Lepak @ Addon White Coffee - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 2 March 2019

Lepak @ Addon White Coffee


First time menjejakkan kaki kat kedai Addon White Coffee ni, okay la, not bad. Rasanya boleh la nak repeat lagi. Terletak kat Jalan Raja Ekram, Ipoh, tepi jalan je... Bangunan lama yang di renovate, cun juga tempatnya. Ala-ala kopitiam... 

Konsep

Obviously, yang saya nampak, kedai ni banyak macam konsep Restoran Old Town White Coffee. Kat setiap meja ada disediakan loceng ala doorbell giteww untuk panggil staff mereka, meja marmar ala kedai kopi Cina zaman dulu-dulu... Menu pun ada gak yang lebih kurang sama...

Menu

Menu roti bakar, roti kukus... Nasi lemak dengan rendang dll... Cuma bezanya kat kedai ni ada jual hidangan yang menggunakan mee tarik. Perghhh... sedap weihhh... Teringat-ingat rasa macam nak pegi lagi hari ni... Hahahaha... Kena dengan air white coffee ais dengan pearl, fuhhh... mantappp!

Nasi goreng 


Kami try beberapa menu, semua sedap. Alhamdulillah... Nasi goreng udang sepinggan RM12.90, puas la makan... Saya cuba menu istimewa mereka iaitu Mee Tarik Beef Sizzling, Rm15.90 memang ohsem! Dengan limpahan daging, sayur lobak putih dan lobak merah, pak choy, telur... Serius, memang recommended!



Roti kukus dengan kari ayam dan kari daging yang pekat likat, rasa macam serba cukup, kena je semuanya... Satu set RM6.90 macam tu... Air pula dihidang dalam bekas yang unik, kopi/teh diletak dalam bekas berasingan dengan ais... Jadi, kalau duduk lama, nak minum, tak la air tu cair... Kita tuang sikit-sikit... Depa ni dok try Mee tarik soup with slided beef dan mee tarik chicken soup kalau tak silap... Tak ingat plak namanya... Tapi dedua memang sedap... Kalau nak pedas, boleh request cili padi kicap atau cili sambal...


Harga

Bagi saya harga okay la, walaupun sepinggan belas ringgit, tapi berbaloi sebab memang puas makan, perencah pun banyak... portion pun agak besar. Kalau pergi reramai, beli 2-3 menu, share-share la rasa... Tak cukup order lagi. Kannn... 

Suasana

Santai. Dekorasi sederhana tapi saya suka... Tak la over meriah... Tenang-tenang giteww... Kawasan pun boleh dikatakan agak luas sebab tak terlalu padat walaupun masa kitaorang kat sana, table belah dalam agak penuh juga laa... Selesa je... Ruang dalam ada aircond, bagi yang suka open air, boleh duduk kat bahagian luar... Kitaorang pilih duduk kat dalam, panas weihh skang... Hahaha... Berpeluh sisturrr... 😂


Tempat ni sesuai untuk lepak-lepak dengan family ke kawan-kawan ke... Dekorasi kat luar cun jugak... Boleh la kalau nak bergambar sekeping dua kat situ... Hehe...



How to get there?



Tak menyesal pegi. Thank you, kawan-kawan... Siap pick up kami kat rumah angkut bawak datang sini... Huhu... Okaylah... Nanti bebila, korang boleh la pegi try pulak... Jangan lupa kalau nak try, ajak saya skali... Hahahahhaha... Babai gais! 😁 #ipohmali

Nota kaki: Be around those who are proud to have you, scared to lose you, fight for you, appreciate you, respect you, care for you and love you. Remember, nobody is ever too busy. If they care, they would make time. :)

No comments:

Post a Comment