Tips Untuk Mengatasi Masalah Kerja Berkumpulan - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 28 February 2019

Tips Untuk Mengatasi Masalah Kerja Berkumpulan


Assalamualaikum.

Hai semua! Apa khabar? Musim sukan sudah tiba... Tepek gambar kenangan bersama Dr. Zaidi, rakan saya... kami on duty kat padang hari ni... Latihan sukan katanya... 😁


Okay saya bukan nak cerita tentang hari sukan tapi nak cerita tentang Rakan Lelap atau dalam nama lainnya, parasit! Biasa la bila kita assign group work kat murid-murid, ni salah satu masalah yang akan dihadapi. Orang lain dalam kumpulan sibuk buat kerja, dia pulak selamba tak contribute apa-apa. Tumpang letak nama je... Itu tidak adil! Kannn... 😏

Okay ni saya senaraikan cara untuk mengatasi masalah bekerja dalam kumpulan. Boleh la kalau nak try lepas ni... Hehe... Rasanya bukan untuk murid je kot, untuk orang dewasa, student IPT ke, dalam organisasi ke... Boleh je ambik idea ni... Hehe...


1. Menggunakan kad peranan

Kaedah ni first time dikongsikan kepada saya beberapa tahun yang lalu oleh SISC+ PPD Kinta Utara, Puan Juliana Shaharum. Kad peranan ni sesuai digunakan dalam kelas. Setiap murid perlu menjalankan peranan masing-masing mengikut peranan yang tertera pada kad tersebut. Sila rujuk gambar yang disediakan... Tu kad peranan yang dah di laminate dan diikatkan tali reben... Jadi murid-murid akan pakai di leher masing-masing dan cikgu-cikgu pun akan dapat kenal pasti tugas mereka berdasarkan kad tersebut.

Walau bagaimana pun, saya telah menemui kaedah yang lebih mudah. Hahha... Malas. 😁 Selain menyediakan kad-kad  peranan yang comel seperti itu, kita boleh juga buat sistem cabutan. Cikgu sediakan 6 nombor pada 6 potongan kertas. Setiap nombor mewakili setiap peranan. Gulung kertas tersebut... Bagi kat murid-murid untuk buat cabutan... Kalau tak nak gulung-gulung kertas, boleh letak nombor-nombor tu dalam sampul angpow ke sampul surat ke... Make sure murid-murid tak nampak nombor yang tertera di dalam tu... Cabutan kann... Mestilah surprise! Haha...

Tulis peranan kat whiteboard mengikut nombor. Contoh:-

Nombor 1 - Pengurus Kumpulan
Nombor 2 - Pencatat
Nombor 3 - Pencatat
Nombor 4 - Pembentang
Nombor 5 - Pengurus bahan
Nombor 6 - Pengawal suara / pengurus masa

So, murid yang dapat nombor 1, akan jadi pengurus kumpulan. Faham kan?

**Kalau nak kurangkan peranan, nak tambah peranan, boleh jer... tak semestinya ikut peranan yang sama macam kat atas ni ye.... Mungkin kita perlukan lebih murid untuk cari bahan... so, tambah la peranan untuk cari bahan tu... Giteww... Ikut kesesuaian hokayy!

Depan

Belakang

2. Saiz Kumpulan

Kalau boleh saiz kumpulan tu jangan terlalu besar... Maximum of 4 people in a group rasanya dah memadai. Lebih ramai ahli, lebih besar kebarangkalian untuk ada ahli yang tak membantu... sebab dah ramai yang buat keja la katakan...

3. Jenis tugasan
Pastikan tugasan bersesuaian dengan kemampuan murid. Kalau ada murid yang lemah, mungkin boleh kumpulkan mereka dalam satu kumpulan yang sama dan beri kumpulan ini tugasan yang lebih mudah berbanding kumpulan-kumpulan lain... Kalau rajin nak bagi tugasan berbeza-beza mengikut aras murid dalam kumpulan tu lagi bagus... Bila murid tak rasa terbeban, insyaAllah mereka akan rasa seronok nak siapkan tugasan. Selain itu, boleh galakkan mereka contribute mungkin bukan dari segi penyediaan content tetapi kerja-kerja simple macam design cover folio ke, tolong sediakan bahan-bahan ke seperti gunting, pen marker dsb, tolong fotostat bahan ke binding ke... Apa-apa la yang boleh membantu kumpulan...

4. Reward
Yang ni memerlukan sedikit modal... Tapi percayalah, murid-murid memang suka kalau dapat reward... Beri ganjaran kepada kumpulan yang boleh bekerjasama dengan baik. Maklumkan kepada mereka, hasil kerja adalah nombor dua yang akan dilihat, yang paling penting adalah sikap mereka dalam menjalankan tugasan... Kalau kerja tip top tapi hanya dibuat boleh seorang ahli je, tu bukan matlamat kerja kumpulan. Matlamat kerja berkumpulan, setiap ahli perlu contribute tak kira dari segi tenaga, kos, idea atau apa sahaja untuk memastikan hasil kerja berada di tahap yang cemerlang.


