Cara Merakam Skrin Iphone / Ipad Dengan Mudah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 15 February 2020

Cara Merakam Skrin Iphone / Ipad Dengan Mudah


Assalamualaikum...

Hi guys! How's your day? Harap semua sihat dan baik-baik sahaja ya... Hari ni cuti, jadi kita manfaatkan masa untuk membuat perkongsian di sini... Alhamdulillah... Allah izinkan... 

Untuk hari ni, saya nak kongsikan cara mudah untuk pengguna Iphone / Ipad dengan IOS 12 ke atas ye... Mudah sangat tauu! So, lepas ni korang boleh la rakam skrin korang untuk buat tutorial ke perkongsian apps ke apa-apa la yang bermanfaat, boleh share dengan sahabat-sahabat yang lain kat Youtube / Facebook... Tak perlu guna apps tambahan. Fungsi ni memang sedia ada dalam Iphone / Ipad korang.

Begini caranya ya nak rakam skrin (record screen Iphone / Ipad) :-

1. Pastikan Iphone / Ipad korang telah di update ke IOS 12 dan ke atas.

2. Pergi kat Setting - Control Center  - Customize Control - More Control - Klik butang tambah (+) pada Screen Recording.

3. Setelah selesai, swipe skrin untuk keluarkan menu seperti dalam gambar di bawah.


4. Tekan butang Rakaman selama beberapa saat dan On kan butang Microphone. Kalau nak rakam tanpa bunyi, biarkan mic tu Off ya...


5. Untuk off Screen Recording tu, korang tap pada status bar yang warna merah tu ye... 

Rakaman tersimpan di Photos. Boleh cari kat Photos ye... Yayy!~

Untuk panduan menerusi video, boleh tonton kat bawah ni ye...

https://youtu.be/lJSEd6oNOKE


Okay gais, semoga ilmu yang dikongsikan ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan juga kepada rakan-rakan yang lain. Babai... 

Nota kaki : Di batas kemampuan seseorang, ada level pasrah yang melebihi ikhtiarnya. 

No comments:

Post a Comment