Cara Menuntut Wang Tak Dituntut - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 20 March 2020

Cara Menuntut Wang Tak Dituntut


Assalamualaikum gais!

Alhamdulillah, rezeki hari Jumaat bila claim saya untuk Wang Tak Dituntut (WTD) telah pun berjaya masuk ke dalam akaun bank saya... Dah masuk kelmarin rupanya. Harini baru sedar... Hehe... Lama juga saya menunggu, sebulan lebih, sabar menanti... Walaupun tak banyak mana, jadilah buat tambah-tambah sesikit... Dah boleh tuntut, kita tuntut je la kann... Duit kita kottt... Hehe...

Okay, sebenarnya macam dah lama saya nak share pasal ni tapi saya tunggu sehingga saya betul-betul berjaya dapat duit tu, baru ler syok kita nak share dengan orang lain kann... Selagi tak dapat, rasa macam terfikir-fikir, betul ke tak betul ke, boleh dapat ke tak ke... Alhamdulillah, memang betullah kaedahnya... So, boleh la saya kongsikan agar lebih ramai lagi boleh claim duit korang... 

Actually, saya sendiri tak sangka ada duit kat akaun bank tu. Since tu akaun bank saya zaman saya belajar kat Maktab... Huhuhuuu... Longggg time ago punya cite. Memang belas tahun tak guna akaun tu. Tetiba boleh plak ada duit dalam tu... Ratus jugak la. Hehe... Ni lah namanya rezeki yang tidak disangka-sangka... Syukur! Heheheee...

Ni cara-cara untuk menuntut Wang Yang Tidak Dituntut:-

1) Pergi ke laman https://egumis.anm.gov.my/


2) Klik pada butang Pendaftaran. Kemudian, isikan semua maklumat yang diperlukan.

3) Bila dah ada ID dan password, klik butang Log Masuk.


4) Klik kat Klik Di Sini Untuk Carian Wang Tak Dituntut.

5) Masukkan nombor Kad Pengenalan untuk check samada ada ke tak wang yang tak dituntut atas nama korang.

6) Jika tiada, maka tamatlah prosesnya setakat itu. Jika ada, sila baca step seterusnya! Hehe...

7) Kalau ada wang yang tak dituntut, sila download dua dokumen ni. Print. Kalau nampak kemas, pro, korang taip la terus atas borang, boleh baca post saya sebelum ni... CARA TAIP DALAM PDF
Kalau tak nak, boleh jer isi tulis tangan... Hehe... 



**Borang-borang ni boleh dapat kat laman web https://ewtd.anm.gov.my/   juga ye... Sama je. Saya ambil pun dari web tu...

8) Dah siap isi borang, siapkan juga dokumen lain yang diperlukan. 

> Salinan Kad Pengenalan

> Salinan Muka Hadapan Buku Bank / Penyata bank yang masih aktif. 


9) Poskan keempat-empat dokumen yang diperlukan tu (Borang UMA-7, Senarai Semak, Salinan Kad Pengenalan & Salinan Muka Hadapan Buku Bank / Penyata bank yang masih aktif) kepada :-

Pendaftar Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50500 Kuala Lumpur
No tel : 03-20568000

**Saya cadangkan korang pos guna samada Pos Laju atau pun Pos AR. Biasa la benda macam ni bukan sorang dua yang hantar permohonan kan... So, saya memang guna Pos AR. Pos AR ni, bila mereka dah terima, pihak pos akan pos kan kad warna kuning kepada saya untuk maklumkan yang mereka dah terima dokumen saya. Murah je, dalam RM3 macam tu kosnya. Kalau tak pun, korang boleh guna Pos Laju, sebab ada tracking number, so boleh la check dan ada proof yang dokumen korang telah pun diterima. 


Once dah settle semua, tunggu je la... Ada orang akan dapat email makluman duit dah dimasukkan ke dalam akaun, macam saya, email takde dapat pun, tapi duit dah masuk kat dalam bank... Alhamdulillah. 

Tempoh? Mereka terima dokumen saya pada 4 Februari 2020, saya dapat duit dalam akaun bank 18 Mac 2020... Mungkin korang akan dapat lebih cepat atau lambat. Sabar jer... Maklum la benda macam ni ramai yang buat permohonan, faham-faham jer la... Yang penting dapat! Tu je... Hahahaha... 

Okay, semoga perkongsian ini berguna untuk korang yang nak claim Wang Tak Dituntut. Kalau dah kaya jangan lupa kat saya hokayyy! Hahahaha... Babai gais! Assalamualaikum... 

Nota kaki : Rezeki tu datang 3 cara. Datang sebab kau cari, datang sebab Dia nak bagi, lagi satu datang sebab kau pernah memberi. 

No comments:

Post a comment