Modul Google Classroom Portal Digital KPM - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 26 March 2020

Modul Google Classroom Portal Digital KPM


Halluuu gais! Assalamualaikum...

Saya harap korang semua sihatlah hendaknya ya... Stay at home! Kalau takde apa-apa keperluan, duduk je la kat rumah. Memang jenuh nak habiskan masa dalam rumah jer... Selain masak-masak, urus anak, keluarga & rumah, jom kita study cara macam mana nak guna Google Classroom ni. 

E-learning ni dah jadi macam satu keperluan dalam keadaan kita sekarang ni. Namun begitu, janganlah memaksa murid-murid untuk join e-learning tu... Kena fikir tentang kesediaan murid. Tak semua murid bersedia nak gunakan pelantar pembelajaran maya. Kesediaan tu kena ambil kira dari segi kesediaan nak menggunakan aplikasi dan kesediaan ibubapa untuk menyediakan data serta peralatan untuk menjalankan e-learning di rumah. Tambah-tambah lagi dalam keadaan sekarang, semua orang tengah cuak bab duit! So, please gais... Bagi muka kat murid-murid yang tak mampu nak join kelas online korang hokayy! Dan korang plak jangan la rasa down ke hape ke, chill jer... Teruskan dengan kerajinan korang buat soalan. Tu untuk gilap skill korang gak kan... Hehe...

Yang nak belajar buat soalan kuiz kat Google Form dengan setting auto semak, boleh klik link ni...



Murid-murid boleh buat self access learning je sebab jawapan betul atau salah akan dapat terus siap dengan markah! Try la... :)

Alhamdulillah ramai yang PM bagitau dah berjaya buat soalan kuiz guna Form... Syukur... Ilmu bermanfaat tersebar luas. Korang yang rajin create soalan, share je dengan murid. Mereka jawab, ke tak jawab ke... Biarkah lah... Jangan sampai memaksa dan menyusahkan mereka. Kena fikir, tak semua orang mampu macam kita! Tak semua mak ayah yang ada kemahiran IT yang tinggi. Kalau tidak pun korang boleh jer share soalan kuiz korang widely kat Facebook. Ramai je parents yang cari bahan untuk anak-anak. Ramai juga rakan-rakan guru kita yang tak mampu nak create content banyak-banyak macam korang... So, share jer... Setiap apa kebaikkan yang korang kongsikan, akan ada kebaikkan yang dibalas kat kita. InsyaAlah... Chill, gais! 😍


Okay, hari ni pagi-pagi lagi saya dah dapat mesej dari seorang rakan yang nak berkongsi Modul Google Classroom yang terkini dan lengkap dengan pembaca dan pengikut blog ni. Alhamdulillah... Semoga Allah mudahkan Cikgu Faruze sebagaimana dia memudahkan urusan orang lain, insyaAllah... Kalau ikut step by step satu per satu, insyaAllah korang boleh ikut! Untuk muat turun, saya sertakan dua link. Dedua tu sama je bahannya, cuma saya sertakan 2 link supaya tak jammed! Boleh download ya jika berminat. 

Ni adalah content yang akan korang pelajari dalam modul ni... Modul Cikgu Faruze ni selalunya tak pernah lagi la menghampakan... Memang padu! 👍👍





Ni ada kuiz-kuiz yang dah siap... Yang berminat, boleh letak dalam Google Classroom korang hokay! Ambil senarai link dari post ni...

KOLEKSI KUIZ GOOGLE FORM (BAHASA INGGERIS)

Okay, sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat dan menjadi bekalan akhirat buat sahabat kita, Cikgu Faruze... Aamiin... Boleh intai-intai blog Cikgu Faruze. www.cikgufaruze.com 

Take care, gais! Assalamualaikum.

Nota kaki : Disebalik kata Istiqamah, ada perjuangan yang kuat, pengorbanan yang banyak & doa yang tidak pernah berhenti. 

No comments:

Post a Comment