Ruang Unik Sebagai Daya Penarik di Sekolah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 6 August 2019

Ruang Unik Sebagai Daya Penarik di Sekolah


Assalamualaikum semua...

Hai gais! Bulan lepas rezeki saya dapat pergi ke banyak sekolah... Saya dapati ada sekolah-sekolah yang mempunyai ruang khas yang menjadi daya tarikan kat sekolah tu. Ni antara yang saya rasakan menarik dan boleh dicontohi oleh sekolah-sekolah lain. Cuba tengok kot sesuai, boleh la try buat kat sekolah korang pulak! Hehe...

Yang ni Rumah Hantu yang asalnya diwujudkan semasa Hari Karnival sekolah ni tahun lalu. Walau bagaimana pun, pihak sekolah cuba untum mengekalkan Rumah Hantu ni untuk dijadikan sebagai sudut khas di sekolah. Memula lalu kat sini, memang terkejut jugak laa... Hahahaha... Yela, tetiba ada rumah hantu kan... Mau tak terkejut! Hahahah... Terima kasih kepada Tuan Guru Besar, Encik Azmi, PK Koko (berbaju merah) dan PK Pentadbiran, SK Pengkalan, Ipoh kerana sudi memberikan sedikit info kepada saya tentang Rumah Hantu ni... Saya ke SK Pengkalan Ipoh ni bulan lalu untuk Pertandingan Scrabble Peringkat Daerah Kinta Utara. 

Rumah Hantu @ SK Pengkalan, Ipoh

Yang kedua ni adalah kawasan SK Coronation Park, Ipoh. Sama juga, saya ke sini untuk bawa murid saya untuk pertandingan Scrabble sekaligus bertugas sebagai hakim. Sempat la ronda-ronda dalam sekolah ni... Sekolah ni terletak kat dalam pekan Ipoh, tapi saya boleh tersesat nak ke sini... Hahahaha... Agak ke dalam sikit. Dari jalan besar, memang tak nampak sekolah ni. Namun begitu, bila dah berada kat dalam sekolah ni, memang banyak benda yang saya nampak agak menarik... Antaranya backdrop untuk Speaker's Corner mereka. Lukisan 3D dengan sebuah basikal diletakkan di tepi dinding, memang awesome! Kena pulak dengan lantai yang dicatkan merah...  Wow sangattt!


Teng-teng yang bewarna-warni memang menarik la terutama di mata kanak-kanak! 😁


Yang ni pulak kat SK Kampung Pasir Puteh, Ipoh... Yes, sekolah ni kat kampung saya... Walaupun namanya Kampung, tapi hakikatnya sekolah ni kat pinggir bandar. Bukanlah dalam kampung pun... Saya tertarik dengan mural mereka ni... Walaupun sekadar cat hitam, nampak plain dan simple je, tapi cukup jelas perkataannya untuk membakar semangat murid-murid. Dari jauh dah nampak, AKULAH JUARA! Semangattttt! Yeahh.... Hehe...


Selain itu, sekolah ni juga menyediakan pusat pengumpulan kitar semula menggunakan tong seperti dalam gambar... Idea yang unik dan patut dicontohi!


Ruang santai murid-murid kat tepi dewan SK Kampung Pasir Puteh...


Okay, gambar di bawah ni kat sekolah saya sendiri... Sudut PPDA SK Rapat Jaya, Ipoh. Hasil kerjasama dengan pekerja sekolah, saya sendiri, kaunselor dan juga PK HEM yang dah transfer ke Kedah... maka terhasillah sudut ini... Alhamdulillah... Penjara ni terletak di bawah tangga... 😊


Yang ni mungkin nampak biasa jer tapi benda biasa ni la kalau dapat dibuat, akan jadi luar biasa. Terutama dari segi disiplin murid naik turun tangga. SJKC Kampung Tawas, Tasek menggunakan sticker macam signboard yang pantul cahaya untuk melabel pergerakkan turun naik tangga murid-murid sekolah ni...


Saya ke SK Marian Convent, Ipoh untuk menyemak esei Pertandingan Penulisan Esei BI Piala di Raja. Sempat la melihat-lihat kawasan sekolah ni... Yang menariknya sekolah ni ada landskap yang cantik dan bersih... Banyak betul taman... Sangat teratur & menenangkan! Ku lihat, hijauuuuu... I loiikkeee! 




Yang ni pulak kat SK Kuala Tahan... Gambar dikirimkan oleh Cikgu Nor Idayu... Terima kasih, cikgu! Sudut Bahasa Inggeris kat sekolah ni, memang letupppsss!




Sudut Speaker's Corner SK Kuala Tahan... ala-ala gazebo gituhhh... Cantik!


Next, di SK Panggau, Perlis menyediakan lanskap berkonsepkan Riyadhah Al-Jannah (Taman Syurga) di halaman Surau Dar Al-Falah... Menempatkan dua buah pusara contoh berbatu nisan lelaki dan perempuan yang dibangunkan berhampiran sebuah kolam ikan Koi. Dengan adanya kolam ni dapat menimbulkan suasana tenang di sekitarnya... Guru yang bertanggungjawab dalam membangunkan taman ini adalah Ustaz Mohd. Adnin Bin Yahaya... Terima kasih, Cikgu Marziati Binti Marzuki atas perkongsian gambar-gambar ni...



Banyak effort cikgu-cikgu untuk buat something awesome seperti ni... Bukan setakat effort je, tenaga, masa dan lain-lain juga... Oleh itu, kena la sentiasa didik murid-murid untuk tak merosakkan benda-benda yang dah dipamerkan supaya ianya dapat dikekalkan. 

Tahniah kepada semua sekolah yang memiliki satu atau lebih sudut yang WOW! Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru lain yang mungkin sedang mencari idea nak memperindahkan kawasan sekolah. At least bila orang luar datang, ada la something unique yang boleh nak ditunjukkan kepada mereka... Kann... Hehe... Saya percaya kat semua sekolah memang ada projek-projek yang menarik... Mural cantik ke bilik yang cantik ke... Memang ada! Keep it up, cikgu! Usaha yang baik! :)

Nota kaki : When you are content to be simply yourself and don't compare or compete, everyone will respect you! - Lou Zhu

No comments:

Post a Comment