahaha...

Jemputan : Lazimnya, selain warga sekolah, ahli keluarga dan sahabat yang rapat dengan guru yang nak bersara pun akan dijemput sama. Seeloknya jemput awal dan sediakan RSVP supaya mereka dapat merancang jadual disamping memberi maklumbalas kehadiran mereka.


Penyediaan buku program : Boleh rujuk blog Cikgu Ayu... BUKU PROGRAM LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI

Nak teks ucapan?  Download teks ucapan 

Penyediaan Montaj/Video : Boleh dimasukkan sekali tentang sejarah perkhidmatan, topup sikit dengan cerita tentang keluarga atau kejayaan beliau dalam bidang pendidikan. Selain tu, boleh selit sekali rakaman ucapan dari rakan-rakan guru/staf dll.

Goodie Bag : Dah jadi macam trend menyediakan goodie bag untuk para tetamu. Saya suka saya suka! Haha... Yang ini bergantung kepada bajet.


Persembahan murid / guru : Sebaiknya adakan persembahan yang menghiburkan. Elakkan persembahan yang menyedihkan kerana ia akan mengganggu mood semua yang hadir... Nanti semua emo, leceh plak nak sedia tisu bebanyak... Haha... 

Gimik : Perarakan / Kompang / Tandu / Buaian dan macam-macam lagi yang difikirkan menarik. Satu lagi, make sure benda tu selamat digunakan. Kang tak memasal jatuh terlentang pulak orang yang dirai tu... Hahhaha... Sebaiknya, bincang dengan orang yang di rai samada beliau setuju dengan cadangan naik kereta lembu misalnya... Ingat, kita nak gembirakan yang di rai, bukan nak gembirakan diri sendiri... 😁


Send off : Selalunya orang yang ada kereta paling cun akan take over kerja ni la... Hehehee...

Surprise : Boleh tanya ahli keluarga atau rakan terapat orang yang di rai kot mereka ada surprise sejambak bunga ke lagu ke montaj khas ke... Boleh selit dalam majlis! 

Haa yang ni pun tak kurang pentingnya... lagu latar majlis... Kalau asyik pasang lagu sedih, maka akan timbullah mood sedih tu... kan... No! No! No! Takmau sedih-sedih hokay... Nak sedih pun biar lah berpada. Jangan sampai jadi macam majlis kematian pulak, kannn! Hehe... Lagu-lagu ni boleh pasang sebagai lagu latar masa yang di rai masuk ke dewan, acara potong kek, acara penyampaian watikah, acara penyampaian hadiah dan juga majlis bersalam-salaman serta semasa jamuan...

Cadangan lagu :- 
11) A thousand years - Christina Perri (mode lebih ceria. Sesuai la untuk dipasang masa tengah potong kek ke... Hehe)
15) Sedetik Lebih - Anuar Zain 


18) Bruno Mars - Just The Way You Are (Sesuai untuk tuju kepada yang di rai, perempuan, cantik macam kakak yang bersara kat sekolah saya ni... Hihi)

Lagu-lagu ni sekadar cadangan. Klik kat lagu untuk mendengar... 

Syabas diucapkan kepada rakan-rakan guru dan kakitangan SK Rapat Jaya yang bertungkus lumus mengendalikan majlis sebaik-baiknya. Kepada Cikgu Zulkifli Hassan, anda event manager yang hebat! Tahniah, bro! Keep it up! SALUTE!~ Kepada Kak Liza, Selamat bersara! Semoga diberikan kesihatan yang baik dan bahagia sentiasa. 😊
Okay, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Babai, gaise! 💓

Nota kaki: "Bukanlah kekayaan itu lantaran banyaknya harta, kekayaan itu adalah kekayaan jiwa” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2 comments: