Koleksi Doa Untuk Majlis - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 22 July 2019

Koleksi Doa Untuk Majlis


Assalamualaikum gais!

Malam ni tengah sibuk-sibuk mengadap kerja kat laptop, terpandang kat satu post yang ditulis oleh my aunt, Zamrudah Hj Ahmad Rashidi kat FB. Beliau berkongsi link apps bertajuk "Mudah Doa Majlis" yang dibangunkan oleh rakan pensyarahnya, Ustaz Dr. Amiyamin. Bagi saya ia adalah suatu usaha yang baik. Yelah, ramai antara kita sekarang ni dah tak boleh lekang dengan handphone, elok sangat la bila ada koleksi doa dalam apps macam ni. Bila-bila nak guna, boleh tengok kat phone jer... Mudah! 


Memandangkan pembangun apps merupakan seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, saya lihat banyak doa-doanya sesuai untuk kegunaan majlis atau aktiviti di sekolah. Antara doa yang ada dalam apps ni adalah:-

Doa Pembuka Majlis

Doa Perhimpunan

Doa Mesyuarat

Doa Penutup Majlis

Doa Majlis Kecemerlangan

Doa Majlis Perlantikan

Doa Aktiviti

Doa Orientasi Pelajar Baru

Doa Majlis Restu Ilmu / Solat hajat

Doa Peperiksaan

Doa Hari Guru

Doa Majlis Pertunangan

Doa Majlis Perkahwinan

Doa Selamat

Yang menariknya, apps ni hanya perlu dimuat turun ke dalam handphone, dan boleh diakses serta dibaca secara offline. Bagi yang berminat, bolehlah muat turun aplikasi ni di Google Play Store


Semoga perkongsian ini menjadi saham akhirat buat Ustaz Dr. Amiyamin. Terima kasih, ustaz!

Nota kaki : Trust gets you killed, Love gets you hurt and being real gets you hated!

No comments:

Post a Comment