Permainan Dalam PdP Yang Simple & Awesome! - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 13 November 2019

Permainan Dalam PdP Yang Simple & Awesome!


Assalamualaikum...

Halluuu gais! Haritu saya dah share 12 permainan dalam PdP yang mudah dan ringkas untuk dijalankan bersama murid. Okay, hari ni saya nak sambung lagi. Ada 13 lagi permainan yang simple gilerrr but yet memang meaningful dan budak enjoy! Saya memang suka benda-benda yang simple je sebab mudah nak laksana... Takde nak pening fikir macam-macam persediaan. Asalkan benda tu menarik, budak suka dan pembelajaran berlaku dengan jayanya, saya dah cukup happy dah... Hehe.

Ni antara permainan yang korang boleh try...


1) Impromtu M&M's 

Minta murid ambil sebiji coklat M&M's. Satu warna mewakili satu soalan... Kalau takde M&M's, boleh jer ganti dengan gula-gula...

Contohnya:-
Merah- tell the class about your school holiday
Biru - tell the class about your favourite movies
Kuning - Ceritakan pengalaman kamu pulang ke kampung pada cuti sekolah yang lalu.

Nak bagi murid-murid lebih excited, cuba try bagi m&m's yang lain sikit... boleh tengok kat sini... https://shope.ee/409h90lPnS

macam-macam flavour ada... salted caramel, almond, brownies... perghhh... sedap! 🤤





Nak cari gula-gula murah, boleh tengok kat sini https://shope.ee/ftFAcvyUq



2) Fake Scrabble / Sahibba palsu

Murid tulis perkataan, murid lain sambung macam main scrabble kat whiteboard. Tak perlu lukis kotak. Tulis je perkataan tu terus.

Sumber : Pinterest

3) I spy

Yang ni boleh main berdua. Pair work -
Contoh :- I spy with my little eyes, something big that start with letter 's'...



4) Bingo

Bagi 25 perkataan ikut tema - percutian, dusun, kemalangan, ikut tajuk karangan pun boleh...
Contoh perkataan untuk percutian :- kereta, bertolak, Cameron Highlands, berhenti, tiba, dll...

Minta murid susun perkataan dlm kotak (5x5). Guru sebut perkataan, murid bulatkan... Murid pertama yg dapat BINGO... Menang!

5) Untuk literature (poem) / pantun - rhyming words

Menyenaraikan perkataan yang bunyi akhirnya sama... Word family - cat, hat, bat, mat etc

6) Unscramble words

Susun huruf jadi perkataan.

7) Rearranging sentences to form paragraph

Susun ayat menjadi perenggan.

8) Rearranging words to form sentences

Susun perkataan menjadi ayat.


9) Imagination game / Imaginasi...

Guru memulakan ayat seperti Minggu depan cuti sekolah akan bermula. Saya bercadang untuk....

Teacher starts a sentence like It's my birthday and I would like to buy...

Boleh buat secara lisan atau bertulis aktiviti ni... 

10) Pick me up!

Gulung kertas, dlm ada perkataan tertentu, murid kena buat ayat dengan perkataan tersebut. Untuk Matematik, mungkin boleh tulis soalan... Simple questions yang budak boleh congak je... 

11) Tagging

Guru tulis tema - murid tulis perkataan ikut tema kat sticky notes, tampal kat badan. Murid-murid kena sebut perkataan berkenaan dengan tema yg diberikan. Contoh:- Tajuk cuaca... Budak senaraikan jenis cuaca; panas, salji, bunga dll. Untuk aktiviti listing laa... macam buah ke haiwan liar ke apa-apa laa...

12) Charades

Gulung kertas. Dalam kertas tulis something untuk murid lakonkan. Murid lakonkan mengikut tajuk yang diperolehi.  Lakonan tanpa suara. Contohnya, simpulan bahasa, tangan panjang, buah hati etc... Bahagi murid dalam kumpulan, kumpulan yang meneka dengan betul, dapat point. :)

13) Aktiviti menggunakan akhbar atau majalah

Kalau di rumah ada surat khabar atau majalah-majalah yang mungkin dah tak nak, boleh buat macam-macam aktiviti tau... minta murid bawak pun boleh juga... Jemput baca post saya 15 CARA KREATIF PENGGUNAAN AKHBAR DALAM BILIK DARJAH

Okay, cukup setakat ni dahulu... Nanti kalau ada lagi permainan lain, saya akan kongsikan dalam post akan datang... Bagi yang belum sempat tengok post saya yang terdahulu, boleh klik kat link ni... 12 PERMAINAN DALAM PDP YANG RINGKAS & MUDAH. Semoga bermanfaat! Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan pendidik yang lain. Doakan saya, gais!~ Babai...

Nota kaki : Siapa yang mengingatkan kamu kepada kebaikan maka dengarkanlah, sebab kebaikan juga tak selalu keluar dari mulut orang yang kamu anggap baik.

3 comments: