Dari FrogVLE ke Google Classroom (GC) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 30 June 2019

Dari FrogVLE ke Google Classroom (GC)


Beberapa hari ni tular dengan gambar kenyataan rasmi KPM tentang peralihan pelantar pembelajaran menggunakan Google Classroom (GC) bagi menggantikan FrogVLE. Dalam masa yang sama, kisah saya telah ditulis oleh Frogasia di Facebook rasmi mereka. Semasa temu bual, mereka highlight saya ni sebagai Edutech Icon. Saya maklumkan kepada mereka, walaupun saya banyak buat sharing pasal teknologi, tapi saya bukanlah guru yang hanya menumpukan 100% kat ICT je semasa mengajar. Huhu.. Sebagai guru Bahasa, saya juga masih menggunakan kaedah tradisional dalam PDP saya... Seiring, gituhhh! 




Saya memang sangat-sangat into ICT, macam-macam yang saya explore dan cuba ketengahkan kepada rakan-rakan guru dan murid saya. Namun begitu, saya masih nak anak murid yang VERSATILE... Saya nak mereka serba boleh! ICT boleh, menulis boleh... bercakap boleh, melukis boleh... memimpin pun boleh! Tak percaya pegi tengok buku dorang, bulan 6, buku tulis ada yang dah habis! Alhamdulillah.. Tengok dalam blog saya ni, saya ada letakkan hasil pembentangan murid-murid saya. Ada gak yang saya tak sempat nak masukkan kat sini. Segala benda dorang guna, speaker's corner, kertas mahjong, kertas warna, gam, gunting, suratkhabar dll! Dan pada masa yang sama, mereka juga menggunakan segala teknologi yang ada. Walaupun mereka 'budak kampung' tapi mereka tak 'peghak'! Hahhaha... Setakat VR box, teknologi AR, depa dah kenal, alhamdulillah! Setakat nak main Kahoot, Quizizz, Frogplay, boleh sangat... 


Pendapat saya, nak guna GC ke apa ke, itu semua tak penting... kau guna la apa pun jenis teknologi dlm PDP kau, yang penting make sure budak kau dapat guna kemudahan dengan baik dan kemahiran ICT dapat diterapkan serta diaplikasikan dalam kehidupan mereka selaras dengan hasrat KPM yang nak menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia seiring dengan revolusi industri 4.0. (IR 4.0)

ICT ni luas. Macam-macam ada. Edu apps je ada beribu-ribu... Tu belum masuk apps lain lagi.. Belum masuk coding, AR VR, edugames, greenscreen, video, apa semua... You name it! Banyak wei... Yang free, yang berbayar... Macam-macam ada. Kalau dapat bagi students korang experience semua, lagi baik! Ni pendapat saya la... Tak setuju tak apa. No problem! :)


Sembang pom pang pom pang, cikgu yang tak nak guna, tak nak guna jugak kannn... Bhahahaha.... 😆 Serius weihh... cikgu-cikgu kena guna ICT sebab ICT skill ni memang sangat penting dan memang membantu memudahkan kita pun... Cuma, bukanlah nak guna hari-hari dengan murid... Faham? Takde ICT pun boleh PAK21 aihhh... Jangan bagi alasan. Hahaha... Untuk cikgu yang memang suka ICT, rasanya bagi la apa pun, GC ke FrogVLE ke, apa ke, semua okay saja! Haha... Kalau tanya saya, memang ON je apa pun! Sebab memang suka... Hahhaha...

Yang jenis menolak untuk menggunakan ICT dalam PDP, saya rasa dah tiba masa untuk KPM hantar guru-guru yang berkebolehan untuk 'berdakwah' untuk tarik mereka-mereka ni ke jalan yang benar... 😆Hantar yang jenis memotivasikan, menginspirasikan... Bukan yang memaksa... Sebab yang jenis  tak nak guna ni kita tak boleh nak paksa-paksa. Mentaliti mereka dah set macam tu. Jadi, kena tunjuk, show them how, show them why they need to use tech in class, kena jadi role model... Kepimpinan melalui tauladan katanyaa... Baru ler orang ikut! 

Tapi percayalah, jenis yang langsung tak guna ICT ni sangat sedikit bilangannya... Sebenarnya, walaupun ada yang tak guna FrogVLE ke GC ke, tapi ramai je yang guna benda lain... Moodle, Edmodo... Kahoot la, Socrative la, Plickers la... Video... Macam-macam ada skang ni! Yang guna FB, Instagram pun hadooo! Jangan judge orang, please! Biarkan dia nak guna apa pun asalkan benda tu bermanfaat dan teknologi yang diguna sesuai dengan budak-budak dia... Rasanya kalau cikgu tak tau ICT sangat pun, boleh try minta murid cari maklumat (google) di internet. Cari maklumat ni pun merupakan salah satu skill... Jangan tak tahu! Skill mencari maklumat yang tepat & benar.



