Tutorial Aplikasi Quizalize - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 19 March 2020

Tutorial Aplikasi Quizalize


Assalamulaikum gaissss!

Halluu... Apa khabar semua? Saya harap korang semua sihat dan sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ni yer... Just stay at home, buat la apa-apa yang patut... Masak ke mengemas ke, cuci baju ke... Prepare bahan-bahan untuk e-learning pun okay... Ingat ye, skang ni masih lagi dalam cuti sekolah, so, tak perlulah kelam kabut assign tugasan kat murid-murid. Bagi dorang rehat... Chill dulu! Minggu depan baru ler kita start assign apa-apa patut hokay... Habiskan cuti sekolah ni dengan berehat, sambil-sambil tu boleh la cari-cari soalan, bina soalan ke untuk persediaan minggu depan... InsyaAllah...

Okay, hari ni saya nak share satu lagi aplikasi yang mana saya rasa sangat berguna untuk pendidik semua. Tak kira la nak guna time skang ni ke atau pun nanti bila keadaan dah okay, boleh je guna kat kelas. Apps Quizalize ni mirip dengan Quizizz. Kalau korang biasa dengan Quizizz, rasanya takde masalah korang nak guna apps ni juga... Simple jer. Paling hakak suka sebab soalan dah tersedia. Ramai jer cikgu-cikgu yang dah create soalan... So, kita boleh duplicate dan guna untuk murid kita pulak... Jom!~

Tutorial Aplikasi Quizalize

1) Okay... First, korang pegi kat laman www.quizalize.com

2) Klik Teacher Sign Up


3) Dah settle urusan Sign Up... Kalau rajin nak create kuiz sendiri, klik kat Create New Quiz.

4) Nak cari soalan sedia ada, korang pergi kat bahagian Resources. Kemudian, taip tajuk yang dikehendaki.

5) Soalan akan terpapar macam kat bawah ni... Kalau nak tengok soalan, Double klik jer... Soalan akan terpapar, so korang tengok la sesuai ke tak untuk murid korang... Kalau ada 1-2 yang tak sesuai, korang boleh klik kat Edit a Duplicate.



5) Kalau semua soalan dah okay, korang klik Assign.

6) Paparan seperti dibawah akan keluar. Klik pada Assign as Homework, set tarikh mula dan akhir murid boleh jawab soalan tu...

*Boleh klik kat Mastery Mode supaya murid akan jawab soalan sampai la semua betul, barulah keputusan akan dipaparkan. Boleh letak Music & sounds. Kemudian, letak timer untuk setiap soalan.

7) Dah settle semua setting, klik butang Assign Activity.


8) Untuk menyemak markah murid, analisis jawapan betul salah, boleh klik kat Activity List. Kemudian pilih aktiviti yang korang dah assign tu.

9) Untuk murid menjawab soalan, korang kena bagi link ni untuk mereka pergi ke Apps.
Ni link nya : zzi.sh

Kemudian, berikan Class Code untuk mereka jawab soalan. Contoh macam dalam gambar di bawah... Kodnya (cex7360). Korang nak try pun boleh.



PAPARAN MURID

Ni paparan pada device murid, setelah murid masuk link zzi.sh 

Minta mereka masukkan Class Code yang telah diberikan.
 Once mereka dah habis jawab, mereka boleh semak keputusan kat Check your Result, dan terima score.


Berikut adalah contoh markah yang diperoleh oleh murid. Ni saya setting kan Mastery Mode. Kena jawab sampai semua betul baru boleh tamatkan quiz. Namun, markah tetap diberikan berdasarkan first attempt (cubaan kali pertama).


Macam mana? On tak On? Hehe... Kalau korang tak mahir nak bina soalan, saya cadangkan guna jer bahan sedia ada kat Apps seperti ini dan Quizizz. Boleh baca TUTORIAL QUIZIZZ 

Semoga perkongsian ini bermanfaat lebih-lebih lagi time macam sekarang ni kan... E-learning sangat diperlukan. Ada masa lagi untuk korang create soalan, jommm! Minggu depan, kita start assign kat murid... Deal?! Haha...

Oh ya... Sebelum saya terlupa, Quizalize tengah offer FREE SUBSCRIPTIONS OF QUIZALIZE PREMIUM due to Covid19 ni... Saya dimaklumkan oleh Team Quizalize, akaun percuma ni sehingga Ogos sahaja. Tapi, okay la kot kan.. Few months free untuk akaun premium. Yang berminat, boleh isi FORM ni. Nak pakai yang Free account je pun boleh... Terpulang kat korang k... Hehe... 

Ayuhhh cikgu! You can do it!~ Mohon doakan keselamatan, kesejahteraan, kesihatan dan kebahagiaan untuk saya. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT. InsyaAllah... Take care, gais! STAY AT HOME! Hehe... Assalamualaikum...

Nota kaki : Sabar, ikhlas dan berserah diri pada Yang Kuasa adalah cara terbaik menghadapi musibah. 

3 comments:

  1. Guru dah bg link zzi tu ngn class code to knpa saya klik link tu x leh pergi pun?? X leh masuk knpa

    ReplyDelete
  2. Guru dah bg link zzi tu ngn class code to knpa saya klik link tu x leh pergi pun?? X leh masuk knpa

    ReplyDelete
  3. http://zzi.sh
    Sepatutnya takde masalah.

    ReplyDelete