Cara Untuk Mengenali Fake Account Facebook - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 7 December 2019

Cara Untuk Mengenali Fake Account Facebook


Assalamualaikum semua!

Hai gais! Baru-baru ni apabila post saya tentang Kandungan Fail RPH 2020 viral di Facebook, akaun  saya dihujani dengan Friend Request dari Fake Account. Agak menakutkan maklum la kita kan pompuan, risau la jugak bila Fake Account datang berjemaah add kita kat Facebook. Since saya aktifkan butang Follow, jadi sesapa yang hantar Friend Request kepada saya, akan automatik menjadi follower saya... Memang cuakk weiii... Tambah-tambah bila ada yang like gambar-gambar lama, post lama, scary giler... Nampak sangat dorang stalk akaun kita. Huhuhu... Kalau saya terperasan, memang saya akan block je terus jenis yang macam ni. 

It's not about dia like status / gambar ke apa. It's just faktor keselamatan, sebab kita tak tau apa niat stalker ni. Kalau niat baik, takpe... Bimbang ada niat yang tak baik jer. Tapi rasanya kebarangkalian untuk niat tak baik tu sangat tinggi, sebab kalau niat baik, selalunya orang akan direct je dengan kita. Tak perlu guna Fake Account kott... kann... Hati-hati gais! Ada kes dimana Fake Account ni gunakan nama kita untuk pinjam duit dari kawan-kawan kita... Sebab dia dah kenal pasti kawan-kawan yang rapat dengan kita, jadi dia acah-acah menyamar jadi kita, jadi sedara kita la.,, Macam-macam taktik dorang ni... buat-buat nak pinjam duit la apa la... Bahaya weihh! So, lepas ni kalau ada yang tetiba terima mesej yang kononnya dari saya, nak pinjam duit ke apa ke, sila abaikan! I'm not the type yang pinjam duit kat orang. Harap maklum ya gaisss!

Ada yang tanya saya macam mana nak detect Fake Account kat Facebook... Okay, ni antara cara-cara untuk korang detect Fake Account. 

1) Instinct - Kata hati kita...
Kadang-kadang instinct kita dah boleh rasa akaun tu akaun palsu... So, takyah accept. 

2) Study gambar-gambarnya...
Kadang-kadang Fake account tak letak gambar mereka. Ada jugak yang dah mahir buat fake account, mereka ceduk gambar-gambar orang lain... Kadang-kadang siap ada 4-5 gambar kat macam-macam tempat... Nak yakinkan kita la kononnya tu. Haha... Saya pernah terima Fake Account guna gambar ustaz. Gambar depan kaabah, dalam office, kat kereta besar... orang kaya... Hahahahaaa...

3) Lihat Mutual Friend
Kadang-kadang dorang ni sangat licik tau. Dorang dah add siap-siap kawan-kawan kita. Kita pulak bila dah nampak ada kawan kita dalam friendlist dia (mutual friends), kita percaya yang orang tu baik... Silap! Sentiasa hati-hati untuk accept friend request okay! Tak kenal, tak payah accept. Unless kalau kita memang dah check, memang dah tau dia ni siapa, then, okay la kalau nak berkawan kat FB... Sometimes kalau rasa curiga, elok tanya direct dengan mutual friends samada mereka betul kenal dengan orang yang hantar friend request kat korang tu ke tak... Kalau dorang pun tak kenal, rasanya better tak payah accept! Titik.

4) Dulu Mat Salleh, skang ni orang Melayu pun ada
Dulu Fake Account ni banyak pakai muka mat Salleh tapi skang ni mereka dah advanced. Dah pandai! Hahaha... Dorang skang ni pakai gambar orang Melayu demi nak meyakinkan kita. Entah gambar siapa dorang ambik, kita pun tak tau... So, hati-hatilah...

5) Check LIKES / FOLLOWING / GROUPS
Kadang-kadang ada Fake Account yang acah-acah letak gambar profil orang Melayu, tapi bila check kat likes dengan following, kantoi dorang sebenarnya bukan orang Melayu... Hahahha... Nampak dorang Likes orang-orang dalam negara dorang, follow berita negara mereka... Kadang-kadang bukan bahasa yang kita tau, entah dari negara mana pun tak tau... Memang kantoi laa kalau check kat sini... Hahahha... 


6) Akaun panas!
Akaun baru je create 2-3 hari dah add kita. Ehhh! Sesuatu sangat kannn. Friends pun ada 2-3 orang je... Yang ni kena hati-hati hokayy... Sebab kalau ikut logic, bila kita create account, kita akan add orang-orang yang kita kenal terlebih dahulu. Family ke kawan ke... Kan kan kan... 

7) Dia PM kita 
Ada kebarangkalian dia akan PM kita... Tanya macam-macam, nak berkenalan la apa la... Masa ni korang mungkin boleh perasan dia guna Google Translate kalau dia memang orang asing. Hehehe... So, masa ni, terpulang korang nak melayan ke tak. Macam saya simple je, memang tak layan! Tak sempat pun ye, busy je selalunya. Huhu... Nak sembang dengan kawan-kawan, telegram/whatsapp je terus kann... Memang jarang bukak FB messenger.. Hehe...

8) Study profile / newsfeed betul-betul
Bila terima friend request, jangan terus accept. Study dulu profile mereka betul-betul. Tengok previous post mereka tentang apa. Kalau rasa mencurigakan, takyah la accept friend request tu... Dah banyak sangat kes macam-macam skang ni. Punca dari Facebook je, orang boleh kehilangan ribuan ringgit, nama baik boleh terjejas (contoh kalau dia pegi pinjam duit, jual nama kita... Memang nama kita la yang buruk!), dan macam-macam lagi masalah boleh timbul. 

9) Tengok siapa yang like post mereka
Selalunya kalau fake account, takde sapa like atau pun geng-geng Fake dia jugak yang like post dorang... Hahah... Yang ni korang kena rajin jadi stalker untuk check... Hahahah... 

10) Check kat Google Image
Yang ni kalau korang rajin, save gambar profile mereka dan try cari kat Google Image. Kalau dorang just ambik guna gambar orang lain, maka akan terpampanglah segalanya di situ nanti... Ni korang kena jadi stalker level tahap gaban dah ni... Hahahah... 

Okay, cukuplah 10 point dulu... Kang lelebih korang malas nak baca pulak kannn! Haha... Ingatttt! Yang mana mencurigakan, report kepada Facebook & block je terus. Jangan tunggu-tunggu... Keselamatan diri perlu dijaga walaupun sekadar atas talian sahaja. Hati-hati, gais!~ Accept Friend Request dengan berhemah hokayyyy!

Nota kaki : Apabila manusia meninggal dunia, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga... sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya... H.R Muslim

No comments:

Post a comment