Aktiviti Mudah Untuk Mengajar Tentang Kitar Semula (Recyling) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 12 May 2019

Aktiviti Mudah Untuk Mengajar Tentang Kitar Semula (Recyling)



Assalamualaikum semua! Salam Ramadhan...

Saya nak berkongsi aktiviti Bahasa Inggeris yang saya jalankan dengan murid-murid Tahun 6 beberapa minggu yang lalu untuk tajuk ke-6 : Go Green. (Rujuk Buku teks mukasurat 52) Aktiviti yang saya rancang selalunya takde lah terlalu berat atau complicated, simple je tapi yang penting ilmu tu tersampai kat murid-murid. Tu main objektif saya setiap kali beraktiviti. Biarlah orang nak kata, aktiviti biasa-biasa ke apa ke, yang penting aktiviti tu sesuai dengan level murid saya dan mampu memberi impak dalam PdP saya. One man's meat is another man's poison. Kannn!

Aktiviti Pertama

Saya meminta murid-murid saya untuk membawa 3 keping sampul surat bewarna biru, coklat dan oren. Yang ni perlu disediakan oleh setiap murid (tugasan individu).

Agak sukar sebenarnya nak cari sampul bewarna macam tu unless mereka kena pergi ke kedai buku yang besar untuk beli. Saya cuma beri cadangan kepada murid samada mereka beli sampul tu atau mereka buat sendiri atau mereka boleh gunakan sampul duit raya terpakai... Kena cari ikut warna yang saya nak tu la... Huhu

Kemudian, saya minta mereka bawa lembaran iklan yang boleh diperoleh dari majalah, suratkhabar, pasaraya dll. Tiada paksaan, terpulang kepada mereka nak guna bahan macam mana pun, yang penting mestilah gambar-gambar tu mesti ada untuk projek pada hari berikutnya. Kalau susah sangat, saya pesan minta mereka print dari internet jer... 

Sampul DIY. Buat sendiri! Tahniah!

Ni pun sampul buatan sendiri! Yay!

Ni ada yang buat sampul sendiri, ada yang guna sampul duit raya terpakai, ada juga yang kreatif, mencorakkan sampul dengan warna biru, oren dan coklat (tengok gambar murid pertama tu...) Hehe... Bagus!

Aktiviti Kedua

Alhamdulillah, semua murid saya membawa bahan tanpa gagal! Amazing students. Tahniah, murid-murid 6 Sina! Anda hebat! Haa tepokkkk! Hahahha... 👏👏 Saya percaya bila kita dapat berikan pelbagai option untuk mereka menyediakan bahan, insyaAllah, mereka boleh sediakannya dengan baik disamping dapat mengurangkan tekanan kepada mereka. Kalau misal kata saya paksa mereka sediakan 3 sampul surat mengikut warna yang saya nak tu, confirm ramai yang takkan mampu nak sediakan. Macam-macam alasan akan diberi nanti.... Mak tak pegi kedai laa, lupa la, kedai jauh dari rumah la, macam-macam... So, ni pun sebenarnya salah satu cara saya nak kurangkan stress. Bagi option siap-siap, kalau tak boleh cara A, buat cara B, tak boleh B, C... Permudahkan. Yang penting objektif kita tercapai. Hahahha... Lega sangat bila semua murid saya bawa bahan-bahan tu! Tugasan individu, mereka dah LULUS! Yay! 😁

Bekerja dalam kumpulan untuk siapkan tugasan individu

Okay, sekarang ni part tugasan yang seterusnya. Tau apa tugasnya? Senang jer... Saya minta semua murid kumpulkan iklan-iklan dan gambar-gambar yang mereka peroleh untuk digunakan secara berjemaah dalam kumpulan. Yela, ada murid bawa iklan makanan, ada yang bawa iklan dari kedai buku & alat tulis, ada yang bawak iklan dari TESCO, Aeon dll... So, masa ni lah, kita boleh nampak mereka bekerja untuk menyiapkan tugasan individu, tapi dalam masa yang sama bekerjasama dalam kumpulan, share bahan yang mereka ada. Tukar-tukar bahan sesama mereka. Didik mereka supaya jangan selfish! Gunakan bahan bersama-sama untuk siapkan tugasan individu.

Setiap murid dapat 3 helai kertas A4. Mereka perlu gunting dan tampal gambar-gambar bahan yang boleh dikitar semula mengikut kategori BLUE (papers), BROWN (glass items) & ORANGE (aluminium & plastic waste). Kemudian, mereka hiaskan, ada yang buat dalam bentuk peta minda dan pelbagai design lain. Mereka perlu cari sekurang-kurangnya 5 item untuk setiap kategori. 

Setelah selesai, mereka perlu lipat kertas dan masukkan dalam sampul mengikut warna yang betul. Kemudian tampal dalam buku latihan masing-masing. Siap!

Ada yang terlebih rajin, melukis gambar... Haha... Alhamdulillah! Tahniah! Hebat!

Nampak tak, aktiviti simple macam ni pun budak-budak memang dah enjoy nak participate! Biar simple asalkan meaningful! Giteww... 😂 Rasanya aktiviti ni sesuai untuk korang yang nak mengajar tajuk berkaitan recycling / alam sekitar. Sangat mudah sampaikan saya rasa untuk pra sekolah pun boleh jalankan aktiviti macam ni juga. Tapi mungkin perlukan bimbingan guru yang lebih laa... Murid pra kan. Hehe... 

Semoga bermanfaat, gais! Babai. Assalamualaikum... 😊

Nota kaki : Kemampuan merasakan nikmat sabar tergantung sejauh mana keimanan kita terhadap takdir yang Allah tetapkan.

No comments:

Post a Comment