Sebelum nak beralih dari FrogVLE ke GC, saya rasa benda paling utama yang perlu dibuat adalah, ubah mentaliti... Kesediaan guru tu penting! Kalau tak, bagi internet laju-laju pun setakat buat tengok Youtube nak buat apa kan... Huhu.. Rasanya dah tiba masanya cikgu-cikgu ni diberi peluang untuk menggunakan segala bentuk teknologi yang ada. Yes, GC pun GC, benda lain pun guna jugak sebab ramai je cikgu kita yang kreatif, guna macam-macam jenis kaedah, macam-macam jenis teknologi, ada yang bangunkan sistem, bangunkan apps, buat video, buat macam-macam... Kepelbagaian tu bagus. Takde la bosan budak-budak hari-hari mengadap benda sama. 

I cannot brain bila dulu masa orang sibuk kejar KPI FrogVLE, ada cikgu-cikgu yang masukkan link quizizz, link kahoot dalam site... Hadoii! Benda boleh pegi terus kat web tu buat pe la susah-susah nak masukkan dalam site. Nak main Kahoot, pegi kat web Kahoot la... Make it simple. Nanti budak-budak nak cari apa pun tak tau, yang dorang tau masuk Frog je. Nak apa-apa, cari kat Frog, sedangkan di dunia nyata nanti, bila mereka dah habis sekolah nanti, ada banyak lagi laman yang mereka boleh layari... Boleh explore. Pandai-pandailah... Yang mana boleh pergi direct, direct je senang... Kan... Hehe...


Fasiliti perlu diperbaiki. Sekarang nampaknya semua guru boleh menarik nafas lega kerana talian internet dah ditambah baik... Tapi, peralatan ICT di sekolah bagaimana pula? Peralatan untuk murid guna, tu yang perlu diperhalusi dan dilihat semula. Mana yang dah dihapus kira, mungkin boleh diganti, kalau ada bajetnya. Yang rosak, dibaiki. 



Yes, tak dinafikan ICT Skill tu penting tapi jangan terlalu fanatik sangat dengan ICT sampai nanti budak kau tak reti nak pegang pensel, menulis guna bahasa Wechat, tak reti nak hormat orang, tak reti nak bercakap elok-elok... tak reti nak pegang gunting/pisau sebab dok asyik main potong buah kat tab je... Game apa ke namanya, Fruit Ninja ke hape... Haha... Ni ayat saya semasa temubual dengan FrogAsia tempoh hari. Walaupun saya memang suka giler ICT tapi saya nak budak-budak saya balanced, ICT dengan skill lain mesti seiiring... Tambah-tambah budak sekolah rendah! Pandai-pandai la cari aktiviti yang sesuai, yang praktikal untuk murid bila dah berGC nanti.



Kemahiran untuk hidup, semua orang kena master weihh... Bukan bertukang, tapi kemahiran asas dalam kehidupan macam menggunting, memotong, menampal, menulis, mewarna, kemahiran nak menerangkan sesuatu, bercakap dengan orang.. tu semua skill yang semua orang perlu ada sampai ke tua! 



Murid perlu dididik & skill mereka perlu digilap bukan sekadar skill ICT je tapi meliputi semua, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menulis, kemahiran psikologi, psikomotor dll pun kena develop sama... Perkembangan secara menyeluruh katanya! Giteww... Hehe. Semua kena seiring, tahu!


Lepas baca post ni, jangan pulak ada yang buat spekulasi saya anti GC pulak! Dulu dah pernah kena skali, orang kecam kata saya anti FrogVLE. Walhal yang bercakap tu tak tahu bagaimana susah payah saya memperjuangkan FrogVLE di sekolah sendiri bila ramai yang menolak tapi dalam masa yang sama saya dapat tarik murid-murid saya untuk menggunakannya. Walaupun jenuh pegi sana sini bagi talk pasal FrogVLE, jenuh menulis, siap tulis modul bagai pasal Frog kat dalam blog ni, orang boleh judge saya anti FrogVLE. LOL! Tu lah contoh penilaian manusia. Allahuakbar! 

