Program Anti Dadah Semasa Aktiviti Kokurikulum - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 11 March 2019

Program Anti Dadah Semasa Aktiviti Kokurikulum


Assalamualaikum...

Beberapa minggu ni negara kita dilanda musim panas. Dengan suhu yang tinggi, memang terasa perit kulit kalau nak bersukan di padang... Huhu... Panas lit lit... Malah pada 14 Februari 2019 yang lalu, pihak KPM sendiri pun sudah mengeluarkan kenyataan media berhubung dengan isu ini... Kebetulan pada hari Rabu, 6 Mac yang lalu, ramai guru-guru di sekolah saya terlibat dengan aktiviti ko-akademik di sekolah lain dan ada juga yang terlibat dengan pelbagai urusan lain seperti menghadiri taklimat, mesyuarat dll. Memandangkan ramai cikgu takde, saya & penyelaras PPDa, Cikgu Akmal, decide untuk menjalankan program sempena Bulan Anti Dadah Kebangsaan 2019 bagi memenuhkan masa Kokurikulum murid-murid Tahun 4, 5 dan 6.  Sepatutnya program ni dijalankan pada bulan Februari namun kekangan masa kerana cuti sekolah dan sibuk dengan aktiviti latihan sukan & acara sukan sekolah, program terpaksa ditangguhkan... 

Pada awalnya saya cuma nak conduct program ni untuk murid-murid Pandu Puteri Tunas untuk tempoh sejam. Tapi bila rakan-rakan yang lain minta untuk join sekali, saya okay je... Saya terus berbincang dengan Cikgu Akmal untuk adakan program yang lebih panjang (3jam)... Alhamdulillah, bila niat kita nak memudahkan orang lain, Allah mudahkan juga urusan kita. Saya berjaya dapatkan lebih 100 hadiah untuk murid-murid secara percuma. Ikhsan dari kawan-kawan... Alhamdulillah... Terima kasih. Hadiah tu takde apa sangat pun, buku nota kecil, set alat tulis, buku tulis, cikedis pun ada yang sumbangkan... Tapi saya sangat bersyukur... Bila dikumpul, kira-kira balik semuanya 100 lebih unit... Nampak tak Allah mudahkan urusan? 

Bukan setakat itu, PK HEM, Puan Has Yanti turut memberi sokongan, tolong print kan text perutusan, walaupun beliau tidak dapat turut serta bersama pada petang itu. Ada rakan-rakan guru yang turut membantu sepanjang program berlangsung, yang belanja air, yang bawakan goreng pisang, karipap, yang bantu sediakan LCD, fotostatkan bahan-bahan... Allahuakbar! Mudahnya rasa... Terima kasih banyak-banyak! Benda-benda macam ni yang didik hati saya untuk appreciate small things! Belajar bersyukur...  

Antara yang kami (Team PPDa) rancang untuk memenuhkan slot 3 jam (2-5 petang) adalah :-

1) Pengurusan murid. Guru-guru / Wakil murid mengambil kehadiran.

2) Aktiviti pembacaan Perutusan Ketua Pengarah AADK. 
Untuk memastikan murid dengar perutusan tu, saya buat sesi soal-jawab juga... Hehee... Yela, dengar perutusan kan membosankan... So, bila ada token, nak tak nak murid-murid ni akan fokus gak kat apa yang saya baca. Antara soalan yang saya tanya, tema Bulan Anti Dadah Kebangsaan 2019, minta murid sebut 5 teras ( 5orang murid yang berbeza menjawab)... Rujuk PERUTUSAN KETUA PENGARAH AADK


3) Tayangan video & soal jawab.
Untuk memastikan murid-murid sentiasa fokus dengan video yang ditayangkan, sesi soal jawab dijalankan selepas tamat setiap video dimainkan... Satu video, 2-3 soalan akan diberikan kepada murid. Maklum ler, hadiah ada banyak... Haha... So, banyak le tanya soalan, budak-budak pun syok menjawab sebab dapat hadiah... Saya gunakan video-vide0 yang pernah saya upload dalam blog saya ni... Boleh rujuk kat sini... VIDEO-VIDEO ANTI DADAH

4) Sesi Kuiz (Cikgu Akmal selaku kaunselor dan penyelaras PPDa handle slot ni...)
Kami dah sediakan berpuluh-puluh soalan kuiz, murid perlu angkat tangan dan jawab. Google je soalan berkaitan anti dadah, memang ada banyak... Setiap jawapan yang betul, murid diberikan hadiah...



5) Program Mewarna Poster
Siapa kata program macam ni tak terkait dengan Koko? Saya tekankan aspek 'team work' dalam program mewarna ni. Saya bahagikan murid-murid ke dalam kumpulan 10-10. Setiap kumpulan ada 10 orang dan pemenang pertandingan mewarna poster akan dipilih berdasarkan kerjasama  dalam kumpulan (berkongsi warna misalnya...), disiplin dan ketekunan mereka. Yes, kebetulan hadiah ada banyak, jadi dapat pilih 4 kumpulan terbaik. So, total hadiah adalah sebanyak 40 unit untuk 40 orang murid dari 4 kumpulan yang terbaik. 

Selain itu, saya cuba terapkan sikap 'independent' di mana murid boleh melakukan kerja dengan sedikit sahaja bantuan/kehadiran guru. Tak semestinya murid buat kerja, guru perlu ada bersama...

Ketiga, saya ajar mereka cara untuk fokus. Fokus bila orang bercakap, fokus bila menerima arahan, fokus kepada soalan yang dibacakan, fokus untuk hadiah yang bakal dimenangi. Bila mereka fokus, mereka tak buat hal... Semua behave weiihh... Haha... Semua nak rebut 40 hadiah tu walaupun bukan la apa sangat pun... Sekadar buku nota kecil. Tapi FOKUS tu yang penting... Hihi... Saya memang tak berapa gemar murid buat huru-hara/bising... Jadi saya gunakan kaedah yang pernah saya kongsikan dalam blog ni dulu... Boleh baca TIPS UNTUK KAWAL KEBISINGAN & MENGEMBALIKAN TUMPUAN MURID 



Kami lega bila dapat feedback dari rakan-rakan guru, murid-murid enjoy untuk program ni pada masa yang sama mereka juga dapat kawal diri masing-masing dengan baik. Tak bising. Berdisiplin dan boleh bekerjasama dalam kumpulan sehinggakan ia menyukarkan pihak guru untuk memilih pemenang. 😊 Overall, I can say program ni berjaya. Kami dah buat yang terbaik untuk bantu rakan-rakan guru disamping pada masa yang sama menjalankan program edukasional untuk lebih 200 orang murid. Alhamdulillah... 👏👏 Terima kasih kepada semua guru yang terlibat, murid-murid yang sangat behave, you guys are awesome! 💓



Nota kaki : Don't let your dislike to someone lead you to be unjust, unfair... Jom tadabbur ayat 8-10, Surah Al-Maidah untuk lebih kefahaman... InsyaAllah... :) 

No comments:

Post a Comment