5. Berikan markah
Beri markah untuk sikap dan kerjasama. Kumpulan yang tiada isu, takde gaduh-gaduh dll boleh diberikan markah penuh untuk ini...
Contohnya :
Markah penuh tugasan 100%
Isi - 50 markah
Sikap dan kerjasama - 25 markah
Kreativiti - 25 markah

6. Kumpulkan 'rakan lelap' yang dikenal pasti dan letakkan mereka dalam kumpulan yang sama
Kita tengok siapa yang nak tido! Bhahaha... Kadang-kadang bila ada tempat nak bergantung, mereka akan rasa selesa, rasa selamat, kerja akan siap sebab ada murid yang sangat rajin dan boleh diharap dalam kumpulan tu. Jadi, bila takde tempat bergantung, semua jenis yang sama dalam kumpulan tu, berkemungkinan mereka akan sedar dan nak tak nak terpaksa bergerak sendiri untuk siapkan tugasan...

7. Set masa untuk siapkan tugasan
Sentiasa ingatkan mereka tentang masa. Jangan beri masa yang terlalu panjang untuk satu-satu tugasan. Katakan projek perlu disiapkan dalam tempoh seminggu... Set masa untuk mereka (rakan lelap) buat kerja dalam seliaan kita... Contohnya:-
Isnin - Murid Cari maklumat kat internet / Design cover folio (dalam kelas)
Selasa - Kumpul bahan / perbincangan dalam kumpulan (bersama ahli kumpulan sahaja)
Rabu - Mencatat (bersama ahli kumpulan sahaja)
Khamis - Final touch up (dalam kelas)
Jumaat - Presentation (dalam kelas)
Geng Rakan Lelap ni sebenarnya bukan kita je dapat kenalpasti. Dikalangan murid-murid sendiri pun, mereka sebenarnya tahu... yang mana jenis buat kerja yang mana jenis tak membantu. Cuba bagi tugas tertentu kat murid yang dah dikenalpasti tu dan minta dia siapkan tugasan semasa kita ada memantau... Contohnya bagi dia part kerja yang perlu dibuat semasa dalam kelas. Nak tak nak, dia terpaksa buat sebab kita ada bersama... Kalau nak harap dia buat kerja kat rumah, memang takkk laa kannn....Haha. Galakkan dia siapkan tugasan semasa dalam kelas supaya dia tak perlu sambung kerja di rumah.


8. Letakkan 'rakan lelap' dengan orang yang boleh handle dia
Murid kita ada pelbagai kecerdasan, kemahiran dan sikap. Perhatikan kalau-kalau ada murid yang disegani oleh 'rakan lelap' ni... Kadang-kadang sebab segankan murid tu, dia akan buat kerja... Atau pun, letak dia bersama murid yang kenal ibubapanya, mungkin jiran dia ke... Dan... paling terbaik kalau murid tu jenis 'keypoh' type... Hahaha... Kau tak buat keja, aku bagitau mak kau! Hahahahaha...

9. Nasihat
Yang ni rasanya kaedah paling cliche untuk dibuat... Hehe... Yes, nasihat! Ada murid, bila kita nasihat, dia okay... Ada yang kita kena minta bantuan mak ayah dia untuk nasihatkan dia. Ceritakan masalah kat mak ayah dia. Minta mereka nasihatkan... Hantar jumpa kauselor ke, jumpa pentadbir ke... ustazah ke... mungkin nasihat dari mereka lebih berkesan, siapa tahu! Try! :)

10. Berdoa
Last but not least, biasakan murid-murid untuk berdoa sebelum memulakan pelajaran/projek supaya semuanya berjalan lancar. Cikgu pun boleh berdoa skali supaya Allah mempermudahkan urusan kita mendidik murid-murid ni... Ingat, hati kita milik Allah... Semalam mungkin dia malas, tapi siapa tahu, hari ini Allah ubah dia menjadi murid yang rajin atas doa cikgu-cikgu sekalian... Hehe... Cubalah!

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Boleh la try and error mana-mana tips yang dirasakan sesuai. Andai kata korang ada tips lain, sila catatkan di ruangan komen ya... Share la idea dengan saya & pembaca yang lain... Okay gaise! Take care... Babai.

Nota Kaki: People are made to be loved & things are made to be used. The confusion in this world is that people are used & things are loved. Kannn... Hukss... Sob sob sob... 😪

No comments:

Post a Comment