Ko-Akademik : Tips Scrabble - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 1 August 2019

Ko-Akademik : Tips Scrabble


Assalamualaikum gais!

First post untuk bulan Ogos... Yeahhh! Haha... Saja nak berkongsi cerita tentang ko-akademik pulak... Yelah, korang buka blog ni asyik nampak cerita tentang ICT je kan...  Dah dua tahun sebenarnya saya terlibat aktif sebagai hakim ko-akademik Scrabble dan Pidato BI. Tahun ni saya dipanggil untuk menjadi hakim penulisan esei Piala di Raja juga. Saya anggap tu rezeki untuk saya menimba pengalaman disamping dapat meluaskan lagi 'connection' dengan guru-guru dari sekolah yang lain. Sorry, dalam post ni banyak gambar... Kenangan katanya... Haha... Tu pun saya tak masukkan semua pertandingan yang saya terlibat. Kalau masuk semua, korang menyampah pulak tengok gambar banyak-banyak  nanti.. Huhu...

Team Hakim Esei Di Raja Sek Rendah & Sek Menengah @ SK Marian Convent, Ipoh

Pertandingan Pidato di Raja @ SK Wirajaya, Ipoh

Untuk mereka yang menganggap menjadi hakim ni sebab dapat bayaran, anda silap! Token yang diberikan adalah dalam nilai yang sangat kecil jika nak dibandingkan dengan komitmen, masa, tenaga yang disumbangkan. Sometimes, duit minyak pun tak lepas kalau event tu jauh. Ada kala kita terpaksa balik lewat, especially macam game Scrabble, memang akan habis lewat... Satu game pun ambil masa hampir sejam. So, jangan salah faham ya. To me, benda ni more kepada passion kita dalam kerjaya. Saya memang jenis suka mencari pengalaman sebab melalui pengalamanlah saya belajar macam-macam. Belajar kendali event, belajar kenal hadi budi orang, belajar permainan Scrabble tu sendiri dan macam-macam lagi. Saya suka! :)

Pertandingan Scrabble Peringkat Negeri @ SK Perwira, Teluk Intan

Gambar atas : Encik Issam Bin Abdul Hai (PT Ko Akademik BI Negeri Perak) & Puan Morgiana (KPT Ko Akademik BI Daerah Kinta Utara)
Gambar bawah : Barisan pegawai & PT @ SK Pewira, Teluk Intan

Alhamdulillah rezeki bila dapat team yang awesome! Bukan apa, team yang best akan membuatkan kita bertambah bersemangat untuk bertugas kan... So far, walaupun saya baru join mereka 2 tahun, kami baik-baik saja... :) PT pun hebat-hebat belaka! Bravo kak Morgiana, Ketua Pegawai Teknik (KPT) Daerah Kinta Utara yang memang sentiasa friendly, memahami & peka dengan anak-anak buah dia... Memang sempoiii baq hang! I loiiikeee!~ Syabas, anda hebat, kakak!

Pertandingan Scrabble Peringkat Daerah Kinta Utara @ SK Pengkalan, Ipoh
Saya nak share tips untuk Scrabble pun tak dapat nak share banyak sebab setiap tahun, peraturan berubah-ubah. Cara main pun berubah. Contohnya tahun lepas kami main cara kalah mati... Tahun ni kami main ikut mata tertinggi. Yang paling tinggi mata diangkat sebagai pemenang. 

Ni antara tips yang boleh saya kongsikan berdasarkan pemerhatian saya terhadap murid-murid yang hebat bermain Scrabble... Boleh la try apply tips ni dengan team Scrabble sekolah korang... Hehe...


Pertandingan Scrabble @ SK Coronation Park, Ipoh

1) Most of good players dah biasa come out dengan 2-3 perkataan serentak. Mereka letak satu perkataan je, tapi bila digabung dengan tiles sedia ada atas papan, akan dapat 2-3 perkataan secara keseluruhan. Oleh kerana itu, mereka akan dapat banyak point.

2) Mereka tak akan tukar tiles yang bernilai tinggi. Selalunya mereka akan guna tiles-tiles yang bernilai tinggi ni untuk kutip point. Paling best mereka akan cuba letakkan tiles bernilai tinggi pada kotak-kotak yang istimewa untuk menggandakan point mereka.

Pertandingan Scrabble @ SK Kg. Pasir Puteh, Ipoh

3) Ada yang guna kaedah 'menutup jalan'. Letak perkataan pendek-pendek supaya pihak lawan tak dapat nak bina perkataan. Hahaha... Tapi selalunya jenis ni akan end up, mereka pun akan stuck juga... Hahahha... Akhirnya dua-dua team give up & terpaksa tolak mata tiles yang ada atas rack masing-masing.

4) Ada murid yang macam dah hafal kamus Scrabble. Serius! Yang ni memang saya sendiri kagum. Ada murid yang memang boleh hafal perkataan-perkataan mudah (2-3 huruf) yang memang pelik-pelik tapi wujud. Contohnya seperti 'QI', XI, AI dll.. Hebat! 👏👏 So, korang boleh la train murid korang hafal perkataan pelik-pelik macam ni ye... Tapi yelah, selalunya mereka ni memang dah biasa main. Mereka memang guna kamus Scrabble tu untuk dirujuk... 

5) Muka kena confident. Hahahah... Ada murid main letak je perkataan walaupun ejaannya salah. Tapi as judge, selagi pihak lawan tak pertikaikan, kami tak boleh buat apa-apa. Point tetap akan diberi. Pihak lawan kena alert sentiasa ya... Jangan terpedaya dengan muka confident mereka! LOL! 😂

Team Scrabble SK Rapat Jaya

6) Main laju-laju... Once mereka dah ambil tiles, pihak lawan tak boleh argue perkataan yang mereka letak. Jadi, ada team yang hebat, try main laju-laju sampaikan pihak lawan tak sempat atau pun tak perasan nak 'challenge' perkataan mereka. 

7) Selalunya ambil masa yang pantas untuk come out dengan perkataan. Walaupun pantas, tapi mereka teliti. Bila masa pihak lawan habis dahulu, mereka layak claim markah penalti masa dari pihak lawan...

8) Mengira mata dengan tepat. Nak main Scrabble kena pandai kira points. Murid-murid yang memang mahir, memang jarang tersilap kira walaupun mereka dapat 3-4 perkataan, memang depa kira habis! Hehe...

9) Most of the players, yang pergi sampai peringkat kebangsaan, memang main Scrabble hari-hari. Practice Makes Perfect. Ni ada link Scrabble online, boleh la kalau nak practice main... https://funkypotato.com/scrabble-online/ atau https://poki.com/en/g/scrabble-sprint Tapi bukan standard la... Setakat nak practice, boleh!

Pertandingan Scrabble @ SJKC Kg. Tawas, Tasek
Okay la, yang saya cerita ni sekadar berkongsi ilmu berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sahaja. Saya sendiri pun masih banyak yang perlu belajar. Hehe... 

Nota kaki : The key of being happy is knowing you have the power to choose what to accept and what to let go. - Dodinsky

No comments:

Post a Comment