Cara Mudah Membuat Kad ID Guru & Murid - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 28 July 2019

Cara Mudah Membuat Kad ID Guru & Murid



Assalamualaikum semua...

Untuk admin yang sedang sibuk membuat agihan ID & katalaluan portal Digital Learning KPM kepada guru-guru dan murid-murid, salah satu cara yang boleh anda buat adalah dengan membuatkan kad ID untuk mereka. Walau bagaimana pun, untuk membuat kad ID bagi portal Digital Learning KPM, anda perlulah memastikan guru-guru sudah pun mengaktifkan akaun mereka terlebih dahulu. Bukan apa, nanti kad dah siap, rupanya password mereka dah berubah pulak... Kan... First time login memang semua user akan diminta untuk menukar katalaluan. Samada anda bantu mereka reset katalaluan dan setting katalaluan yang sama untuk semua atau pun anda juga boleh mengosongkan bahagian katalaluan dan minta mereka catatkan sendiri pada kad tersebut nanti. 

Okay, sebenarnya saya dah pernah share cara nak buat kad ID suatu masa dahulu. Tutorial bergambar... Mungkin ada yang pernah ikuti tutorial tersebut sebelum ni. Untuk buat kad ni tak la susah mana pun, cuma perlu sedikit kesabaran & ketelitian jer... Kebetulan ada kawan mintak tolong saya buatkan kad ni, jadi sempat la saya snap gambar untuk jadikan tutorial.

Boleh tengok kat bawah ni... Harap-harap korang faham dan dapat buat kad ID dengan jayanya... Hehe...

Langkah 1
Menyediakan data yang diperlukan dalam excel.

Katakan dalam kad tu korang nak letak nama, ID dan katalaluan, jadi korang kena sediakan data-data ni dalam excel. Kemudian, save file tersebut untuk di merge kan nanti. Rujuk gambar.


Langkah 2
Menyediakan template kad kat Word.

Klik pada Menu MAILING > LABELS > OPTION > NEW LABEL > BUAT SETTING SEPERTI DALAM GAMBAR > Klik OK > Klik NEW DOCUMENT



Langkah 3
Menambah template kad.

10 kotak sudah tersedia. Untuk menambah kotak, letak cursor dalam kotak yang terakhir, kemudian klik TAB pada papan kekunci. 

Tambah kotak mengikut bilangan yang diperlukan. Kalau nak buat kad ID untuk murid, pastikan kotaknya mencukupi mengikut bilangan murid... Kalau ada 100 murid, maka 100 kotak perlu dibuat sebelum kita pergi ke step seterusnya. Saya cadangkan anda buat kad ni mengikut kelas. Jadi tak la terlalu banyak kad dalam satu dokumen. Mudah sikit kita nak semak... Mana tau kot ada kesalahan ke kan...


Langkah 4
Menambah border, design & perkataan dalam kad.

Klik pada menu TABLE DESIGN > BORDERS > ALL BORDERS

Untuk masukkan logo sekolah / gambar, klik menu INSERT > PICTURE 

Untuk menambah perkataan, klik dalam kotak dan boleh terus menaip.

Dah siap design kat satu kotak, COPY semuanya dan PASTE dalam kotak-kotak yang lain.


Langkah 5
Memasukkan data dari Excel.

Klik pada menu MAILINGS > SELECT RECIPIENTS > USE AN EXISTING LIST > pilih fail Excel yang berkenaan (rujuk langkah 1)

Pada kotak yang pertama, letakkan cursor pada tempat data nak dimasukkan. Pada menu MAILINGS > INSERT MERGE FIELD > klik data yang diperlukan. 



Langkah 6
Menyiapkan proses merge data.

Pada menu MAILINGS > Klik UPDATE LABELS > PREVIEW RESULTS > scroll dan buat semakan. Kadang-kadang kalau ejaan nama yang panjang, berkemungkinan perlu diedit (kecilkan font). Setelah selesai menyemak, boleh klik FINISH & MERGE.

Langkah 7 
Mencetak kad

Setelah selesai, bolehlah cetak kad anda, potong dan laminate bagi cun. Kemudian, edarkan kepada semua guru/murid... :)

By the way, kad ID ni bukanlah suatu benda yang wajib ya... Terpulang kepada anda. Kalau ada masa & rasa rajin nak buat, silakan... Memang saya buat kad macam ni untuk semua guru dan murid di sekolah saya untuk memudahkan mereka mengingat ID & katalaluan akaun FrogVLE mereka sebelum ni... Saya boleh kata, Kad ID memang memudahkan urusan admin & guru/murid tu sendiri... Kurang la sikit masalah murid/guru terlupa ID/PW. Tapi apa pun, terpulang kepada korang laa...

Ada banyak lagi cara nak buat agihan ID & katalaluan kepada warga sekolah. Selain Kad ID, nak buat sistem carian online pun boleh... Kalau ada modal, nak tempah business card pun boleh... Untuk kad ID ala business card, tempah design kosong je, minta murid/guru salin ID/PW mereka kat kad tu. Banyak jer cara sebenarnya. Pandai-pandai la nak manage hokayyy...  Huhuhu...

                 

Kalau korang nak tempah kad ID ala business card, boleh try contact dua orang ni...  Cikgu Ron (One Touch Pride) Bukan bisnes kad je, nak tempah banner, baju sulam, button badge, label baju, macam-macam, boleh jer... Dia ni memang specialize dalam designing... Atau pun boleh try contact Cikgu Azza (Imaza Resources). InsyaAllah, hasil tak mengecewakan! 😊

**Klik pada gambar untuk hubungi mereka menerusi Whatsapp. :)

Semoga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu korang dalam menyediakan kad ID untuk warga sekolah. Actually ilmu yang dikongsikan ni bukanlah untuk hasilkan kad ID semata-mata, nak buat label buku murid-murid pun boleh jer guna kaedah yang sama... Hehe... Jangan lupa share ilmu ni kepada rakan-rakan yang lain juga ya. Take care, gais! Assalamualaikum... :)

Nota kaki : Don't change yourself so that other people will like you. Be yourself so that the right people will love you.

4 comments:

  1. masalah saya. nak login masuk pun tak dapat. error 404? pening dah

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum cikgu. sy buntu pada langkah 6. update label tak aktif. macam mana ya. bila preview, 1 muka surat kad tu id nama yg sama.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... dah berjaya. setelah beberapa kali percubaan. terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  4. Assalaamualaikum..saya juga tidak dapat klik update label kerana ikon tu tak aktif..kenapa ye?

    ReplyDelete