Haiwan 3D Google - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 28 March 2020

Haiwan 3D Google


Halluuu peeps!

Assalamualaikum... Apa khabar? Macam mana hari ni? Diharap korang sihat dan masih lagi akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan ni ye... Tak payah la ke mana-mana kalau tak perlu. Duduk je diam-diam kat rumah hokayy! Siapa yang bosan tu boleh la try benda baru ni ye... Ajak anak-anak korang try skali... Hehe... 

Google baru je memperkenalkan fungsi view in 3D untuk pelbagai jenis haiwan... Saya dapat info dari salah seorang rakan Facebook saya, Kak Zana. Dia pulak dapat info dari sahabat beliau Teacher Anne. Alhamdulillah, pagi-pagi tadi scroll FB, ternampak post Kak Zana tentang ni, terus saya cuba... Ohsemm! Hhahaah... Mesti la ohsem, tetiba harimau muncul dalam bilik kot... Hahahha... 


Baiklah, cara nak guna ni mudah je. Tak perlu install apa-apa apps pun. Cuma, korang kena pastikan handphone korang compatible la untuk nak view binatang-binatang ni dalam bentuk 3D. Menurut blog mykido.com, untuk peranti Android mestilah pada OS Android 7 keatas manakala untuk pengguna Iphone, yang menggunakan IOS 11 keatas untuk mendapatkan fungsi view in 3D ni... So, apa lagi, jom try!~

Cara-caranya nak tengok haiwan 3D

1) Pergi ke laman www.google.com

2) Taip nama haiwan yang dikehendaki. (Since benda ni baru, masih ada haiwan yang belum ada fungsi view in 3D ni ye... Harap bersabar, rasanya Google tengah update lagi list haiwan.)

Antara yang saya dah try, cat, tiger, lion, penguin... semua ni ada. Taip and search je... Kalau ada, adalah... Takde, mungkin nanti bila-bila kita cuba search lagi... :)

Klik kat VIEW IN 3D tu... 

3) Halakan handphone korang kat mana-mana... Tadaaa... Haiwan tu dah ada kat depan korang sekarang ni! Haahhaha... Boleh zoom in/zoom out... 

Gambar anak Kak Zana, Safiyyah, dengan harimau 3D. Hehe...
Wuhuu... Ada penguin dalam bilik... Yayy!~ :D

Apa lagi... try jangan tak try! Hehe... Cuba tengok macam mana saya jalankan aktiviti ni dalam kelas Tahun 1 saya... https://www.raihanjalaludin.com/2020/08/english-year-1-pet-show.html?m=1


Okay gais! Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga bermanfaat... Take care. Babai!~

Nota kaki : Kita menjadi dewasa kerana pengalaman. Bukan umur!

2 comments:

  1. Salam. Saya try buat guna nova 3i tak dapat

    ReplyDelete
  2. Sama saya pun tak de pun haiwan kat bilik saya masa saya halakan ke bilik...

    ReplyDelete