Cara Menggunakan Google Classroom (Dalam Bahasa Cina & Bahasa Melayu) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 19 February 2020

Cara Menggunakan Google Classroom (Dalam Bahasa Cina & Bahasa Melayu)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hai gais! Semua dah mahir guna Google Classroom ke ni? Alhamdulillah, baru-baru ini seorang rakan saya, Cikgu Ang Kong Yew, Penolong Kanan HEM, SJKC Yu Hwa, Kota Tinggi, Johor sudi berkongsi tutorial yang dihasilkan olehnya. Dimaklumkan, beliau juga telah merujuk blog Ustaz Huszarudin dalam menyediakan tutorial ini. Tutorial ni dalam dwibahasa tau, Bahasa Cina & Bahasa Melayu... 

Sekolah ini turut merancang program khas di mana program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik disamping menggalakkan penggunaan Google Classroom dikalangan murid-murid dan guru-guru. Program tersebut merupakan Program Celik Minda di sekolah ini... Haa, apa lagi, sekolah lain boleh la ambil idea sekolah ni... Buat kat sekolah korang pulak! Hehe... Benda baik, why not kita contohi... Kan... 😊


Tahniah diucapkan kepada Puan Chin Siew Chin, Guru Besar SJKC Yu Hwa dan semua guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan program. Kreatif dalam mencari jalan untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid yang mana salah satunya adalah dengan menggunakan platform Google Classroom. Berikut adalah tutorial yang dikongsikan kepada kita semua... Boleh klik butang download untuk muat turun nota ya...



Semoga bahan ini bermanfaat untuk semua. Kalau korang ada program khas menggunakan Google Classroom, boleh share kat ruangan komen... Mana tahu, boleh jadi contoh dan ikutan kepada sekolah-sekolah lain... Kann! Hehe... Take care semua! Bye...

Nota kaki : What matters most is how you see yourself!

No comments:

Post a comment