Modul Asas Penggunaan Portal "Digital Learning" KPM - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 31 July 2019

Modul Asas Penggunaan Portal "Digital Learning" KPM


Assalamualaikum semua!

Korang dah dapat ID Google Classroom? Hmm... Semua orang sibuk dengan Google Classroom tapi sebenarnya KPM telah menyediakan bukan sekadar Google Classroom sahaja tau! Yes, sekarang ni dah ada Portal Pembelajaran Digital KPM... Yang dah masuk, tau la... Kat dalam tu ada macam-macam aplikasi yang boleh digunakan oleh guru-guru dan murid-murid. Google Classroom is a part of it. Ada banyak lagi komponen lain termasuk e-library, buku teks digital dan lain-lain aplikasi. Penggunaan Google Classroom (GC) ni adalah sebagai salah satu tools dalam PdP.


Bulan Julai ni kalau ikutkan memang saya sangat-sangat sibuk. Jadual agak padat dengan mana nak menyemak exam paper percubaan tahun 6 dan di samping tu terlibat dengan aktiviti-aktiviti ko-akademik yang tak putus-putus dari hujung Jun sampai Sabtu baru ni... Dengan program ICT lagi... Hehe... Aktiviti senggang bersama sahabat dan keluarga di hujung minggu tanpa gagal... Yang ni memang acara wajib! Haha... Fuhhh! Penat... Serius... Memang penat. Tapi alhamdulillah, dalam kesibukkan, masih sempat saya siapkan Modul Asas Penggunaan Portal 'Digital Learning' KPM untuk dikongsikan bersama rakan-rakan guru yang lain. Allah izinkan, syukur! 

Bila team Fasilitator daerah request untuk saya buat modul, saya siapkan juga walaupun dalam tempoh 2-3 hari je. Yelah, masa tu kami baru je terima ID, ditambah pula dengan masalah saya takde akses ke akaun admin, memang agak sukar. Cabaran kepada saya! Terpaksa meminta-minta nak dapatkan ID sendiri. Tapi itu lah... Kalau Allah izinkan, biar susah macam mana pun, tetap kita mampu buat, mampu siapkan... Alhamdulillah, modul selesai dipandu uji oleh pegawai-pegawai JPN/PPD dan barisan fasilitator Negeri Perak minggu lalu. Suatu penghargaan kepada saya apabila mereka sudi menerima modul saya ni untuk dijadikan sebagai sumber rujukan. Alhamdulillah.


Bagi guru-guru yang berminat untuk menggunakan Modul elektronik (e-modul) tersebut, boleh la view kat bawah ni... Korang boleh guna untuk LADAP kat sekolah nanti. So, in case ada rakan-rakan guru yang memerlukan ilmu tentang Portal ni, share je link blog ni ya... :)


Untuk modul versi cetak, boleh klik butang download di bawah.

TIPS TAMBAHAN

1. Anda boleh menggunakan mode , ‘Incognito’ bagi browser Chrome, ‘InPrivate’ bagi browser
Internet Explorer (IE), ‘Private’ bagi browser Mozilla untuk melayari portal ‘Digital Learning’ KPM.
Anda juga boleh menggunakan keyboard shortcut CTRL + SHIFT + P.

2. Untuk login beberapa akaun pada laptop yang sama, boleh cuba guna kaedah Manage People In Google Chrome. Rujuk tutorial yang dikongsikan oleh Cikgu Ahmad Muzani dari SK Tualang Sekah. http://bit.ly/3137ypx

**Walau bagaimana pun, kaedah ini tidak begitu sesuai digunakan untuk murid (berkongsi komputer sekolah).

3. Cara terbaik adalah dengan melatih murid untuk clear history & cache setiap kali selesai menggunakan komputer. 

4. Bagi yang berminat untuk menghasilkan Kad ID guru/murid, boleh rujuk link ini untuk tutorial. http://bit.ly/312bmHI

Okay gais, semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat sedikit sebanyak membantu rakan-rakan guru yang lain dalam mempelajari & explore Portal Pembelajaran Digital KPM secara menyeluruh termasuklah asas kepada Google Classroom... Share la bahan ni supaya lebih ramai mendapat manfaatnya... Dapatlah saya kumpul pahala sikit-sikit... Huhu... Jangan lupa doakan kesihatan, kesejahteraan & kebahagiaan untuk saya. Thank you. Assalamualaikum...

Nota kaki : No matter how badly someone treats you, never stoop down to their level. Remain calm, stay strong and walk away. Pain makes you stronger, tears make you braver, heartbreak makes you wiser. Just let it go... Jalan terus!~

11 comments:

  1. salam cikgu link untuk buat kad tak aktif ....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, cikgu.. sy dah betulkan link tu..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Cikgu Raihan.kena khatam.dulu.

    ReplyDelete
  4. Selamat petang cikgu, saya tak dapat login link ini.Terima Kasih

    ReplyDelete
  5. Assalam cikgu. Saya memang menggunakan apa yang cikgu share untuk ladap sekolah saya. Jazakallah.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  7. Tqsm Raihan... For your nice awesome words

    ReplyDelete
  8. kenapa perlu guna incognito mode?..normal mode lebih menyenangkan..tak perlu re type everything semula

    ReplyDelete