Kalau ikutkan, since 2015 ramai yang terlibat dengan Google Educator Group (GEG). Antaranya yang pioneer, Cikgu Normie Azura. Saya sendiri pun terlibat sebagai leader untuk Google Educator Group (GEG Ipoh) masa tu, dan sejak 2016, ramai GEG leaders yang dah ada sijil tauliah Google (GCE) level 1 & level 2 termasuk la saya. Pada tahun 2016 juga saya dan beberapa orang GEG Leaders di Malaysia ni dipilih untuk menjadi deligasi GEG Malaysia untuk ke persidangan antarabangsa GEG di Singapura... Ada gak beberapa event besar yang GEG kat Malaysia ni dah buat antaranya Seminar 3i... GEG leaders ni memang ada kat seluruh Asia. We are connected to each other. GEG bukan setakat kat Malaysia je... Sahabat-sahabat yang dah lama jadi leader GEG ni memang diam-diam je sekarang. Bagus! Mereka ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk... Ramai yang dah jadi Trainer pun. Tahniah, sahabat-sahabat sekalian! Bravo!

Bila beilmu, tak perlu nak jatuhkan orang, tak perlu nak bersaing, nak jadi the 1st la apa la... Nak laju-laju pun nak ke mana? Ke Akhirat juga akhirnya kan... Haha. Ilmu untuk dikongsi dengan semua orang, bukan setakat dengan kroni je. Ilmu Allah ni luas. Lagi banyak kau share, lagi banyak orang lain dapat manfaat, maka makin bertambah banyak ilmu di dada kau! Jangan ingat orang yang diam tu tak tau apa-apa dan jangan ingat orang yang riuh tu betul semua. Haaa dengar kakak cakap ni! Bhahahaha....

Just my two cents, rasanya orang yang kaki explore tentang ICT ni, mereka tak akan boleh stick kat satu benda je... Yela, setiap hari ada je apps & teknologi baru yang muncul... Memang akan teruja nak try! Tu belum masuk apps developer  'bakar line' suruh try apps itu ini lagi... Haha... Macam makanan la, kalau kita suka makan laksa pun, takkan hari-hari kita nak makan laksa kann... Mempelbagaikan pengetahuan & kemahiran ICT dalam diri dan murid kan ke lebih baik...  GC, GC juga... Tapi yang lain pun kita cuba apply sama dalam PDP hokayyy! Bagi budak-budak merasa... experience new thing! Giteww...


Untuk yang tengah menggelabah kelam kabut dengan GC, saya nasihatkan elok bersabar dulu kot. Setakat nak cuba, nak belajar... takpe... Rasanya tak perlu la sampai nak create ID murid bagai, better tunggu arahan KPM... Kalau betul KPM bagi ID kat semua murid dan guru nanti, kan ke jadi 2 kali buat kerja... So... Chill je! Haha... Rasanya team yang terlibat pun tengah sibuk uruskan tu... Tenang... Hehe...

Apa pun... Ni sekadar pendapat saya. Suka, suka.. Tak suka, tak apa! Saya lebih selesa berpijak di bumi yang nyata. Nak cerita bulan bintang tapi kalau sekadar fake, sekadar ikut orang, sekadar nak mengampu... Memang tak la. Not my style! Huhu. Buat je yang terbaik untuk murid, setting nawaitu elok-elok.

Kita bekerja kerana Allah bukan kerana nak nama, bukan sebab nak orang suka, nak popular, glamer, bukan kerana apa-apa. Kejar akhirat, dunia akan kejar kita! Giteww... Raikan perbezaan pendapat dengan baik, tak perlu kecam mengecam... Tak puas hati cakap depan-depan. Kutuk belakang pun tak guna sebab akan ada yang menyampaikan... So, better berdepan je... Sikap tak professional tu simpan kat rumah je. Jangan dibawak ke tempat kerja.

Alangkah baiknya kalau semua orang berpegang kepada 'What is right is right, what is wrong is wrong'. Kalau boleh pegang kata-kata tu, insyaAllah... berintegriti lah kita semua... Doakan saya ye! 

Nota kaki: Be careful of laughing at others for perhaps Allah might forgive their ignorance and not forgive your arrogance. - Dr. Bilal Philips

3 comments:

  1. telegram /whatsapp pun ramai guna...utk tujuan pdpc...hehehehe...

    ReplyDelete
  2. YESSS! Benar, kak! Telegram & whatsapp pun ada je cikgu guna dgn murid2 dorang..

    ReplyDelete
  3. kenapa takboleh login keGC?letih dah ni..asyik error 404 je..

    ReplyDelete