Reward Jar Untuk Murid - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 11 March 2019

Reward Jar Untuk Murid


Saya tertarik dengan idea rakan-rakan 'GST' saya yang berkongsi tentang Reward Jar mereka... Thank you Fiza & Kak Najihah for the idea... 😊Reward Jar adalah balang yang dipenuhi dengan barang-barang terutamanya alat tulis untuk dihadiahkan kepada murid-murid yang kita ajar... Misal kata, murid tersebut boleh menjawab soalan, kita beri balang tu kat dia dan dia berhak pilih satu barang dari balang tersebut.

Ni kita punya... Hehe

Yes, Sabtu lalu, saya sempat singgah ke kedai Eco untuk buat Reward Jar saya sendiri... Bermodalkan lebih kurang RM15, saya dapat balang yang penuh dengan pelbagai peralatan alat tulis termasuk gam, gunting, pemadam, pensel, pembaris dll... Pemadam emoji yang comel tu RM2.10 sebungkus, satu pek, saya dapat 16 pcs... Huhu... Murah kann! Tak semestinya kena beli barang-barang tu, kadang-kadang kita dapat free gift masa kita membeli belah, dapat kat kenduri kendara, gula-gula, coklat, pun boleh diletakkan dalam reward jar tersebut. Be creative ya! Hehe...

Cara menggunakan Reward Jar

Tak semestinya reward diberi kepada murid yang boleh menjawab soalan sahaja tetapi reward jar juga boleh diberikan kepada murid-murid yang membantu guru, berdisiplin atau berjaya menjadi orang yang pertama menyiapkan kerja pada masa yang ditetapkan... So, masuk kelas, beritahu, apa kriteria yang melayakkan mereka memilih barang dalam reward jar tersebut.

Kredit : Teacher Siti Hafiza Shamsuddin
 Tujuan menggunakan Reward Jar

Tak lain tak bukan, tujuannya adalah untuk mendidik murid-murid untuk sentiasa patuh kepada arahan guru dan dalam masa yang sama mampu berdaya saing dengan murid-murid yang lain secara sihat. Reward Jar bukan sahaja berperanan sebagai galakkan untuk murid-murid untuk terus belajar malah ia juga boleh menjadi suatu inisiatif dalam membentuk sahsiah murid. Murid-murid mesti gembira bila dapat hadiah dari guru walaupun hanya seketul pemadam yang kecil... Serius! Disamping bersedekah, kita juga dapat menyentuh hati murid-murid agar lebih dekat dengan kita... :)

Kredit : Teacher Najihah Nazri
Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Semoga ianya bermanfaat dan lebih ramai guru-guru yang ikut serta buat benda-benda macam ni... Hehee... Kalau tak dapat buat setiap hari, buat lah sesekali... Kann...

Sekadar berkongsi cerita, ada seorang murid lelaki Tahun 1 di sekolah saya, tak ada keperluan seperti pensel, pembaris, kotak pensel pun tak ada... Saya dengan sahabat saya cuba usahakan untuk belikan dia satu set alat tulis complete dengan pencil case, colour pencil... Tau apa jadi? Sampai hari ni kalau jumpa saya dia akan tegur, dia akan lambai, panggil dengan kuat sekali ye.. hahahaha... dah macam panggil kawan dia! Sabo je la. Haha.. Saya baru dapat tau dia anak yatim... Mak dah takde. Patutlah nampak macam tak terurus. Kesian... Darjah 1 weiihh... Memang selalu nasihatkan dia. Dia bukan budak nakal, tapi budak yang kurang perhatian, kurang kasih sayang... Budak kecik pun tau respect orang... Tau siapa yang tolong dia masa dia susah... Touch people's heart!

Nota kaki: If you fell down yesterday, stand up today! 💪💪

1 comment: