Hiking di Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 25 September 2019

Hiking di Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah

Sabtu lalu, saya menghadiri Bengkel Augmented Reality (AR) di Alor Setar, Kedah. Sebelum pulang ke Ipoh, sempat saya singgah ke Gunung Keriang. Kalau ikutkan hasil carian Google, gunung ni tak ler tinggi mana pun. Dalam 217meter dari aras laut je. Namun trek yang mencabar sepanjang lebih kurang 800-1000m tu yang nak kami cuba daki, tapi tak berjaya. Lupa kali ni pergi bawak 2 orang budak kecik. Hahahaha... Misi gagal!


Hajat di hati memang nak panjat Gunung tu tapi apakan daya, masa memang mencemburi kami... Sampai kat situ lebih kurang jam 6.00 petang macam tu... Tu pun habis bengkel kelam kabut singgah Petronas salin pakaian & solat. Huhuhuu... Punya la semangat nak naik Gunung Keriang. Tapi oleh kerana dah agak lewat, ditambah pula dengan cuaca yang berjerebu, memang agak gelap kawasan di situ. Naik sikit je lebih kurang dalam 10-15 minit, kemudian terpaksa turun semula sebab tempat tu macam agak scary jugak... Hahahah... Bila tunjuk gambar kat kawan, kawan pun kata tempat tu nampak scary giler... Macam orang tak naik gunung tu. Laluan yang penuh dengan dedaun kering menutupi trek. 


Mungkin sebab dah lewat petang, jadi kami memang tak nampak mana-mana pendaki di situ. Satu lagi macam kelakar jugak sebab saya naik dengan handbag... Muahahaha... Memula okay tapi bila dah lama-lama rasa rimas pulak bawak beg tangan. Susah kita nak bergerak. Traveller kottt... Mana nak sorok handbag, nak tinggal dalam kereta kang kena pecah pulak. So, nak tak nak terpaksa la angkut sekali bawak naik atas. Hahaaha... 


Di awal-awal pendakian, trek memang selesa la. Trail pun memang jelas. Cuma, banyak daun kering, kena berhati-hati, takut licin... Pemegang pun ada, tak tau la kat atas ada pemegang ke tak sebab saya tak naik sampai ke puncak pun. Tapi rasanya memang ada pemegang sebab laluan ni laluan bertangga. Alhamdulillah, since dah masuk beberapa minggu konsisten mendaki, trek ni walaupun bertangga, rasanya boleh gagah laa... Cuma pada hari tu, memang tak dapat nak naik terlalu tinggi sebab keadaan gelap dan budak kecik dua orang ni pun dah mula rasa tak selesa dengan nyamuk dll. Yang sorang siap menangis-nangis ajak turun... Seram plak rasa! Hahaha... Rasanya better naik pagi-pagi kot... Tapi kalau tengok keadaan nyamuk kat situ, memang kena pakai repellent. Banyak weiii... Dengan handbag lagi, memang takleh bla.... Hahaha.... So, acah-acah mendaki lebih kurang 15 minit pastu kami pun turun semula. At least dah tau la, laluan kat sini bertangga & agak licin jugak... 


Sesiapa ada pengalaman naik Gunung Keriang, share dengan saya, please. Sebab saya ada intention nak repeat semula ni... Tapi cadang nak naik pada waktu pagi... InsyaAllah, kalau Allah izinkan, sampai la semula ke sana. Huhuhu... Doakan tau! 

Nota kaki : Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang... Dan segala aktiviti akan bernilai ibadah! InsyaAllah...

No comments:

Post a comment