Cara Membina Kuiz Dengan Setting Auto Markah Untuk Google Form - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 1 October 2019

Cara Membina Kuiz Dengan Setting Auto Markah Untuk Google Form


Assalamualaikum semua...

Dah lama rasanya saya tak buat tutorial... Mood blogging agak kelaut... Huhu... Okay la, hari ni saya nak kongsikan cara bagaimana korang boleh membina soalan menggunakan Google Form dan korang boleh setting siap-siap jawapan. Jadi, bila murid menjawab, mereka boleh terus dapat markah secara automatik setelah selesai menjawab.

Kelebihan menggunakan Google Form untuk menguji kefahaman murid adalah :-

1) Paperless

2) Self Access Learning - Murid boleh belajar sendiri / semak jawapan sendiri.

3) Guru boleh menyediakan feedback untuk setiap soalan.

4) Murid boleh menjawab dengan menggunakan telefon / tablet / komputer. Soalan boleh diakses dari pelbagai peranti.

5) Berkongsi soalan dengan sekolah / murid dari sekolah lain.

Cara Membina Kuiz Dengan Setting Auto Markah Untuk Google Form (Menerusi Google Classroom)

1) Buka Aplikasi Google Classroom, masuk kat kelas yang korang dah create sebelum ni.

2) Pergi ke menu Classwork > Create > Quiz Assignment


3) Lengkapkan menu title, instruction, point, due, topic. Kemudian klik, blank quiz & mula membina soalan.


4) Masukkan tajuk, taip soalan. Klik butang (+) untuk menambah soalan. Nak masuk video, gambar dll pun boleh... Untuk tukar bentuk soalan, klik kat Multiple Choice tu... Kat situ korang boleh pilih nak soalam struktur dengan short answers ke atau nak jawapan panjang (paragraph) ke... Ikut laa... 


5) Kemudian klik answer key untuk memasukkan jawapan yang betul. Masukkan jumlah point yang dikehendaki. Korang boleh klik kat Add Answer Feedback untuk letak feedback untuk setiap jawapan betul/salah... 



6) Okay bila soalan dah siap, korang bolehlah share soalan tu dengan murid korang... Klik butang Send,  kat send via, korang klik link... Klik shorten URL... Copy URL tu, bagi la kat anak didik korang... Hehe...


7) Yang ni optional... Nak ubah, boleh ubah. Tak nak, tak payah! Kalau nak kasi cun sikit, boleh edit theme. Klik kat icon pallete tu. Tukar la warna latar ke nak letak gambar ke apa ke... Gituhh... Hehe...


8) Kalau korang nak data pengenalan diri pun boleh jer... Sediakan je soalan untuk murid jawab. Contohnya nama mereka, sekolah ke... apa ke... Ikut la... Andai kata soalan ni ke bawah, korang boleh drag ke bawak naik ke atas hokayy!


9) Untuk lihat respon murid-murid korang, klik kat Response. Kat situ korang boleh tengok semua data/jawapan mereka. Nak tengok dalam bentuk spreadsheet pun boleh... 


Cara Membina Kuiz Dengan Setting Auto Markah Untuk Google Form (Menerusi Google Drive)

1) Buka Google Drive > New > More > Google Form > Blank Form


2) Klik icon setting > Klik Quizzes > Make This a Quiz > Save


3) Okay, sekarang korang dah boleh nampak button Answer Key muncul kat Form korang... Boleh la terus membina soalan... Hehe... 


Paparan Murid

Ni contoh paparan pada peranti murid korang... Mereka boleh request untuk send a copy of responses & boleh view score gak... 



Okay, macam mana? Senang je kan? Hehehehee.... Selamat membina soalan, kawan-kawan! Boleh letak link soalan yang korang buat kat ruangan komen... Sharing is caring katanya kannn... Share la kot kot bermanfaat untuk murid-murid di sekolah lain, korang gak yang dapat saham akhiratnya kannn... Hehee... Babai, gais! Assalamualaikum... 😉

Nota kaki : Biar apa yang kita buat, Allah redha. Biar apa yang kita buat, memberi manfaat kepada setiap manusia. Tak boleh jadi baik, jangan jadi jahat!~

10 comments:

  1. https://forms.gle/rMBBXDFjWaWRB9dn9

    ReplyDelete
  2. Tksh Cg Raihan atas perkongsian.sgt bermanfaat..

    ReplyDelete
  3. mcm mana nak tahu markah diorang yer?

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum.
    Thank you for sharing.
    Stay at home...

    ReplyDelete
  5. terima kasih dan sgt membantu

    ReplyDelete
  6. Terimakasih cikgu Raihan keranakongsi ilmu,

    ReplyDelete
  7. Terima ksih di atas perkongsian yg amat baik

    ReplyDelete
  8. Salam..nk tanya, kalau kita x nak murid jawab byk kali...nk sekali response je....mcmmana ye..

    ReplyDelete
  9. Macam mana nak set jawapan yang betul bagi jawapan bertulis ye?

    ReplyDelete