Edublogger Meetup #2 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 9 December 2019

Edublogger Meetup #2


Halluuu people! Assalamualaikum...

Minggu lalu, masa cuti sekolah saya terisi dengan aktiviti Edublogger Meetup #2 yang berlangsung di Apple Malaysia Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali kedua saya menyertai perjumpaan blogger-blogger pendidikan tak kira la samada yang baru nak menulis atau pun memang dah mempunyai blog sendiri. Saya nampak usaha untuk mengadakan program seperti ini adalah baik dan patut diteruskan lagi. 

Ni Edublogger meetup kali pertama, tahun lalu di Magic, Cyberjaya

Kali ini, beberapa orang blogger pendidikan hadir bersama untuk berkongsi ilmu blogging dengan rakan-rakan guru yang lain. Antaranya adalah admin cikgushare.com, Cikgu Ayu (cikguayu.my), Cikgu Razif (cikgusiber.com), Cikgu Hailmi (cikguhailmi.com), Cikgu Herry (mudahmengajar.com), Cikgu IK (cikguik.com), Cikgu Zaki (bmspm.net), Cikgu Azhar (cikguazhar.com), Cikgu Diana (allaboutscience-cikgud.blogspot.com), Cikgu Fatin (ticerindehaus.blogspot.com), Cikgu Fendy (cikgufendy.com) dll. Bukan guru jer yang join, ada jugak pegawai pendidikan dari PPD & BTPN yang turut hadir bersama. Antaranya Encik El Gamillo (cikguel.com) & Encik Faruze (cikgufaruze.com). Ohh ya, Encik Idris, admin idrisz.my pun join jugak tau!

Sumber Gambar : Group Telegram Myedublogcommunity

Antara aktiviti yang dirancang adalah sesi keynote speaker oleh Cikgu Hailmi. Beliau berkongsi pengalaman blogging yang dah pun masuk 7 tahun. Sesi Forum juga diadakan untuk berbincang dan mengemukakan pandangan khususnya dalam bidang blog pendidikan. Antara panel yang dijemput adalah admin Cikgushare.com, saya sendiri mewakili blog raihanjalaludin.com / raihanstory.com, Cikgu Herry yang mana merupakan admin mudahmengajar.com dan Cikgu Zaki pemilik blog bmspm.net. Banyak jugak laa tajuk yang dibincangkan, termasuk luahan perasaan dll... Hehe... Saya memang cukup kagum dengan Cikgu Zaki yang telah terlibat dalam dunia web selama lebih 20 tahun. Fuhhh! Hebat cikgu ni kekalkan momentum untuk maintain laman webnya.

Gambar ni diambil dari lensa siapa, saya kurang pasti... Terima kasih ya.

Selain itu, para peserta juga telah dibahagikan dalam kumpulan kecil untuk duduk bersama mentor  masing-masing bagi membincangkan dan membantu tentang pelbagai isu blogging termasuklah dari segi pemilihan domain, susun atur widget, tajuk penulisan dll.

Beberapa orang blogger juga telah diberikan slot untuk membuat perkongsian ilmu blogging dengan peserta-peserta yang hadir. Antaranya, saya sendiri berkongsi tentang bagaimana untuk viralkan post di media sosial Facebook. Admin Cikgushare.com berkongsi pengalaman beliau mengendalikan page Cikgushare, menyediakan memes sebagai hiburan untuk para pendidik dan bagaimana beliau berusaha untuk mendapatkan pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan pendidikan agar guru-guru dapat merujuk pada sumber yang tepat. Cikgu Zaki dengan perkongsian bagaimana beliau maintain blog selama lebih 20 tahun, pengalaman bagaimana bahan 'diceduk' dan digunakan tanpa kebenaran dan macam-macam lagi... Ada juga perkongsian pengalaman oleh Cikgu Ayu & Cikgu Idris. Cikgu Ihzam pula berkongsi tentang blog mesra Google. Best kannn! Haaa... Next year jangan lupa join hokayy! Hehe...


Dah nama pun buat program kat tempat Apple, dah tentulah kami diberikan peluang untuk explore beberapa aplikasi istimewa yang ada dalam iPad. Kami juga diajar untuk menghasilkan lukisan menggunakan Apple Pencil & iPad. Memang teruja jugak la... Haha... See! Nampak tak program ni bukan sahaja berfokus kepada blogging tetapi para peserta juga diberikan peluang untuk hands on dengan iPad yang disediakan. Siap boleh pinjam bawak balik iPad tu, haaa... Kau rasa!~ Haha... Memang best laa... Tahniah la kepada Cikgu Razif, Cikgu Azhar dan Cikgu Ihzam atas usaha merealisasikan program seperti ini. Congratulations, guys!

Acara kemuncak sebelum program tamat, adalah acara yang sememangnya ditunggu-tunggu... Acara Lucky Draw! Hahaah... Alhamdulillah, berkat usaha gigih pihak penganjur mencari sponsor, nampaknya semua peserta dan penceramah jemputan merasa membawa pulang buah tangan. Pelbagai hadiah disediakan termasuk kit Sains, buku, tudung, t-shirt dll.


Rezeki untuk saya kali ini kerana berjaya membawa pulang Grand Prize iaitu sebatang Apple Pencil. Alhamdulillah... Huhuhu... Nampak gaya macam nak kena cari iPad sebijik... Yela, penselnya dah ada, kertasnya (iPad) saya takde... Kena mula menabung laa nampaknya... Huhu... Doakan ye! Kalau ada yang nak buat cabutan bertuah iPad, boleh PM tepi... Kita nak join. Mana tau kot boleh dapat sebijik iPad plak kan... Hahahahha....

Untuk yang serius nak join & mendapatkan info-info tentang komuniti Edublogger Malaysia ni, boleh sertai Group Telegram http://t.me/myedublogcommunity

Nota kaki : Tidaklah manusia mendapat apa-apa melainkan apa yang dikerjakannya. (Surah An-Najm : 39)

No comments:

Post a Comment