Aplikasi VR Yang Sesuai digunakan Dalam Kelas - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 29 October 2019

Aplikasi VR Yang Sesuai digunakan Dalam Kelas


Hai gais! Assalamualaikum...

Korang pernah guna VR box tak? Erm... VR Box ni kalau dapat guna sesekali kat dalam kelas, memang best weihh... Budak-budak memang suka sangat dengan benda ni. Saya memang dah guna benda ni beberapa tahun dah dalam kelas. Bukanlah hari-hari tapi ada la bagi budak-budak saya merasa guna benda ni... Memang semua teruja!

Ni contoh VR Box. Ada macam-macam jenis lagi heh... Ni salah 1... 

Atas tujuan apa nak guna VR ni dalam kelas? Okay, memang VR ni banyak yang berunsur games. Tapi ada juga yang educational. So, gunakan la yang related dengan tajuk pengajaran. Saya ada gak guna yang games, saya jadikan sebagai 'reward' kepada murid-murid yang berdisiplin ke, yang dah siapkan kerja ke... Memang ramai akan berusaha keras nak main, jadi VR apps ni jadi macam motivasi kepada mereka untuk perform dalam kelas. Gituhhh! Selain itu, untuk matapelajaran bahasa, mungkin boleh minta murid menyenaraikan perkataan/adjektif/dll (melalui apa yang mereka nampak). Hmmm... Boleh gak try buat aktiviti bercerita.

VR ni bukan sekadar apps yang kita download kat telefon, tapi juga kita boleh tengok video-video VR dalam Youtube! VR ni best untuk aktiviti eksplorasi & pemerhatian... Selain itu, boleh guna VR box untuk lawatan sambil belajar. 

Ni antara aktiviti yang pernah saya jalankan dengan murid menggunakan VR Box. 


Berikut adalah senarai VR apps yang berunsur edukasional & saya rasa agak sesuai kalau nak digunakan di dalam kelas. Try cari kat Apps Store / Google Play Store, download kat handphone korang okay... Pilih la mana yang sesuai dan kena dengan citarasa korang hehh...  Boleh search sendiri, taip je VR, insyaAllah akan tersenarai semua apps VR yang ada, pilih je mana nak... :)

1. Youtube

Taip je VR videos... bersepah wehhh... macam-macam ada! Ni contoh... Launching the Atlas-V Starliner Rocket 360 VR Space Video.


2. Google Expedition

3. Discovery VR

4. In Mind VR

5. VR Ocean Aquarium 3D

6. Moonwalk VR

7. Sea World VR

8. Titan of Space

9. Solar System VR

10. VR Mars

11. Jurassic VR

12. Virtual Tee

Yang ni memang gempak giler... Cuba tengok video kat bawah ni... Kalau boleh beli sehelai T-shirt tu untuk mengajar Sains, Fuhh! Ohsemm weihhh! Ohsemmm!


13. VR Skydiving Simulator

14. VR Diving Pro - Scuba Dive

15. VR Bungee Jump Pro

16. VR Wire Walking 

17. InCell VR

18. InMind 2 VR

19. Jellyfish VR

20. VR Forest Jungle 3D

21. VR Nature Scenery

22. VR Outer Space

23. VR Travel

24. VR Surfing Pro

25. Kuching VR 

Yang ni pun macam menarik... Untuk explore Kuching... Untuk subjek BI tahun 5, ada belajar pasal Sabah Sarawak... Boleh la guna apps ni untuk bagi murid explore Kuching walaupun setakat kat dalam phone jer...

Ni screenshot apps tu... Siap ada penerangan tentang lokasi... Hehehe...
Okay gais. Semoga perkongsian ini bermanfaat hendaknya. Btw, kalau nak guna apps yang disenaraikan tu, make sure korang ada VR Box ye... Takde VR Box pun tak guna juga nak ber Virtual Reality bagai... Hahahah... Babai gais! Take care. Jangan lupa doakan saya. Assalamualaikum...

Nota kaki : "Jika Allah tidak mencintai kamu, Dia tidak akan campakkan ke dalam hati kamu satu perasaan kepedihan (menyesal dengan dosa)." - Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri

No comments:

Post a Comment