Cara Membuat Buku Mini 6 mukasurat Menggunakan Sehelai Kertas A4 (Mini Book) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 20 July 2019

Cara Membuat Buku Mini 6 mukasurat Menggunakan Sehelai Kertas A4 (Mini Book)


Assalamualaikum semua...

Hari ni saya nak share satu aktiviti yang saya buat bersama murid tempoh hari iaitu membuat mini book (buku mini) enam muka surat dengan hanya menggunakan sehelai kertas A4. Aktiviti ni kalau buat sekali sekala kat dalam kelas memang murid-murid suka. Belajar sambil-sambil berkreativiti, tambah-tambah kalau murid-murid yang kurang memberi tumpuan kat dalam kelas, ni salah satu cara nak bagi mereka aktif belajar. Semua bersemangat nak buat buku sendiri, nak design, dsb.



Okay, apa nak ditulis kat dalam mini book ni? Ni antara yang boleh dibuat...

1) Menulis cerita pendek - Minta murid cipta cerita pendek. 6 mukasurat je punn... Kemudian, minta mereka lukiskan gambar.. Alaa... Macam kat dalam buku cerita kanak-kanak. Setiap mukasurat ada gambar... Saya pernah buat dulu dengan murid, memang tak sangka, hasilnya memang awesome! Memang ada murid yang mampu berimaginasi dan dapat menghasilkan lukisan yang Wow!

Hasil kerja murid-murid Cikgu Norhanim Zainuddin. Thank you, cikgu sebab sudi share dengan saya gambar ni... :)

2) Senarai penjodoh bilangan / perumpamaan / proverbs / sayings dll beserta contoh ayat / maksud / gambar.

3) Nota ringkas tentang sesuatu tajuk yang diajar untuk subjek matematik ke, sains ke, sejarah dll.

4) Formula penting matematik.

5) Buku sifir. Minta murid catatkan sifir dalam buku tu.

6) Senarai kata kerja (verbs), adjektif, kata nama (nouns) dll...

7) Mini encyclopedia

8) Mini dictionary / kamus

9) Untuk tahap 1, mungkin boleh buat ikut tajuk... Let say, tajuk makanan, mungkin boleh minta murid create satu buku mini tentang favourite food mereka ke, fast food ke, healthy food dll...

Murid-murid SK Taman Megah, Petaling Jaya

Hasil kerja anak murid Cikgu Norhanim Zainudin, SK Taman Megah, Petaling Jaya

10)  Untuk seni, mungkin boleh buat untuk tajuk Jalinan... Satu mukasurat untuk satu jenis permukaan... Contoh, guna duit syiling, bakul, cermin tingkap, tapak kasut, kulit kerang dll.

11) Penulisan kreatif seperti pantun, poem dll.

12) Sesuai untuk catat point penting untuk dijadikan nota poket semasa musim peperiksaan bagi semua subjek. :)




Cara Membuat Buku Mini 6 mukasurat Menggunakan Sehelai Kertas A4 (Mini Book)

1. Edar kertas A4 kepada murid. Saya guna kertas bewarna. Cun sikit kan... Hehe... Sorang murid dapat sehelai kertas.

2. Lipat kertas untuk dapatkan 8 kotak seperti dalam gambar.

3. Bila dah dapat 8 kotak tu, buka kertas, lipat dua, gunting. (rujuk gambar kedua & ketiga).

4. Lepas dah gunting, buka semula kertas, lipat dua (memanjang) dan ikut buat macam kat gambar keempat. Siappp!

5. Murid boleh mula menulis, men deco dll dalam buku mini 6 mukasurat tu. Untuk menambahkan keseronokkan murid, just bagi kebebasan kat mereka samada nak guna stickers ke, nak lukis gambar ke corak ke atau pun nak guna pen bewarna warni... Yang penting, end product siap & objektif tercapai! :) Jangan lupa minta mereka design cover buku tu skali... Hehe...

Gambar 1 / Gambar 2

Gambar 3 / Gambar 4
Boleh rujuk video ni...


Nampak tak, benda simple je, buat buku mini je... Tapi ada banyak yang boleh dibuat dengan buku mini tersebut. Kena kreatif sikit je untuk cari tajuk-tajuk yang sesuai. Bab menulis, menghias, korang serah je kat murid-murid... Dorang memang suka buat benda macam ni. Fun & easy katanyaaa... Haha. 

Okay la... Nanti try buat dengan murid korang hokayy! Selamat mencuba! 

Nota kaki : It takes nothing to join the crowd. It takes everything to stand alone.

1 comment: